Saturday 12 January 2013

PEJUANG DEMOKRASI

Pejuang demokrasi
Aqidah siasahnya disesatkan
Dibutakan mata dan hati dari kebenaran
Sibuk mengejar janji dunia

Pejuang jenis ini
Gayanya seperti pembela
Tidak kurang juga seperti militan
Dalam membela atau menjatuhkan

Pejuang semacam ini
Pandai berlakon pada "majikannya"
Pelbagai gaya dan bakat ditonjolkan
Menjual mengangkat dirinya sendiri

Pejuang ini
Syahidnya untuk "parti"
Bukan untuk Islam
Walaupun partinya nama "Islam"

Pejuang demokrasi ini
Tertipu di dalam perjuangannya sendiri
Mereka sangka mendapat pahala
Sebenarnya bala dan neraka akhirnya!

Gaya pejuang demokrasi melalui demontrasi jalanan

No comments:

Post a Comment