Thursday, 10 January 2013

PENGAJARAN DEMOKRASI KEPADA DUNIA ISLAM

Dunia islam dijajah
Konspirasi musuh meresap masuk
Pelbagai usaha dilaksanakan
Mencorak identiti negara ciptaannya

Dunia islam dipecahkan diasingkan
Dipaksa mengambil jalan batil ini
Sistem pemerintahan nafsi-nafsi
Pastinya mendatangkan masalah besar

Demokrasi sistem merbahaya
Apabila diamalkan memudaratkan umat
Merubah niat asal kepada dunia
 Mudah diracuni pemikirannya

Dalam sistem ini
Mazmumah semakin parah
Fitnah khianat menjadi mainan
Jatuh menjatuhkan berlaku bila-bila masa

Hindarilah sistem ini
Untuk keselamatan iman taqwa
Agar terpelihara hubungan sesama islam
Sistem ini akan jatuh tersungkur sendiri


No comments:

Post a Comment