Demokrasi
Adalah korupsi!
Tiada toleransi
Hanya konspirasi!
Kuasa rakyat sebagai pemilih
Mendapat pelbagai keistimewaannya
Untuk memilih intigriti
Atau korupsi tersendiri
Demokrasi bersama korupsi seiring sejalan
Membinanya dengan modal yang besar
Dilabur,ditaja dan dijaja juga banyak
Berpolitikkan wang daripada ruang intigriti
Demokrasi
Mendidik pengamalnya rakuskan dunia
Akhirnya kecewa,makan hati berulam jantung
Semakin tiada jalan penyelesaiannya
Demokrasi menjadi rosak
Oleh para korupsi dalam demokrasi
Bersama agen-agennya yang makan "elaun" tepi
Kemudaratan kepada negara tidak terperi!
No comments:
Post a Comment