Thursday, 3 January 2013

HIKMAH UJIAN TUHAN


Allah berfirman
Kamu belum lagi beriman
Selagi kamu belum diuji
Mehnah Tuhan banyak hikmahNya

Sebelum diuji
Rasa semua berbuat
Rasa boleh mengusahakan sendiri
Apabila diuji baru tahu kebergantungan padaNya

Sebelum diuji
Rasa mudah dan senang
Dalam berjuang
Selepas diuji baru kenal kemampuan diri

Sebelum diuji
Rasa akan selamat semuanya
Selepas diuji
Baru kenal diri perlu syafaat RahmatNya

Sebelum diuji
Kita masih belum kenal Tuhan
Belum lagi dapat rasa kehambaan
Selepas diuji baru tahu,kenal cinta padaNya





No comments:

Post a Comment