Salam perjuangan daripada pena tinta hati,
Sebaik sahaja memasuki tahun baru, kita sering lupa hakikat sebenar niat,azam dan cita-cita kita, sebaiknya kita muhasabah diri dan menilai kembali pada tahun-tahun lepas yang sudah kita lalui tersebut, tentang dosa dan kesalahan kita yang sudah dilakukan, dan juga umat islam harus kembali perbetulkan niat,azam dan cita-cita mereka daripada cita dunia kepada cintakan Allah s.w.t dan Rasul s.a.w, agar tidak sama dengan cita-cita orang kafir yang ada didunia ini, disini ada beberapa panduan untuk dihayati hakikat sebenar niat,cita-cita dan azam pada tahun baru:
1) Niat,Azam dan cita-cita kita perlulah dibetulkan dan diluruskan, niatkan untuk Allah dan Rasul dan perjuangan Islam, jangan kita berniatkan seperti mereka-mereka yang bertebaran di atas muka bumi ini, kesemuanya niat-niat cinta dunia dan orang-orang yang tidak mendapat Tuhan, seharusnya kita kembali muhasabah diri dan kembali kepada Pencipta kita.
2) Selepas perbetulkan niat, barulah kita perbaharui azam dan cita-cita kita untuk berubah yakni berhijrah kepada yang lebih baik, kita sama-sama muhasabah diri yang kita ini sering melakukan dosa dan kesilapan agar semua dosa-dosa dan kesilapan yang telah dilakukan tidak kembali berulang.
3) Niatlah memperbaharui kebajikan kepada semua makhluk sebagai tanda penghapusan dosa kita, itu yang lebih diutamakan, Berazam bersungguh-sungguh untuk berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan dan menjadi hamba yang taat, sabar dan Redha segala ketentuanNya.
4) Berusaha beristiqomah dalam setiap ibadah, beramal bukan kerana fadhilat tetapi hanya semata-mata kerana memohon keredhaan Allah s.w.t.
5) Untuk menjadi hamba Allah yang taat dan sabar, perlu menjiwai sifat-sifat hamba, merasa diri lemah, merintih, merendahkan diri, memenuhkan hati dan berperasaan kebergantungan kepada Allah semata-mata dan dengan sedikit usaha dan bertawaqal kepadanya, itulah yang sepatutnya diusahakan.
6) Berazam membuat kebaikan yang istiqomah, seperti bersedekah, berkebajikan kepada manusia, itulah yang akan dinilai dan terletaknya pandangan Allah pada diri kita, kerana dalam banyak-banyak amalan tersebut, Allah menyembunyikan RedhaNya di dalamnya untuk kita tagih dan mendapatkanNya.
7) Berusaha mengigihkan diri memperbetulkan dan memperbaiki akhlak agar menjadi orang yang dapat membina peribadi yang mulia, tetapi dengan memperbaiki dahulu ibadah solat yang agung sebagai kunci peribadi mulia.
8) Hendak bermujahadah, perlu dimulakan dengan sifat qanaah, yakni berpada-pada atau merasa cukup apa yang sudah dikurniakan Allah,dan sifat syukur kepadaNya, redha sifat dan sentiasa memohon kebaikan dan keampunan dariNya.
9) Beramal dengan ikhlas, ikhlas itu sifat yang Allah sembunyikan, tetapi ikhlas itu boleh dirasai dan dimiliki dengan cara kita sentiasa bermunajat dan bertawasul kepadaNya agar dapat melaksanakan setiap pekerjaan dengan sabar dan redha, di dalamnya ada terselit ikhlas dan keikhlasan hati itu tidak mampu diraih tanpa bimbingan dan panduan mursyid, maka bergurulah kepada yang Alim dan mengamalkan segala ilmuNya.
10) sentiasalah banyak beristighfar dan muhasabah diri dalam setiap tindakan kita, dan merintih adakah ibadah kita ini diterima? atau ibadah kita ini mendapat dosa? bermohonlah agar segala pahala yang Allah berikan pada kita, agar kita hadiahkan dan sedekahkan kesemuanya kepada mursyid kita, ibu bapa kita, dengannya Allah akan mengadili kita dan Allah jua yang memberi segala kurniaanNya dengan RahmatNya, renungkanlah dan ambilah pengajaran pada tahun baru ini,agar kita semua tidak termasuk dari kalangan orang yang rugi dan sia-sia, wa'liyuzubillah, sekian ampun maaf, terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk sama-sama bermuhasabah koreksi diri,wassalam....
No comments:
Post a Comment