Thursday 10 January 2013

HAKIKAT DEMOKRASI DI SEBALIK TABIR

Demokrasi di sebalik tabir
Rakyat dan pemimpinnya
Sama-sama ada kuasa tersendiri
Iaitu kuasa memilih atau membubar

Kedua-duanya sama tapi tak serupa
Sokongan atau bantahan
Menjadi ahli ataupun melompat-lompat
Tidak kurang juga berada diatas pagar

Inilah mainan demokrasi
Membuang masa,membazirkan fikiran tenaga
Sekadar memutarkan isu sesama sendiri
"Bersatu" hanya sologan dan tema

Orang-orang yang bercakap
Serta orang-orang yang mendengarnya
Sama-sama kuat kepentingan sendiri
Masing-masing ada niat tersembunyi

Inikah namanya perjuangan "tulus suci"
Demokrasi merugikan segalanya
Hanya berebut peluang terhidang
Diatas segala penipuannya





No comments:

Post a Comment