Wednesday 23 January 2013

SELAMAT HARI LAHIR YA RASULULLAH S.A.W

Ya Rasulullah
Selamat hari lahir
12 Rabiulawal sentiasa diingati
 Detik kelahiran insan Agung

Engkau diutuskan
Untuk menyempurnakan akhlak
Membawa risalah suci
Islam sebagai panduan hidup

Engkau Insan sempurna
Permata hati ummah
Budi pekertimu sungguh mulia
Menjadi tauladan sepanjang zaman

Dirimu penuh berjasa
Menerangi alam dengan cahaya islam
Selawat keatasmu junjungan mulia
Syafaatkanlah kami umatmu

Ya Rasul ya Habibullah
Hanya engkau selayaknya
Dikasihi dan dicinta
Kerana engkau kekasih teristimewa


No comments:

Post a Comment