Sunday 20 January 2013

ISU PALESTIN HEBAT DIPOLITIKKAN

Palestin kini
Isu keganasan kekejaman yahudi itu
Hanyalah sekadar menarik perhatian
Di komersilkan ditokok tambah!

Isu palestin
Hebat dipolitikkan
Ditaja dijajanya keseluruh alam
Tetapi usaha menghentikannya tiada!

Palestin
Kerana politik yang menggila
Engkau terus menerus dizalimi
Mereka hanya menjaga kepentingannya sendiri!

Palestin terus berdarah
Parah dan melarat
Derita jeritan yang tak terdengar
Dunia buta dan bisu terhadapnya!

Nasib palestin
Isu yang dimainkan tiada kesudahan
Oleh media masa di seluruh dunia
Hanya melariskan jualan dan publisitinya!




No comments:

Post a Comment