Thursday, 31 January 2013

PERASAAN ORANG MUKMIN SUNGGUH BERSENI

Orang mukmin
Rasa berTuhannya
Ajaib sekali
Sungguh halus berseni

Apabila ditimpakan kesusahan
Redha dan sabar
Ketika dilimpahkan kesenangan
Tunduk kesyukuran mengagihkan nikmatNya

Sikapnya tenang
Mendapat ilmu langsung dari TuhanNya
Dibukakan hakikat disekelilingnya
Untuk suluh mengenal dirinya

Orang mukmin terhadap dosa
Rasa takut,cemas,bimbang dan khuatir
Mujahadah perasaan beruzlah diri
Menangis merintih memohon keampunanNya

Sifat Orang mukmin dengan kurnianNya
Bijak menggunakan segala nikmatNya
Diberi rasa syukur dan tawaduk
Mengenang memuji pemberian dari TuhanNya

Perasaanya kepada Tuhan
Tidak boleh dibuat-buatnya
Lahir dari hati yang dalam
Pelbagai rasa penuh pengharapan padaNya



No comments:

Post a Comment