Orang melayu dahulunya terkenal
Membina tamadun peradaban
Gagah kuat semangatnya
Pandai Berdikari, beraninya sangat ketara
Bersemangat waja membela agama
Perpaduan persaudaraan sangat dijaga
Ibarat satu keluarga besar
Jelas kasih sayangnya
Cakna prihatin bantu membantu
Melayu menjadi mulia kerana Islam
Melayu kini sudah berubah wajah
Sikapnya sukar diramal
Ada kalanya emosional kurang toleransi
Ada pula mudah mengalah memendam rasa
Yang kasar terlebih kasar
Malu pula tidak bertempat
Berani bukan pada masanya
Penakut terlalu ketara
Cakap besar setiap masa
Inikah melayu sebenarnya
Ini adalah melayu acuan musuh
Hidup berpura-pura, pengampu tiada amanah
Melayu yang belajar dari bukan melayu
Melayu yang sudah diracuni minda
Diadun oleh sistem barat yang rosak
Membentuk satu bangsa subsidi yang manja
Kita semua menunggu
Satu etnik melayu baru
Yang akan kembali berperanan
Melayu yang kembali kepada identitinya
Melayu yang mendaulatkan Islam
Kerana bangsa melayu ini
Belum pernah menjadi empayar Islam
Untuk terakhir kali
Bangsa melayu dipilih Tuhan
Daripada Satu etnik baru dalam melayu
Melayu akan kembali kelandasannya
Menjadi penghulu di buminya
Bangsa melayu bakal menerajui empayar Islam
Menguasai menawan dunia dengan Islam
Memang benarlah, Takkan melayu hilang di dunia
Takkan Islam hilang di dunia
No comments:
Post a Comment