Thursday, 13 December 2012

PEJUANG ATAU PETUALANG



Semua hendak jadi pejuang
Berbangga menjadi pejuang
Pejuang ataukah petualang
Kepada bangsa dan agama

Berjuang sebagai pejuang
Bukan berjuang sebagai petualang
Berjuang membela kebenaran
Bukan menegakkan benang basah

Berjuang utamakan negeri akhirat
Bukan seruan dunia dicanangkan
Berjuang syahid idaman
Bukan cintakan dunia takut mati

Pejuang berjuang sehingga menang atau syahid
Petualang kemunafikan lidah bercabang
Pejuang bersusah payah berkorban
Petualang berusaha menjayakan agenda musuh

Sudah terbalik orang berjuang
Berjuangkan dunia bukan kerana Tuhan
Perjuangan sia-sia tiada pembelaanNya
Perjuangan menuju ke lembah neraka




No comments:

Post a Comment