Sunday 30 December 2012

BUMI HIJAU MEMBAWA BERKAT


Bumi hijau bertuah
Mendapat berkatNya
Berkat adanya orang-orang Tuhan
 Kerana disini tapak ummah keduaNya

Bumi Hijau memyimpan segala khazanah
Jejak warisan salafus soleh
Dijanjikan di akhir zaman
Rasulullah bersabda Islam bermula di timur sini

Bumi ini bagai jantung hati
Jika ditusuk seluruh buana terasa sakit
Bila dikendong suluruh dunia akan sanjung
Itulah bumi tanah orang timur berdaulat

Bumi subur menghijau dedaunnya
Pokoknya meninggi tamannya indah
Di saksikan sini dunia baru bermula
Islam indah berkembang sekian kalinya

Bumi hijau permai sentosa
Ditunggu dinantikan oleh perindu kebenaran
Bermulanya detik daulah islamiyah
Bangsa melayu menerajui empayar islam terakhir ini



No comments:

Post a Comment