Rasa
berTuhan
Sangat
penting
Memahami
reaksiNya
Melalui
rasa hati
Dalam
berperasaan
Akan
wujud pelbagai rasa hati
Diperolehi
apabila diuji
Atau
terbuat dosa
Rasa
takut
Cemas
dan bimbang
Mengharap
dengan harapan
Itulah anugerah kasih sayangNya
Sebagai
hamba
Perlu
menjiwai sifat kehambaan
Merendahkan
diri
Bersangka
baik segala kerjaNya
Fahami
kehendak Tuhan
Dengan
panduan mursyid
Hati
merintih menagih
Keampunan
dan janjiNya
No comments:
Post a Comment