Kita orang sastera
Punya banyak tanggungjawab
Peranan kita di medan bahasa
Itulah pena pejuang bahasa
Kita orang sastera
Menyebarkan yang hak perjuangan kita
Bukannya menegakkan benang basah
Masyarakat mahukan jiwa seni kerohanian
Kita orang sastera
Tak minta dibayar apa yang disampaikan
Bukannya dibayar apa yang minta diketengahkan
Ketulusan integriti peribadi
kita
Kita orang sastera
Terjun ke medan seni bukan semata kerana
wang
Tetapi bakat dikurniakan untuk
berdakwah
Jangan takut ancaman teruslah
kehadapan
Kita orang sastera
Apakah yang kita sampaikan pada masyarakat
Jangan menyembunyikan kebenaran
Ikhlas menyampai tidak menagih ganjaran
pujian
No comments:
Post a Comment