Saturday, 1 December 2012

UMMAH YANG DIRINDUI

Rindu anugerah yang Esa
Kerinduan melahirkan cinta sejati
Rindukan Rasulullah tak berbelah bagi
Cinta dipendam menuntut kesabaran

Betapa rindu kagumnya hati
Mengenangkan kisah perjuangan suci
Engkaulah pemimpin contoh untuk diteladani
Selawat salam buatmu kekasih tercinta

Ya Rasulullah
Betapa rindunya engkau kepada kami
Engkau menangis kerana rindukan kami
Adakah kami selalu menangis merinduimu 

Kami rasa tak layak menjadi umatmu
Kerana antara kami tidak merindui mencintaimu
Kami berdosa perlukan tarbiyah
Mudahan Allah permudahkan

Sesungguhnya umat ghuraba merinduimu
Dirimu merindui kami umat akhir zaman
Merindui Dirimu tak berbelah bagi Cintanya
Dirimu bersabda kami sebaik umat yang dirindui




No comments:

Post a Comment