Dagang hamba
sufi bertuah
Di bumi
terasing sendiri
Laksana amanah
datang berkelana
Seantero sini
dia mengembara
Dagang hamba
ke seberang timur
Membawa benih
diasingkan orang
Setitis embun
penyiram sanubari
Hamba beriman
menjunjung kebenaran
Dagang hamba
ke rantau nusa
Menyebarkan
hakikat musuh sembunyikan
Sunyi keseorangan tidaklah terasa
Kerana hati dalam kasih sayangNya
Dagang hamba
mengundik ke hulu
Membawa
pakaian taqwa betarbiyah
Memberi asuhan
membersihkan jiwa
Daripada
kosong kepada berhikmah
Dagang hamba
tiadalah bersedih
Hati tenang
teguh tidak runtuh
Pahlawan umat
berbakti berjasa
Menjelang tiba
penyatu ukhwah
No comments:
Post a Comment