Monday 24 December 2012

MANISNYA UJIAN DARI TUHAN


Tuhan sangat merindui
Rintihan taubat hambaNya
Menagih redha janjiNya
Semua itu dalam perhatianNya

Ujian penguat hati dan perasaan
Pengharapan hambaNya pada Tuhan
Segala ujian penguat jiwa
Itulah hikmahNya

Ujian itu bersama pandanganNya
Walaupun sukar tempuhilah dengan redha
Mujahadah hati dan perasaan
Semua itu dalam penilaianNya

Setiap ujianNya
Sangat perit
Sakit dan menderita
Tetapi jika sabar Tuhan tinggikan darjat

Kerana disitu ada tersimpan
Segala Keredhaan serta kasih sayangNya
Manisnya ujian dari Tuhan
Sangat Indah berhikmah pula



No comments:

Post a Comment