Friday 28 December 2012

DAGANG HAMBA (2)

Dagang hamba perwira berjasa
Pewaris Nabi akhir zaman
Sebaik kurniaanNya digunakan
Sebar kebenaran patahkan kebatilan

Dagang hamba kian menghilang
Seiring Islam kembali berdagang
Tiadalah pula galang gantiannya
Hanya wasilah penghubung urusanNya

Dagang hamba menghaibkan diri
Kerana dunia dipenuhi seteru merata
Perginya sudah pulangnya kemenangan
Dunia dikejut Qawariqul Adah Tuhan

Dagang hamba beransur pulang
Menjelang petang meraih tangkapan
Tugasnya murni mubaligh keramat
Menyedarkan umat beroleh Rahmat

Dagang hamba mengagungkan KasihNya
Menjunjung kasih Rasul Nabi Akhir Zaman
Pulangnya Rahmat berkat seluruh buana
Mengundik pelayaran kelembah sana




No comments:

Post a Comment