Saturday 1 December 2012

SEMANGAT MUHAJIRIN ANSAR (3)



Muhajirin Ansar
Kasih sayang diutamakan
Berukhwah besertakan tarbiyah Rasul
Berbahagialah kalian bersama Rasul tercinta

Muhajirin Ansar
Piagam madinah perundangan ulung
Membawa keamanan hidup bersama
Susah senang diharungi dengan bahagia

Muhajirin Ansar
Hati menghayati sebak kekaguman
Mata melihat menitiskan airnya
Kerana persaudaraan indahmu kepada dunia

Muhajirin Ansar
Rindunya hati perindu kasih sayang
Betapa rindunya menuju dunia baru Islam
Mencontohi semangat Muhajirin Ansar

Muhajirin Ansar
Akan sampai masanya peristiwa berulang
Semangat Muhajirin Ansar pasti kembali
Memeriahkan dunia ketandusan ukhwah selama ini



No comments:

Post a Comment