Wednesday 19 December 2012

PALESTIN SAUDARA YANG HILANG


Palestin saudara kita
Tetapi kita melupakannya
Kita tutup mata mulut dan telinga
Sibuk dengan kepentingan

Susahnya hendak bersatu
Kita bertelagah sesama sendiri
Lebih mementingkan diri
Daripada saudara kita disana

Kita suka melihat
Daripada membantu
Kita sukar bekorban
Apatah lagi mahu berjuang

Sampai bilakah lagi
Mereka terus diperlakukan begitu
Derita tiada perlindungan
Tangisan tiada pembelaan

Palestin gaza
Adalah saudara yang hilang
Malah dilupakan begitu sahaja
Takkan palestin hilang di dunia




No comments:

Post a Comment