Sunday, 30 December 2012

BERAMAL KERANA FADHILAT


Orang yang beramal
Kerana fadhilat
Roh Ibadahnya hilang
Rasa berTuhan pula tiada

Mereka sibuk mengejar ibadah
Memberbanyakkan amalan
Tetapi gagal beristiqomah
Ibadah semata kerana pahalaNya

Mengerjakan ibadah
Bukan kerana cinta takutkanNya
Bukan kerana redhaNya
Hilang rasa kehambaan dalam ibadahnya

Tertipulah dengan amalannya
Mereka sangka ibadah yang banyak diterima
Tidak disedari derhaka dalam ketaatan
Rosaklah ibadah mendapat kemurkaanNya

Mereka sangka sudah selamat
Dengan ibadah yang banyak
Kerana memburu pahala
Tetapi dosa yang diterima








No comments:

Post a Comment