Pasang niat dalam sebarang kerja
Jika tidak terbuang masa percuma
Niatkan pahala untuk dihadiahkan
Mudahan ada bantuanNya
Apa sahaja yang dilakukan
Keluar rumah
Bekerja
Makan minum dan rehat
Semuanya harus diniatkan
Pasang niat untuk Tuhan
Untuk islam
Adalah ibadah kepadaNya
Taufik hidayah kurniaanNya
Niatkan dihati
Semua kerja untuk Islam
Itulah cita-cita kita
Inilah matlamat dan harapan kita
Itulah yang dikira sebagai ibadah
Hanya dengan niat
Akan di ganjari di pandu Tuhan
Lakukanlah dengan Ikhlas dan sabar
No comments:
Post a Comment