Membuat kerja biarlah kerana Allah
Datangnya mestilah dari hati
Di situlah terletaknya sifat ikhlas
Beserta redha Tuhan
Jika buat kerja bukan dari hati
Lahirlah pelbagai masalah
Hati tidak akan menjadi tenang
Tiada bahagia hati selalu gelisah
Jiwa semakin parah
Semakin banyak cacat cela
Semakin jemu benci dalam kerjanya
Mudah kecewa dan putus asa
Jika hati tidak bahagia dalam bekerja
Mudah emosi,pemarah
Mudah tersinggung
Perkara ini perlu dijauhkan
Kerja yang mendapat Tuhan
Adalah dari hati nurani
Sabar dan redha urusanNya
Bekerjalah denganNya sepenuh masa
No comments:
Post a Comment