Di manakah kasih sayang kini?
Ia sebenarnya mulai tenat dan mati
Kerana tak dibaja dengan iman sebaiknya
Di manakah mahu dicari kasih sayang
Ketika semua manusia memerlukannya?
Ia telah hilang tiada berkesan lagi kini
Masing-masing mengabaikan tanggungjawabnya
Di manakah lagi kasih sayang
Manusia sebenarnya mencari yang tak diperlukan
Kasih sayang boleh dipupuk
Tetapi berkrisis dengan hati dan iman
Justeru kasih sayang tak ditemui
Jauhlah lagi untuk dimiliki kini
Di manakah kasih sayang itu?
Sukar dicari di tengah huru hara dunia kini
Berbahagialah mereka yang menemuinya
Tapi ramai yang kehilangannya
Setelah membinanya
Di manakah kasih sayang mahu dicari?
Kasih sayang pelengkap keharmonian keluarga
Menyempurnakan Islam dan iman
Ayuh hidupkan kembali kasih sayang
Agar dunia aman sentosa
Semoga kasih sayang dapat diamalkan sebaiknya
Agar hidup manusia berbahagia
Marilah kita jalinkan kasih sayang
Sesama keluarga,sahabat dan sanak saudara
Agar keindahan islam dapat dirasai
Semoga menikmati kasih sayang kekal abadi
No comments:
Post a Comment