Friday, 28 June 2013

BUAH LABU RASULULLAH V.S BUAH LABU YAHUDI

MUKADIMAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Buah Labu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w yang berasal dari Pohon Saudaranya Nabi Allah Yunus a.s, Para Sahabat Rasulullah telah menjadikannya sebagai kegemaran mereka setelah mereka semua mendapat tahu bahawa Buah labu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w.

Buah Labu di zaman Rasulullah telah diangkat ke tempatnya (di muliakan), dijadikan hidangan yang sangat teristimewa, para sahabat sangat meraikan menjunjung apa sahaja kesukaan dan kecintaan Rasulullah s.a.w.

Buah Labu sering dijamukan kepada tetamu istimewa juga pada hari-hari islam yang teristimewa. Buah labu telah menjadi santapan makanan yang cukup terkenal dan esklusif di zaman Rasulullah dan Sahabat. 

Rasulullah sangat mengasihi pohon saudaranya Nabi Allah Yunus a.s, juga Rasulullah sangat meraikan saudaranya seperti sabda baginda s.a.w:

"Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata. (Nabi Allah Yunus a.s)"


Rasulullah bersabda:
Nama Tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun. Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan, Kalimah tersebut adalah tasbih Saudaraku Nabi Yunus a.s"




HADIS MENGENAI KEUTAMAAN BUAH LABU

Satu kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik:

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah dijemput ke jamuan makan oleh seorang tukang jahit dan aku pergi bersama baginda. Tuan rumah menghidangkan roti gandum, kuah berisi labu, dan daging. Aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم mencari-cari labu di dalam piring hidangan. Sejak itu, aku menyukai labu." (Riwayat Muslim)


Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Baginda suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Dalam kitab Al-Ghailaaniyyat diceritakan:

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".


BUAH LABU "HADIAH KEMENANGAN" NABI YUNUS A.S

Allah s.w.t di dalam kalamNya  (Al-Quran) ada mengisahkan mengenai Ujian Nabi Yunus a.s di dalam perut Ikan Nun (Paus), lalu merintih taubat Nabi Yunus a.s "Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya daku telah menzalimi diriku sendiri"  


Allah sentiasa mendengar rintihan kekasihNya, lantas Nabi Yunus a.s diberikan pengampunan dan kemenangan dengan melepasi ujian terpenjara di dalam perut ikan nun,  Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah mengeluarkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dikeluarkan, Allah s.w.t telah menghidupkan pohon labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buah tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus a.s dikeluarkan ke darat, keadaannya amat letih. Allah telah menghadiahkan kemenangan kepada Nabi Allah Yunus a.s akan Buah Labu sebagai Anugerah Kemenangan melepasi ujian ini.

Seperti mana dikisahkan di dalam Al-Quran:

“Dan kami tumbuhkan untuk dia (Nabi Allah Yunus a.s) sebatang pohon dari jenis labu,” (Ash- Shaffat [37]: 146)

Ayat ini menceritakan kisah Nabi Yunus setelah ditelan ikan paus lalu Allah s.w.t menyelamatkannya dan menumbuhkan pohon yaqtin atau labu.


FAKTA MENGENAI BUAH LABU


Buah Labu adalah sebuah tanaman yang senang ditanam, hanya memerlukan masa tiga hingga empat Bulan untuk menuai hasilnya, kos penyelanggaran yang sederhana dan kos kerugian serta kerosakan buah yang rendah.

Buah Labu boleh disimpan lama, ketahanan dan kelasakan buah labu jika disimpan dengan elok mampu bertahan dengan suatu tempoh yang panjang sehingga setahun dan lebih. Buah labu mengandungi benih di dalamnya, senang disemai dan tumbuh membiak.

Dalam sejarah, Buah labu telah sampai ke Nusantara melalui para pedagang dan pendakwah yang datang bersama kapal laut mereka sambil membawa buah labu dan benih ke sini. Ada yang berpendapat bahawa buah labu dibawa dari India atau China, berasal dari Tanah Syam dan sekitarnya, (Tempat Asal Nabi Allah Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan nun).

KHASIAT BUAH LABU


Vitamin A              
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Kulit Halus Berseri  
Amalan memakan buah labu, dapat mencantikkan kulit yang kusam menjadi halus berseri.

Antioksida  
Amalan memakan buah labu adalah baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

Rabun Malam   
Buah labu juga elok bagi mereka yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

Masalah Paru-Paru   
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Caranya dengan mengambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.


MUSLIHAT KEJAHATAN YAHUDI TERHADAP BUAH LABU

Yahudi telah menghina Buah Labu Rasulullah s.a.w dan pohon Nabi Allah Yunus a.s dengan mencipta agenda "Halloween".

Asal-usul Halloween merupakan satu perayaan agama Kristian Katolik. Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan singkatan perkataan kepada All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow). 


Simbol "Halloween" adalah Buah Labubuah labu yang dicungkil dikeluarkan segala isinya, ditebuk dicorak untuk menyerupai wajah yang mengerikan. Karakter yang sering mereka dikaitkan dengan Halloween misalnya karakter syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk angkasa luar, tukang sihir, kelelawar, burung hantu, burung gagak, burung pemakan bangkai, rumah hantu, drakula, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombie, mumiya, tengkorak, dan manusia serigala.

Perayaan Halloween disambut setiap tahun pada 31 Oktober di Eropah dan Amerika Syarikat. Pada hari perayaan, kanak-kanak akan memakai kostum watak-watak yang mengerikan seperti hantu, ahli sihir, goblin, drakula dan sebagainya. Kanak-kanak akan pergi ke setiap rumah dan menjerit "Trick or treat!" yang bermaksud 'beri kami gula-gula atau kami buat kacau'. Sekiranya tuan rumah tersebut tidak memberi gula-gula maka kanak-kanak itu akan buat kacau (huru-hara).

Yahudi mencipta watak dan karekter ini sebenarnya hendak menghina dan memperolok-olok (mengejek) tentang Akhlak Rasulullah s.a.w ketika berziarah ke rumah para sahabat atau menghadiri majlis di rumah sahabat, Rasulullah dengan akhlak dan adab yang mulia memberi ucapan salam "Assalamualaikum wbt" para sahabat mejawapnya lantas menjemput Rasulullah masuk dan meraikan Rasulullah sebagai tetamu teristimewa, Para sahabat semestinya akan menghidangkan masakan Buah Labu kesukaan Rasulullah, juga Para sahabat turut menghadiahkan Rasulullah Buah Labu dan masakan labu untuk dibawa pulang untuk isteri-isteri Rasulullah dan anaknya Sayidatina Fatimah Az-Zahra.

Yahudi meniru dan mengaplikasikan adab akhlak Rasulullah dengan mencipta agenda "Halloween" untuk mempersenda baginda jujungan kita Rasulullah s.a.w.

Di Eropah dan Amerika syarikat, Yahudi telah meletakkan Buah Labu di tempat yang "Hina" seperti dilonggokan sampah dan di tepi jalan supaya buah labu ini dimakan oleh tikus dan serangga perosak yang lain.

Mereka (yahudi) tidak sama sekali memakannya kerana mempercayai bakal membawa kecelakaan pada diri, mereka menanamnya untuk pelbagai tujuan jahat, hanya menjadikannya sebagai alat seni agenda "Halloween" dan seni-seni lain yang boleh dikomersialkan melalui "Halloween" seperti membuat filem, produk makanan, cenderahati dan apa-apa sahaja mengenai tema "Halloween".

Itulah kejahatan dan kebencian mereka yang teramat sangat terhadap apa sahaja kesukaan Rasulullah, kesemuanya akan menjadi mangsa kebenciannya. Itulah Yahudi Laknatullah (Anak didik Dajjal) yang mana Buah Labu Rasulullah telah berjaya mereka tukarkan menjadi Buah Labu Pemujaan dan Buah Labu Dajjal mereka.

Manusia Hallowen citaan yahudi

HIKAYAT MELAYU MENGENAI BUAH LABU

KISAH SI LUNCAI DAN LABU-LABUNYA:

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

MAKSUDNYA:

Kediaman yang tidak terurus sebagaimana layaknya
Anak juga terbiar tanpa latihanmaknanya terdedah kepada kejahilan
Binatang ternak dilepaskan tanpa pengawasan 
Kebun terbiar tanpa diusahakan
Kepintaran tidak diserlahkan dalam keperibadian dan tindakan
Menuntut ilmu secara sambil lewa
Memiliki ilmu, tetapi tidak nampak natijah / impak / implikasi / kesan
Melihat dengan pandangan kosong, tidak nampak peluang yang muncul
Tenaga tidak digunakan (dimobilisasi) ke arah kebaikan

Biarkan,biarkan = Sikap tidak kisah Si Luncai 

Disimpulkan dengan lambang tindakannya terjun dengan labu-labunya. Dalam kata lain, sikap yang demikian bukan sahaja membazirkan kelebihan, peluang dan sumber yang dimiliki, bahkan menjerumuskan seseorang ke dalam kancah kebinasaan dan kemusnahan diri.


Dari segi Tassawuf merujuk kepada sikap pengorbanan si luncai dalam bermujahadah menyelamatkan buah labu Rasulullah dan saudaranya Yunus a.s tanpa memikirkan risiko dan tomahan orang terhadapnya

Seperti kata Tan sri P.Ramle dalam karyanya Bujang Lapok, "Aku Berniat dengan keramat si luncai, Si lucai terjun dengan labu-labunya, Biarkan...."

Dari segi ilmu tassawuf, kata-kata tersebut membawa maksud "Yahudi sudah menghina labu-labu Rasulullah dan Saudaranya Yunus a.s, sampai bila kita harus biarkan...??"

(Sila Klik Video Ini)
"Si Luncai terjun bersama Labu-labunya"


PEPATAH MELAYU MENGENAI BUAH LABU

Pepatah melayu lama penuh dengan seni dan teguran kreatif, pepatah ini mempunyai dua maksud tersirat, iaitu peringatan yang nyata serta berunsur dakwah Tassawuf (lahiriah & rohaniah).


"Jangan menjadi seperti tikus membaiki labu"

Membawa maksud sesuatu perkara yang telah rosak, janganlah dirosakkan lagi (bertambah rosak) dengan tindakan kita yang salah (akan perkara yang sudah rosak)

Dari segi pandangan seni Tassawuf membawa pengertian seperti Jangan menjadi seperti "Tikus" yang suka merosakkan sesuatu perkara, air liurnya adalah racun dan air kencingnya membawa wabak penyakit (kencing tikus).

Begitulah "Yahudi" yang suka menjahanamkan merosakkan sesuatu fitrah yang bersih terhadap dunia, Yahudi dengan "minda Istidrajnya" merasa mampu mengaplikasi dunia mengikut telunjuknya, berusaha menganggu mencabar sistem Allah dan Rasul, dan sihir-sihir yahudi boleh membawa kepada wabak penyakit hati yang rosak lagi merosakkan seperti (virus Al-Wahan).

KESIMPULAN

Buah labu adalah buah kesukaan Rasulullah dari Pohon Nabi Allah Yunus a.s. Manusia pertama memakan buah labu adalah Nabi Allah Yunus a.s dan menjadi kecintaan Rasulullah dalam meraikan buah labu saudaranya Nabi Allah Yunus a.s.

Betapa kejamnya yahudi dalam memesongkan keutamaan dan kesukaan Rasulullah dan meletakkannya ditempat yang hina dan batil.

Artikel Buah Labu Rasulullah V.S Buah Labu Yahudi bukanlah sesuatu perkara yang lucu boleh diketawakan, artikel ini menjelaskan memperjuangkan hal sebenar di sebalik keutamaan Buah Labu, sekaligus menerangkan kepada kita bahawa telah berlaku pertembungan antara Kebenaran V.S Kebatilan.

Buah Labu penuh keistimewaannya yang tersendiri bagi pencinta Rasulullah dan sahabat, Jadikanlah Buah Labu sebagai Makanan teristimewa kita sebagai umatnya, dengan Membela dan meletakkan kembali (Buah Labu kecintaan Rasulullah) di tempat yang Mulia (Menghargai mensyukuri rezeki dari Allah), Mengenang dan mengigati Buah Labu sebagai "Buah Kemenangan Nabi Allah Yunus a.s" daripada peristiwa Ujian Allah dan Hadiah Allah terhadapnya.

Marilah kita menjadikan Buah Labu sebagai makanan yang teristimewa, Hargailah Buah kemenangan Nabi Allah Yunus a.s dan Buah kecintaan Rasulullah s.a.w, Apa sahaja yang Rasulullah s.a.w suka, Allah s.w.t suka, jadikan Buah Labu sebagai santapan esklusif serta kegemaran kita semua, InsyaAllah.
(Sila Klik Video Ini)
"Doa Taubat Nabi Allah Yunus a.s"

3 comments:

  1. Camana nabi yunus bernaung dipohon labu? ? Padahal labu tanaman menjalar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...
      Syukran kepada Tuan Fikri Wahid kerana sudi bertanya, InsyaAllah saya akan menjawap soalan ini seperti yang telah dikisahkan di dalam Al-Quran (Mengenai Nabi Allah Yunus a.s) iaitu antaranya:

      "Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Anbiya': 87)

      Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)

      "Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (QS. ash-Shaffat: 139-148)

      "Dan (ingatlah kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (QS. al-Anbiya': 87-88)

      "Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98)

      Delete
  2. as salam, ana mohon utk copy dan share jika diberi keizinan,tm

    ReplyDelete