Monday, 31 December 2012

RENDAH HATI ATAU MENINGGI DIRI


Orang yang rendah hati
Sangat disukai Tuhan
Hatinya sentiasa merendah diri
Manusia senang dengannya

Orang yang meninggi diri
Dimurkai Tuhan
Hati sombong angkuh
Manusia tidak senang dengannya

Orang yang rendah hati
Mendapat pertolongan Allah
Hati tunduk merasa hamba
Manusia hormat dengannya

Orang yang meninggi diri
Tuhan memberi nikmat secara murka
Hati semakin jauh dari Tuhan
Manusia mudah tersinggung dengannya

Jadilah hamba yang rendah hati
Kelak nanti ditinggikan Allah
Janagn hidup meninggi diri
Nanti akan dihina Allah


Sunday, 30 December 2012

NIAT DALAM SEBARANG KERJA


Pasang niat dalam sebarang kerja
Jika tidak terbuang masa percuma
Niatkan pahala untuk dihadiahkan
Mudahan ada bantuanNya

Apa sahaja yang dilakukan
Keluar rumah
Bekerja
Makan minum dan rehat
Semuanya harus diniatkan 

Pasang niat untuk Tuhan
Untuk islam
Adalah ibadah kepadaNya
Taufik hidayah kurniaanNya

Niatkan dihati
Semua kerja untuk Islam
Itulah cita-cita kita
Inilah matlamat dan harapan kita

Itulah yang dikira sebagai ibadah
Hanya dengan niat
Akan di ganjari di pandu Tuhan
Lakukanlah dengan Ikhlas dan sabar





BEKERJA KERANA ALLAH


Membuat kerja biarlah kerana Allah
Datangnya mestilah dari hati 
Di situlah terletaknya sifat ikhlas
Beserta redha Tuhan

Jika buat kerja bukan dari hati 
Lahirlah pelbagai masalah
Hati tidak akan menjadi tenang
Tiada bahagia hati selalu gelisah

Jiwa semakin parah
Semakin banyak cacat cela
Semakin jemu benci dalam kerjanya
Mudah kecewa dan putus asa

Jika hati tidak bahagia dalam bekerja
Mudah emosi,pemarah
Mudah tersinggung
Perkara ini perlu dijauhkan

Kerja yang mendapat Tuhan
Adalah dari hati nurani
Sabar dan redha urusanNya
Bekerjalah denganNya sepenuh masa










BERAMAL KERANA FADHILAT


Orang yang beramal
Kerana fadhilat
Roh Ibadahnya hilang
Rasa berTuhan pula tiada

Mereka sibuk mengejar ibadah
Memberbanyakkan amalan
Tetapi gagal beristiqomah
Ibadah semata kerana pahalaNya

Mengerjakan ibadah
Bukan kerana cinta takutkanNya
Bukan kerana redhaNya
Hilang rasa kehambaan dalam ibadahnya

Tertipulah dengan amalannya
Mereka sangka ibadah yang banyak diterima
Tidak disedari derhaka dalam ketaatan
Rosaklah ibadah mendapat kemurkaanNya

Mereka sangka sudah selamat
Dengan ibadah yang banyak
Kerana memburu pahala
Tetapi dosa yang diterima








BUMI HIJAU MEMBAWA BERKAT


Bumi hijau bertuah
Mendapat berkatNya
Berkat adanya orang-orang Tuhan
 Kerana disini tapak ummah keduaNya

Bumi Hijau memyimpan segala khazanah
Jejak warisan salafus soleh
Dijanjikan di akhir zaman
Rasulullah bersabda Islam bermula di timur sini

Bumi ini bagai jantung hati
Jika ditusuk seluruh buana terasa sakit
Bila dikendong suluruh dunia akan sanjung
Itulah bumi tanah orang timur berdaulat

Bumi subur menghijau dedaunnya
Pokoknya meninggi tamannya indah
Di saksikan sini dunia baru bermula
Islam indah berkembang sekian kalinya

Bumi hijau permai sentosa
Ditunggu dinantikan oleh perindu kebenaran
Bermulanya detik daulah islamiyah
Bangsa melayu menerajui empayar islam terakhir ini



Saturday, 29 December 2012

PEJUANG SEKULAR V.S PEJUANG MUKMIN

Pejuang Sekular
Bijak mempengaruhi manusia
Mencipta sistem yang rosak
Buah fikirannya rosak merosakkan
Siapa yang mengamalkan pemikirannya
Menjadi sekular atau liberal
Tidak kurangnya menjadi jumud
Fikirannya tertumpu kepada pengkhianatan
Propaganda,agenda tersembunyi dan konspirasi
Serta kepentingan peribadi
Dijaja ditajanya keseluruh dunia
Meracuni pemikiran dan hati
Dengan sihir-sihir syaitan dajjal
Ditebarkan keseluruh dunia
Diberikan Ilmu Istidroj Tuhan
Menjadi kelebihan dan penambah dosa
Mereka giat memomokkan pada dunia
Mencanagkan sistem rekaannya 
Kononnya lebih canggih maju bertamadun
Mereka Sebenarnya lupa satu perkara
Semuanya dibataskan dengan akal semata
Dikudakan oleh hawa nafsu
Segalanya yang dicipta dan direka
Akan memakan diri kembali
Senjata makan tuan
Itulah yang terjadi
Jatuhlah tamadun yang dibina
Jatuh dari dalam tanpa digugat


Pejuang Mukmin
Berjuang menghidupkan kembali sistemNya
Menjauhi dari sistem yang rosak
Membuang pemikiran sekular dalam diri
Menjuangkan sistem Tuhan
Memikirkan pemasalahan umat
Mengadu merintih padaNya
Agar ditunjukkan JalanNya
Menyelesaikan segala kekusutan kerosakan
Menggunakan teknologi roh
Teknologi tercanggih mengatasi masa dan waktu
Menghubungkan kembali hati kepada Allah dan Rasul
Yaqazah,suara hatif,ilham,hasyaf
Karomah,Maunah,hikmah dan laduni
Menjadi kekuatan Meningkatkan taqwa
Menghidupkan roh Al-Quran dan Sunnah
Yakin adanya kerajaan ajaib Tuhan
Yang datang membantu
Untuk memenangkan Islam
Islam kembali gemilang
Islam tidak akan kalah-kalah lagi
Yang ada kemenangan demi kemenangan
Menghiasi Dunia yang semakin bercahaya




PENYAIR SEKULAR V.S PENYAIR MUKMIN


Penyair Sekular
Semuanya disandarkan kepada akal
Akal dipengaruhi nafsu semata
Perasaan akal mencorak karyanya
Membawa jauh berkhayal keasyikan dunia
Dicintai mencintaai kehidupan
Memuja memuji pada manusia
Cintanya hanyut pada makhluk
Kosong,hambar,tawar tiada manfaat
Orang yang mendegar turut dihanyutkannya
Terpampang segala mazmumah,menunjukkan bakat
Mencari makan,glamour,menjual mengangkat diri
Semuanya merosakkan diri dan orang lain
Orang yang mendengar menghayati
Mudah jemu malah benci


Penyair Mukmin
Perasaan dirohkan menerusi karyanya
Halus dan seni dalam berperasaan
Terasa lazat, manis dan indah 
Terzahir perasaan cemas,takut dan bimbang
Melahirkan jiwa-jiwa besar dan kuat
Membentuk sumber inspirasi 
Menambah bekalan iman taqwa
Jauh membawa hati berperasaan kepada Tuhan
Menambah rindu cintakan Rasul
Memuja memuji keagunganNya
Orang yang menghayati mendapatkan Tuhan
Segala yang disampaikan
Mengenai Tuhan,perjuangan islam
Perkara kebaikan bersama
Tugasnya murni menyampai dakwah
Melaksanakan amanah Tuhan
Mujahadah hati dan perasaan
Merintih pula agar Tuhan membantu
Agar manusia mendapat Tuhan dan kebenaranNya 







Friday, 28 December 2012

DAGANG HAMBA (2)

Dagang hamba perwira berjasa
Pewaris Nabi akhir zaman
Sebaik kurniaanNya digunakan
Sebar kebenaran patahkan kebatilan

Dagang hamba kian menghilang
Seiring Islam kembali berdagang
Tiadalah pula galang gantiannya
Hanya wasilah penghubung urusanNya

Dagang hamba menghaibkan diri
Kerana dunia dipenuhi seteru merata
Perginya sudah pulangnya kemenangan
Dunia dikejut Qawariqul Adah Tuhan

Dagang hamba beransur pulang
Menjelang petang meraih tangkapan
Tugasnya murni mubaligh keramat
Menyedarkan umat beroleh Rahmat

Dagang hamba mengagungkan KasihNya
Menjunjung kasih Rasul Nabi Akhir Zaman
Pulangnya Rahmat berkat seluruh buana
Mengundik pelayaran kelembah sana




DAGANG HAMBA (1)

Dagang hamba sufi bertuah
Di bumi terasing sendiri
Laksana amanah datang berkelana
Seantero sini dia mengembara

Dagang hamba ke seberang timur
Membawa benih diasingkan orang
Setitis embun penyiram sanubari
Hamba beriman menjunjung kebenaran

Dagang hamba ke rantau nusa
Menyebarkan hakikat musuh sembunyikan
Sunyi keseorangan tidaklah terasa
Kerana hati dalam kasih sayangNya

Dagang hamba mengundik ke hulu
Membawa pakaian taqwa betarbiyah
Memberi asuhan membersihkan jiwa
Daripada kosong kepada berhikmah

Dagang hamba tiadalah bersedih
Hati tenang teguh tidak runtuh
Pahlawan umat berbakti berjasa
Menjelang tiba penyatu ukhwah




Thursday, 27 December 2012

DI MANAKAH KASIH SAYANG

Di manakah kasih sayang kini?
Ia sebenarnya mulai tenat dan mati
Kerana tak dibaja dengan iman sebaiknya

Di manakah mahu dicari kasih sayang
Ketika semua manusia memerlukannya?
Ia telah hilang tiada berkesan lagi kini
Masing-masing mengabaikan tanggungjawabnya

Di manakah lagi kasih sayang
Manusia sebenarnya mencari yang tak diperlukan
Kasih sayang boleh dipupuk
Tetapi berkrisis dengan hati dan iman
Justeru kasih sayang tak ditemui
Jauhlah lagi untuk dimiliki kini

Di manakah kasih sayang itu?
Sukar dicari di tengah huru hara dunia kini
Berbahagialah mereka yang menemuinya
Tapi ramai yang kehilangannya
Setelah membinanya

Di manakah kasih sayang mahu dicari?
Kasih sayang pelengkap keharmonian keluarga
Menyempurnakan Islam dan iman

Ayuh hidupkan kembali kasih sayang
Agar dunia aman sentosa
Semoga kasih sayang dapat diamalkan sebaiknya
Agar hidup manusia berbahagia

Marilah kita jalinkan kasih sayang
Sesama keluarga,sahabat dan sanak saudara
Agar keindahan islam dapat dirasai
Semoga menikmati kasih sayang kekal abadi




HAMBA YANG MENJIWAI SIFAT KEHAMBAAN

Seorang hamba
Rasa lemah dan mengharap
Terasa banyak kesalahan
Rasa berdosa walau tidak melakukannya

Hamba berjiwa kehambaan
Merasakan sering melakukan dosa
Merintih bertaubat pada Tuhan
KepadaNya dia mengadu mengharap

Hamba bertaqwa
Merasakan dirinya hina dina
Banyak dosa untuk ditaubatkan
Menghitung dosa-dosanya pada Tuhan

Hamba yang menjiwai sifat hamba
Terasa banyak cacat cela ibadahnya pada Tuhan
Cemas pula jika merasa tidak berdosa
Adalah berdosa jika tidak menjumpai dosanya

Hamba itu sering takut
Bimbang dan cemas sentiasa
Sering mengharap pada TuhanNya
Mengusahakan rindu cintakan Allah dan RasulNya




Wednesday, 26 December 2012

NUR MUHAMMAD



Kegelapan
Tidakkan selamanya
Cahaya kemenangan
Menyusul tiba

Nur Muhammad
Mengistiharkan pada dunia
Melalui thoifah kebenaranNya
Dunia ditanganku, Jemaah dihatiku

Kemenangan demi kemenangan
Disaksikan menghiasi cahayaNya
Oh Nabiku tetaplah berperanan
Bersama roh Nur Muhammad

Wahai Khatimul Anbiya
Perananmu merangkumi keseluruhannya
Sehinggalah ke zaman penghujung
Mengatur dan mencatur kemenangan ini

Nur Muhammad
Cahaya segala cahaya
Datangnya bermakna kemenangan
Islam tidakkan kalah-kalah lagi



KEJAHATAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM

Yahudi musuh nyata umat islam
Berdendam dengan Rasulullah dan umatnya
Marah mereka kepada Tuhan
Kerana nabi akhir zaman bukan dari kalangannya

Mereka membuat sistem bercanggah sistemNya
Dijaja ditaja keseluruh dunia
Dibuatnya pelbagai macam agenda konspirasi
Supaya umat islam mengamalkannya

Umat islam dijajah
Dihasut pemikiran perasaan oleh yahudi
Cara hidup gaya yahudi (Barat)
Terputuslah hubungan Allah dan Rasul

Yahudi sangat tahu dan faham
Akan jadual Allah
Mereka sehabis mungkin menggagalkan
Namun janji Tuhan tetap berlaku

Yahudi memisahkan umat islam
Daripada rindu cintakan Allah dan Rasul
Kepada cintakan dunia
Apa sahaja dilakukannya islam tetaplah menang





Tuesday, 25 December 2012

BAHAYANYA DEMOKRASI

Pejuang demokrasi
Mengangkat dirinya sendiri
Berjuangkan nafsu kepentingan
Mengkhianati amanah pengikutnya

Pemimpin demokrasi
Menabur wang janji pada pengikutnya
Semangat negara bangsa dilaungkan
Semakin subur mazmumah dalam diri

Pengamal demokrasi
Lantang bersuara membawa seruan cintakan dunia
Demi mengekalkan kuasa atau merampasnya
Dengan ego emosi nafsu amarah

Pencinta demokrasi
Akan mudah kecewa putus asa
Jika kehendaknya tidak menjadi kenyataan
Semakin hebat ketegangan kepincangan

Bahayanya demokrasi
Merosakkan agama,bangsa dan negara
Natijahnya berpecah belah berkiblatkan dunia
Demokrasi membunuh pengamalnya!


PEJUANG MUKMIN


Pejuang mukmin
Berjuang berlandaskan perintahNya
Bersama panduan mursyid
Islam praktikal diperjuangkan

Pejuang mukmin
Tidak berjuang bersama emosi
Kerana dizalimi
Kerana nafsu amarah

Pejuang mukmin
 Berjuang ikhlas keranaNya
Tidak mengharapkan fadhilat
Tetapi menagih redhaNya

Pejuang mukmin
Berjuang mengislamkan dunia
Membina akhlak mengusahakan taqwa
Mujahadah nafsu menepis segala lintasan hati

Pejuang mukmin
Tidak ghairah menumpaskan musuh nyata
Tetapi berjuang menundukkan musuh tersembunyi
Itulah yang diusahakannya






Monday, 24 December 2012

PALESTINE WILL BE FREE

God has promised
To will free of you
The time has nearly
Not longer again

The beginning of conquest
Of palestine baitul maqdis
Starting from the east
Islam will back win

The king from the east
Will be arrival
To save the situation
Settle all conflict

Jews and supporters
Will be loser
Because this time
Islam back glorious

The prophet has says
Baitul maqdis will be free
At hand of king of liberation
King of the east