Wednesday, 10 July 2013

PERUTUSAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434 HIJRAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadan Eidul Mubarak...


Syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang penuh keberkatan.

Ibadah puasa adalah Rukun Islam ke tiga,Asas kepada Aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah yang Haq.Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan "Hadiah Allah" kepada sekalian Umat Rasulullah s.a.w.

Marilah kita mencontohi Puasa Rasulullah, Sahabat, tabien, dan salafus soleh, kerana mereka semua berpuasa dengan penuh penghayatan dan kesedaran, inilah yang cuba diamalkan oleh orang mukmin dan menjadi amalan Ikhwan Asoib di akhir zaman ini.

Paduka Baginda DYMM Rasulullah S.A.W (tokoh segala tokoh) tersangat-sangat merindui umatnya yang asing terutama Ikhwan dan Asoibnya, kerana Iman dan Keyakinan mereka Sangat Ajaib, Orang Mukmin sangat malu dan memburu berkat mereka (Ikhwan Asoib).

Ibadah Ikhwan Asoib seperti Sembahyang,puasa serta berjuang mereka adalah "Secara Roh".Bermaksud Penuh penghayatan, kesedaranberkesan dihati dan zahir pada tindakannya (berjuang / bermujahadah).

Di Bulan Ramadhan yang mulia ini, jangan rosakkan Ramadhan sebagai bulan Pesta Makan dan minum, jadikan bulan Ramadhan sebagai Pesta Ibadah untuk Mujahadah Nafsu, Bulan memperbanyakkan amalan secara tertib dengan penuh pengharapan keredhaan keampunan kepada Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Ramadhan adalah Bulan Umat Rasulullah s.a.w, Hargailah dan raikan bersungguh-sungguh serta junjungilah Bulan Yang Allah Hadiahkan Kepada Kita sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w.

Selamat berpuasa kepada sekalian umat Islam dan pembaca Blog Tinta Hati yang dihormati, ampun maaf zahir batin, wassalam.


Daripada Abu Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

(Hadis riwayath  Bukhari, Muslim & Nasaaei)

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

(Hadis riwayat oleh Nasai'e, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Dan Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Nasai'e & Baihaqi)

 Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (kebenaran)"

(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi)


Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "


(Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim)



                                   
                                       "Nasyid Rukun Islam Lima Perkara"


                           
                                            "Nasyid Sinar Ramadhan"

                              
                                                 "Nasyid Ramadhan Dua Zaman"


No comments:

Post a Comment