MUKADIMAH
Malaikat Jibril a.s merupakan Ketua Malaikat yang dilantik Allah s.w.t menggantikan Azazil yang telah menderhaka kepada Allah s.w.t.
Di dalam Rukun Iman, umat Islam wajib mempercayai dan beriman dengan Para Malaikat. ianya bermaktub di dalam Rukun Iman yang Kedua.
Percaya kepada Malaikat juga membawa maksud mendalam seperti beriman kepada perkara yang Ghaib dari Allah s.w.t yang Maha Ghaib.
Seperti yang kita semua ketahui, tugas ketua Para Malaikat iaitu Malaikat Jibril a.s adalah penyampai Wahyu Allah s.w.t kepada sekalian Para Anbiya.
Selepas tamat zaman kenabian, Apakah tugas dan peranan Ketua Malaikat iaitu Malaikat Jibril a.s?
TUGAS MALAIKAT JIBRIL A.S DI ZAMAN KENABIAN
Malaikat Jibril a.s adalah penyampai wahyu Allah s.w.t kepada sekalian Para Nabi Allah, Dari Zaman Nabi Allah Adam a.s sehingga pada Zaman Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.
Keseluruh zaman kenabian Allah memerintahkan Malaikat Jibril a.s menyampaikan Wahyu, Ianya merupakan segala Perintah dan Larangan Allah kepada Para UtusanNya.
Peranan utama Malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu dan Perintah Allah adalah melalui Wahyu khusus kepada Para Nabi tersebut dan juga Wahyu seperti di dalam Kitab untuk pembelajaran dan pengamalan Umat Nabi tersebut.
Malaikat Jibril juga menyampaikan Wahyu dari Allah s.w.t seperti di dalam himpunan Kitab-Kita Nabi terpilih seperti:
- Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
- Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s
- Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s
- Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w
TUGAS MALAIKAT JIBRIL A.S PADA ZAMAN UMAT RASULULLAH S.A.W
Tugas Malaikat Jibril a.s bukan sekadar tamat di sini di dalam menyampaikan Wahyu (Pada Zaman Kenabian), sebenarnya Malaikat Jibril selaku Ketua Malaikat sangat berperanan berterusan sehingga di zaman akhir Umat Nabi Muhammad s.a.w.
Untuk di Akhir zaman (Zaman Umat Nabi Muhammad s.a.w) yang sangat memuncak dengan kerosakan Manusia yang berulang seperti kerosakan zaman para Nabi terdahulu, Allah mengirimkan "Penyelamat kepada Dunia" iaitu Para Mujadid yang datang setiap Awal kurun untuk memperbaiki kerosakan dan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah s.w.t.
Selepas zaman kenabian berlalu, tiada lagi wahyu daripada Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat menangis dan terlalu sedih selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w ini adalah kerana sudah sampai sebuah isyarat jelas "Wahyu Allah s.w.t" sudah terputus kepada dunia.
Ilham Khulafa' Ar Rasyidin adalah melalui perhubungan dengan
Roh Nabi Muhammad saw. Dengan perhubungan ini maka mereka menerima ilham khusus
untuk melanjutkan misi rasulullah saw.
Seterusnya selepas tamat zaman Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah yang mendapat Petunjuk Allah), Maka Allah s.w.t datangkan Mujadid pertama kepada Dunia untuk membaiki kerosakan kepimpinan Umat Islam pada masa itu iaitu Sayidina Umar Abdul Bin Aziz R.A (Tabi'en dan Cicit Sayidina Umar Al-Khattab), Khalifah ke-8 Bani Umaiyah.
Apakah Mujadid dan peranannya?
- Siapakah Para Mujadid?
Mujadid adalah Pembaharu dalam urusan Agama Allah, memperbaiki setiap masalah dan kerosakan umat Nabi Muhamamd yang tercemar dengan dunia dan musuh-musuh Islam.
- Apakah Tugas Para Mujadid?
Kedatangannya adalah di setiap awal kurun (100 Tahun) sekali untuk menyelamatkan umat manusia daripada kemurkaan Allah dan terjun ke dalam api neraka.
- Apakah ciri-ciri Mujadid?
Setiap Para Mujadid memiliki Thoifah / Jemaah / pengikutnya (Anak Murid) di setiap Kurun.
Thoifah / Jemaah yang dibagunkan Mujadid di setiap kurun adalah Jemaah Kebenaran dan sangat di pandu oleh Allah dan Rasul (Nur Muhammad s.a.w).
Barangsiapa yang bernaung di bawah jemaahnya dan menjadi anak murid Mujadid, InsyaAllah akan diproses dan dipandu untuk meniti jalan keselamatan di dunia dan akhirat yang penuh ujian dan cubaan untuk melahirkan anak-anak murid yang berhati Solid dan Taat setaatnya dalam bermursyid.
Setiap Mujadid yang Allah kirimkan, Mereka kesemuanya akan menyelesaikan Kerja-kerja Allah dan Rasul di setiap zamannya.
Hebatnya sebuah Teknologi Roh yang hanya dimiliki oleh Para Anbiya dan Para Mujadid termasuk Wali-wali Allah yang terutama.
Setiap Mujadid yang Allah kirimkan, Mereka kesemuanya akan menyelesaikan Kerja-kerja Allah dan Rasul di setiap zamannya.
Hebatnya sebuah Teknologi Roh yang hanya dimiliki oleh Para Anbiya dan Para Mujadid termasuk Wali-wali Allah yang terutama.
- Berapakah Jumlah Sekalian Mujadid yang Allah kirimkan kepada dunia?
Para Mujadid akan datang di setiap awal kurun, Setiap kurun Umat Nabi Muhammad ada 15 Kurun. bermakna Seramai 15 Mujadid Allah kirimkan kepada dunia.
- Formula 15 Mujadid:
1 Mujadid = 1 Kurun (100 Tahun)
15 Mujadid = 15 Kurun (1,500 Tahun)
100 Tahun (1 Kurun) X 15 Mujadid (15 Kurun) = 1,500 Tahun Zaman Umat Nabi Muhammad s.a.w.
Bermakna sekarang 1435 Hijrah, Menghampiri 1,500 Tahun daripada zaman Rasulullah s.a.w. Bermakna Kiamat sudah sangat hampir kepada kita sebagai umat Rasulullah s.a.w di penghujung zaman.
- Apakah Era Mujadid yang Allah kirimkan kepada dunia di zaman umat Rasulullah s.a.w?
Era Umat Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada beberapa bahagian penting selepas Era Kenabian a.s (Era Mujadid Bergelanggang di setiap Kurun dan pada Era Umat Nabi Muhammad s.a.w) iaitu:
- Zaman KeKhalifahan mengikut jejak Kenabian (Khulafa Ar-Rasyidin)
- Zaman Pemerintahan mengigit (Daulah Bani Umaiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah)
- Zaman Penindasan penzaliman (Diktaktor - Islam dagang dan ditindas) "zaman sekarang"
- Zaman KeKhalifahan yang berjalan mengikut jejak kenabian (Khulafa Akhirul Zaman) Era Imam Mahadi dan Nabi Allah Isa Al-Maseh a.s
Setiap Mujadid adalah orang yang paling bertaqwa di zamannya dan paling tinggi darjatnya di sisi Allah di zamannya.
Setiap Mujadid akan mengetuai Thoifah Jemaahnya dan menguasai Mengetuai zamannya (Sohibuz Zaman):
- Mujadid Allah
- Sohibul Zaman
- Sultanul Aulia (Ketua Para Wali)
- Imam Mujtahid (Pemutus hukum/ penyelesai masalah)
- Ketua Ulama Muktabar
- Ketua Ulama Amalin
- Ketua Penguasa pemerintah di zamannya
- Khalifah di zamannya
- Imam Arifbillah di zamannya
- Imam Mazhab Islam di zamannya
Senarai ini tidaklah lengkap dan mungkin berbeza-beza mengikut zaman dan peranan mujadid tersebut di kurun masaing-masing.
Para Mujadid Hanya Satu di setiap Satu Kurun.
- Siapakah Khalifah Mujadid / Penghulu Mujadid?
Mujadid yang Allah kirimkan kepada Dunia di setiap Kurun pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w ada 15 Mujadid.
Ketua kepada Setiap Mujadid adalah Khalifah Mujadid iaitu Penghulu Mujadid dan Penutup sekalian Mujadid, Baginda Adalah Mujadid ke 15 iaitu Sayidina Imamul Mahadi Al-Muntazar a.s.
- Apakah itu WAHYU dan ILHAM?
Ilham adalah Ilmu yang disampaikan langsung dari Allah s.w.t jatuh ke dalam hati Manusia tanpa perantaraan, Ilham adalah Anugerah kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki seperti Para Mujadid, Wali-Wali Allah, Orang Mukmin Soleh, bahkan orang biasa turut menerimanya atas kehendak Allah s.w.t.
Tugas Malaikat Jibril a.s adalah terahsia, Ilham di akhir zaman tidak seperti wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril, tetapi Peranan Malaikat Jibril di sebalik tabir sentiasa berlaku dalam memenangkan Kebenaran Milik Allah di setiap Zaman.
Para Mujadid sangat dibantu Allah dengan pelbagai pertolongan dan KurniaanNya seperti Bantuan Malaikat Jibril dan sebagainya.
Ini Bermakna Tugas ketua para malaikat, iaitu Malaikat Jibril a.s adalah menyampaikan Wahyu dari zaman Kenabian dan sangat berperanan membantu kebenaran sehingga zaman terakhir Umat Nabi Muhamaad s.a.w.
Selepas Zaman Kenabian, tiada lagi WAHYU, yang ada hanya
ILHAM. Ilham yang khusus untuk Para Mujadid adalah Sebuah Minda Tajdid terbaru
dari Allah s.w.t untuk menyelasaikan segala permasalahan umat manusia di kurun
mujadid tersebut.
Maksud Ilham yang khusus kepada Mujadid adalah akan segala Ilmu-ilmu Ilham yang Besar dan terahsia dari Allah yang dikhaskan kepada Para Mujadid dalam membaiki setiap kerosakan umat Islam di setiap Zaman umat Nabi Muhammad s.a.w.
Para Nabi dikurniakan Mukjizat yang banyak, dan Para Mujadid pula dikurniakan Karomah yang banyak untuk memenangkan Islam di akhir zaman ini.
Allah s.w.t mengurniakan Ilham kepada sekalian MujadidNya, Mujadid adalah "Rasul Lil Rasul". Para Mujadid adalah penyambung dakwah Rasulullah s.a.w dan para Mujadid sentiasa dipandu oleh Roh Nur Muhammad s.a.w dalam setiap kurun mereka, kerana Rasulullah adalah Sohibul Azman (Penguasa setiap zaman) dan Para Mujadid Sohibul zaman (Penguasa di zamannya).
Sangat indahnya Peraturan Allah dan KeadilanNya, Islam tetap disebarkan keseluruh dunia dengan bantuan Nur Muhammad s.a.w dalam mengislamkan dunia dan membaiki segala kerosakan dunia.
KESIMPULAN
Malaikat Jibril a.s Allah telah Muliakannya dengan menjadi ketua Malaikat yang sangat-sangat Berperanan di sepanjang zaman dunia yang sekaligus terkandung di dalam Jadul Allah s.w.t.
Sangat berperanannya Malaikat Jibril sebagai Perutusan Allah kepada Para Anbiya dan Para Mujadid adalah satu perkara yang patut kita syukuri bersama.
Kita sebagai Umat Rasulullah s.a.w hendaklah yakin dan percaya akan segala keajaiban dan kehdendak Allah s.w.t di setiap masa.
Sangat benarlah Allah dan segala perutusanNya (Para Nabi a.s dan Para Mujadid r.h) yang sangat berkehendak dalam menyelamatkan sekalian manusia daripada kemurkaan Allah dan daripada azab nerakaNya.
Para Anbiya dan Para Mujadid adalah hadiah Allah s.w.t kepada manusia di setiap zaman, sangat benarlah bahawasanya Malaikat Jibril a.s adalah Penyampai Wahyu dan Khabar gembira dari Allah s.w.t di setiap zaman kenabian dan setiap Kurun Umat Nabi Muhammad s.a.w.
Inilah dia Rahsia Peranan dan tanggungjawab Besar Malaikat Jibril a.s yang dapat dikongsikan bersama, mudah-mudahan ianya meningkatkan lagi Iman dan Taqwa kita semua, InsyaAllah.
Terima kasih ya Allah kerana memberikan kefahaman dan Anugerah llmuMu Yang Luas Tiada Bandingannya, Syukran Ya Rasulullah, Syukran Ya Mujadid Mursyidku Ya Sohibul zaman.
Ampun Maaf zahir Batin.
No comments:
Post a Comment