Saturday, 20 July 2013

JANJI ALLAH DIJUANGKAN PARA MUJADID R.H

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 


MUKADIMAH


Islam adalah agama yang bersih suci dan murni, Peraturan dan perlaksanaanya bersama Fitrah manusia yang azali Bersih murni ciptaan Allah s.w.t.

Islam Berkembang keseluruh dunia tanpa dapat dibendung atau disekat pengaruhnya, itulah peranan Roh Nur Muhammad yang mengislamkan seluruh dunia dan mengembalikan fitrah murni setiap manusia di dunia.

KEBANGKITAN ISLAM MELALUI KERJA MUJADID

Semua zaman yang berlalu di dunia adalah di dalam Jadual Allah s.w.t. Tiada siapa yang mampu mengubah menconteng Jadual Allah yang Maha Bijaksana.

Janji Allah kepada Islam adalah sangat mahal dan terahsia, Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah s.a.w sangat Indah melahirkan sebuah masyarakat islam yang bersatu dan beriman kepada Allah s.w.t.

Untuk diakhir zaman, Kerja-kerja Rasulullah disambung oleh Para Mujadid si setiap Kurun, Allah akan mengirimkan kepada dunia untuk memperbaharui urusan agamaNya dan membaiki segala-galanya yang rosak agar kembali kepada fitrah azali manusia iaitu Bersih suci dan murni.

TUGAS-TUGAS PARA MUJADID R.H

Kerja-kerja Para Mujadid R.H dibantu oleh Roh Nur Muhammad S.A.W yang berperanan mengembalikan manusia kepada Allah dan Rasulullah, agar ikatan Rindu dan Cinta tidak terputus-putus lagi kepadaNya.

Tugas-Tugas ini digalas setiap Mujadid dalam Menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah dan dari Api Neraka, Allah menurunkan IlhamNya dan KaromahNya yang mencurah-curah kepada MujadidNya dalam membagunkan Islam kembali ditempatNya dan Islam dilihat dirasai KesyumulanNya.

Sudah sunnah orang berjuang, Kerja-kerja para mujadid akan sentiasa diuji dengan penentangan dan pemulauan oleh masyarakat islam ditempat mereka sendiri.

Para Mujadid ini adalah Hadiah Allah di setiap Kurun, Kedatangannya Ditentang, Pemergiannya ditagisi, itulah sejarah yang berlaku di dunia ini.

Para Mujadid akan memperbetulkan setiap kesalahan dan kerosakan di zaman mereka, semakin penghujung kurun Mujadid tersebut, semakin banyak sekali kerosakan masyarakat dan Penentangan semakin hebat kepada Mujadid dan Thoifahnya.

Kebangkitan Islam di akhir zaman adalah Terahsia, walaupun Musuh sudah berjaya menghidu dan melemahkan (memperlambat-lambatkan) Jadual Allah tetapi Janji Allah tetap berlaku mengikut JadualNya.

Nusantara adalah Bumi Simpanan / Tapak Daulah yang Allah s.w.t khususkan untuk kebangkitan Islam di akhir zaman, Empayar Islam akhir zaman bakal bertapak di sini.

GELARAN RASULULLAH DAN MUJADID KEPADA NUSANTARA

Gelaran Khas daripada Paduka Baginda Junjungan Mulia Nur Muhammad Rasulullah s.a.w kepada Nusantara:
  • Madinah Kedua
  • Malqa Salis
  • Negeri dibawah Angin
  • Islam bangkit Sebelah Timur
Gelaran utama Para Mujadid R.H kepada Nusantara:
  • Turki Kecil (Sultan Kecil pada Era Turki Uthmaniyah) 
  • Melaka Solid (Sultan Besar pada Era Empayar Islam)
Kata-kata Mujadid ke-13 R.A:
  • "Sampai masanya Turki Kecil membantu Turki Besar"
  • "Kelak Bangsa Cina Berbondong-bondong masuk Islam"
Kata-kata Mujadid ke-14 R.A: 
  • "Melaka Solid,Melaka Solid & Melaka Solid"
  • "Islam akan muncul di sebelah Utara (Kedah)"
  • "Islam akan bangkit di sebelah selatan (Melaka solid)"
Berdasarkan Janji Rasulullah dan Para MujadidNya ini, jelaslah kepada kita kebangkitan islam ini adalah janji Allah dan termaktub di dalam Jadual Allah s.w.t.

KESIMPULAN

Bumi Nusantara adalah Madinah kedua, sebut sahaja Madinah kedua, Masyarakatnya adalah Muhajirin dan Ansar Kedua, Ikhwan dan Asoib adalah Sahabat Akhir Zaman.

Sudah terbukti, Sejarah itu berulang dan bakal berulang bersama Janji Allah di dalam JadualNya.

Kebangkitan Islam Akhir zaman adalah benar, kerana Janji Allah itu pasti berlaku.



No comments:

Post a Comment