MUKADIMAH
Malqa Salis adalah Melaka Solid di akhir zaman,
Kegemilangannya bersama Islam sangat indah dihayati diambil pengajaran oleh
kita semua.
Melaka Solid menyimpan seribu satu Rahsia Peradaban Islamnya
yang Gemilang dan Indah bersama "Sejarah Perulangan" yang Gilang
gemilang.
Malqa Salis Pertama sudah membuktikan apabila Islam dijadikan asas dan tunjangan hidup setiap manusia dibawah naungan Duli Yang Maha Mulia, semuanya Bahagia, Aman dan Sentosa.
Pemimpinnya Bertaqwa,Rakyatnya taat setia di depan dan belakang, itulah Rahsia Peradaban Melaka Solid pertama dan Kedua ini.
PARAMESWARA + RAJA QUMAR = SULTAN ISKANDAR SHAH (BERKONGSI NAMA GELARAN YANG SAMA)
Sultan Mansur Shah |
PEMBUKA MELAKA SOLID
Siapakah pembuka Melaka Solid?
Menurut sejarah yang sahih, Pembuka atau Pengasas kepada Melaka Solid adalah Maharaja Parameswara dan Maharaja Qumar (Pengiring & Pembantu).
Apakah kaitan antara kedua individu ini?
Maharaja Parameswara dan Maharaja Qumar adalah Sahabat baik, Mereka Berjuang dan Berkelana Bersama-sama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Bagaimana mereka memeluk Islam?
Islam itu datang dengan penuh keajaiban, lantas mereka berdua juga menerima islam dengan cara yang ajaib, Sebelum mereka memeluk islam, Allah s.w.t mengurniakan Taufik Hidayah kepada mereka melalui Mimpi Benar dan Rasa Hati akan kebenaran Islam.
Mereka berdua Di Islamkan oleh Para Pendakwah Rasulullah dari Tanah Arab pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah lagi.
Nusantara pada masa itu sudah beransur-ansur diIslamkan oleh Pendakwah Rasulullah sejak dari Zaman Khulafa Ar-Rasyidin lagi.
Mereka berdua telah menyaksikan Kebenaran diatas Sabda Rasulullah s.a.w di dalam hikayat Pasai menyatakan Sebuah "Negeri dibawah angin", perkara ini merujuk kepada Melaka Solid iaitu Malqa Salis Pertama.
Mereka berdua telah menyaksikan Kebenaran diatas Sabda Rasulullah s.a.w di dalam hikayat Pasai menyatakan Sebuah "Negeri dibawah angin", perkara ini merujuk kepada Melaka Solid iaitu Malqa Salis Pertama.
Nusantara sebelum Islam dikuasai pengaruh Agama Hindu dan Buddha. Kedatangan agama tersebut dilihat tidak berjaya membina dan membentuk jiwa Bangsa Melayu Baharu, malah Bangsa Melayu pada masa itu masih mengamalkan ajaran kuno dan Primitif seperti manusia yang tidak BerTuhan (Aties).
Apakah Kesan positif terhadap Mereka Berdua setelah Memeluk Islam?
Perubahan ketara apabila Maharaja Parameswara memeluk Islam, Baginda telah menukar Gelaran "Maharaja" Kepada "Al-Sultan".
Baginda juga telah memakai Gelaran "Al-Sultan Iskandar Shah", Pengasas Kerajaan Islam melayu melaka.
Kerajaan Islam melayu Melaka merupakan Pengasas iaitu Pembuka kepada Melaka Solid Pertama, "Kesultanan Melayu Ahlul Bait" di Nusantara.
Kerajaan melaka bukan sahaja terkenal dengan Pelabuhan Import Eksport yang terkenal di seluruh dunia, tetapi kewibawaan Kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia dalam melaksanakan Islam itulah dia Melaka Solid.
Allah s.w.t Mengurniakan Karomah Kepimpinan yang banyak kepada Al-Sultan Iskandar Shah dalam membagunkan Sebuah kerajaan melayu Islam yang digeruni lawan disegani kawan.
Melaka Solid pada masa itu terkenal di mata dunia kerana menjadi persinggahan rasmi perhubungan antara Timur dan Barat. Ramai yang cemburu dengan kewibawaan Melaka Solid dalam mengendalikan peradabannya bersama Islam.
Melaka Solid Pertama (Pembuka) juga giat mengadakan perhubungan diplomatik antarabangsa seperti dengan Maharaja China. Perhubungan ini berlaku dengan rancaknya dari generasi ke generasi seterusnya lantas menjadikan melaka sebuah Kerajaan Melayu Islam yang diiktiraf Dunia.
Apakah gelaran Maharaja Qumar setelah memeluk Islam bersama Raja Parameswara?
Maharaja Qumar adalah seorang sahabat baik yang beradab dan berperawatakan baik. Setelah Maharaja Qumar bersama-sama membantu Maharaja Parameswara dalam membagunkan "Melaka Solid Pertama", Maharaja Qumar meminta Izin Kepada Sahabat Baiknya untuk keluar mengembara dan pulang ke Utara untuk membina Kerajaan Melayu Islam yang lain.
Maharaja Qumar telah mengasaskan sebuah kerajaan melayu islam di Kelantan yang pada masa itu dikenali sebagai Negeri "Tanjung Pura", Baginda Juga telah memakai Gelaran "Sultan" dan nama Islam Baginda ialah "Al-Sultan Iskandar Shah II"
Pewaris kerajaan baginda adalah "Kesultanan Raja Jembal" yang pernah suatu masa dahulu mentadbir Kelantan di Kota Bahru dan seluruh Kelantan selepas penggabungan kedua kerajaan melayu Islam kelantan di sebelah utara dan selatan (Kerajaan Cik Siti Wan Kembang).
Kerajaan Melayu Islam Kelantan Bernaung di bawah Melaka Solid Pertama sehingga zaman Sultan Mahmud Shah (Sultan Terakhir di "Melaka" sebelum Jatuh pada 1511).
Apakah kesan daripada kejatuhan melaka yang diasaskan oleh mereka berdua?
Melaka Solid Pertama iaitu Malqa Salis telah berjaya dirampas Protugis iaitu pada tahun 1511.
Akibat Rampasan Malqa Salis oleh penjajah bermata dua, Kerajaan Melayu Islam di Nusantara mulai melemah sedikit demi sedikit, sebelum penjajah bermata dua menjajah keseluruh Nusantara dengan memisahkan dan menghapuskan sistem beraja di Nusantara kecuali di Tanah Melayu dan Brunei.
Selepas Melaka dirampas Protugis, Kesultanan Acheh Darul Salam memainkan peranan menyatukan kembali kerajaan-kerajaan melayu di nusantara dan bernaung di bawah Kekhalifahan Turki Uthmaniyah di Islambol.(Menyambung Kerja Melaka Solid)
Sesungguhnya setiap perkara yang dibuka dengan indah, penutupannya juga adalah indah sama sekali, inilah perulangan yang ditunggu-tunggu, di mana peranan Melaka Solid Kedua bakal kembali memeriahkan dan menguatkan Islam lantas menjadi Empayar Kesultanan Melayu Islam. (Menyambung Kerja Daulah Turki Uthmaniyah).
Sang Kancil Lambang Kerajaan Melaka = Malqa Salis? |
Sang Kijang Lambang Kerajaan Kelantan = Malqa Salis? |
PENUTUP MELAKA SOLID
Siapakah Penutup Melaka Solid?
Penutup Melaka Solid adalah berkesinambungan kepada Pembuka Melaka Solid, Setiap Perkara yang dibuka secara rasmi akan ditutup juga secara rasmi.
Sultan Melaka yang baharu nanti merupakan individu yang bertanggungjawab menjadi "penutup melaka solid".
Siapakah pentadbir Melaka Solid?
Melaka Solid Bakal ditadbir oleh Sultan yang haq dari pewaris yang Sah, Iaitu dari belahan Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mahmud II (Mangkat Dijulang di Kota Tinggi).
Istimewanya penutupan Melaka Solid ini, Melaka kembali bakal menjadi Pusat Pemerintahan ulung Kesultanan Ahlul Bait Nusantara.
Bilakah perkara ini bakal berlaku?
Dijangkakan perkara ini berlangsng sekitar tahun "153" atau "313". Tahun ini adalah satu kod rahsia yang masih rahsia dan tersembunyi, terdapat di dalam Atsar Sahabat dan Tabi'en menyebut tanggal "153". Hakikatnya Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.
KESIMPULAN
Malqa Salis atau Melaka Solid adalah sebuah kebangkitan Islam dan Empayar kesultanan Islam di akhir zaman, Melaka solid terbahagi kepada dua yang perlu difahami iaitu:
Malqa Salis - Melaka Solid Pertama (Pembuka - Pengasas)
Malqa Salis - Melaka Solid Kedua (Pembangkit - Penutup)
"Setiap perkara yang dicetuskan, pasti ada perulangannya, setiap perkara yang dibuka, pasti ada penutupannya".
Jelaslah kepada kita bahawa Pembuka Melaka Solid adalah Sultan Iskandar Shah R.H & Sultan Iskandar Shah II R.H dan Penutup Melaka Solid pula ialah Al-Sultan Mahmud III R.A.
Selepas peristiwa penutupan Melaka Solid Darul Islam Secara Rasmi, maka berakhirnya zaman kesultanan Islam.
Seterusnya bermulalah sistem KeKhalifahan Empayar Islam oleh Sayidina Imam Mahdi Al-Muntazar (Khalifah Mujadid ke-15).
Selepas peristiwa penutupan Melaka Solid Darul Islam Secara Rasmi, maka berakhirnya zaman kesultanan Islam.
Seterusnya bermulalah sistem KeKhalifahan Empayar Islam oleh Sayidina Imam Mahdi Al-Muntazar (Khalifah Mujadid ke-15).
"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"
No comments:
Post a Comment