Wednesday, 31 July 2013

EMPAYAR & KERAJAAN ISLAM ZAMAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH


"Madinah Al-Munawwarah"

Empayar Islam dan Kerajaan Islam adalah sebuah Tamadun Peradaban Dunia Islam yang telah diasaskan oleh Paduka Baginda Yang Teramat Mulia Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w di Madinah Al-Munawwarah.

Peradaban Baginda yang agung ini dibina atas dasar Iman dan Taqwa, Seterusnya ketamadunan peradaban yang dicetuskan Rasulullah s.a.w bersambung dan diwarisi Peradaban Islam oleh Umatnya.

Empayar Islam dan Kerajaan Islam terbahagi kepada beberapa Fasa, Peradaban Islam telah berjaya Bertapak di 2/3 Dunia.

Nusantara tidak terkecuali menjadi salah sebuah peradaban Islam yang gilang gemilang (Malqa SalisMelaka Solid) hasil daripada Sentuhan Roh Islam Paduka Baginda Rasulullah s.a.w.

KRONOLOGI ZAMAN DUNIA (JADUAL ALLAH)

Hadis Rasulullah s.a.w mengenai Jadual Allah terhadap dunia:


Dari Nukman bin Basyir, Katanya ‘Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’ Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan. 

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.” Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah - keamiran / beraja / zaman kesultanan) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian Rasulullah SAW pun diam....(Kiamat)

(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal R.H dari Sahabat Rasulullah Nuaman bin Basyir R.A dari Huzaifah R.A di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.)

Sebelum kita mengetahui Status sebenar Zaman Empayar Islam dan Kerajaan Islam, Sebaiknya kita terlebih dahulu memahami dan mengetahui Zaman Dunia yang sebenar mengikut Jadual Allah s.w.t yang disampaikan kepada Paduka Baginda Rasulullah s.a.w iaitu:
  • Zaman Kenabian (Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad s.a.w) "An-Nubuwwah"
  • Zaman KeKhalifahan Mengikut Jalan Kenabian "Khilafah 'ala Minhaj An-Nubuwwah (1)"
  • Zaman Pemerintahan Mengigit "Mulkhan 'Adhan"
  • Zaman Penindasan Penzaliman "Mulkhan Jabariyyan" (Zaman Sekarang)
  • Zaman KeKhalifahan Kembali Mengikut Jalan Kenabian "Khilafah 'ala Minhaj An-Nubuwwah (2)"
Tetapi, Musuh Islam sudah berjaya mengelirukan menipu Umat dunia dan tidak terkecuali Umat Islam akan Zaman Rekaan mengikut Jadual Nafsu dan Syaitan iaitu:
  • Zaman Batu (Paleolitik, Mesolitik & Neolitik)
  • Zaman Gangsa 
  • Zaman Logam
  • Zaman Moden
FORMULA KRONOLOGI JADUAL ALLAH

Maksud "5" dalam Islam:

5 = Bilangan Zaman dunia di dalam Jadual Allah

1 = Zaman Kenabian
2 = Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
3 = Zaman Pemerintahan Mengigit
4 = Zaman Pemerintahan Penindasan Penzaliman
5 = Zaman Khulafa Akhirul Zaman

5 = Kelompok Ulul Azmi

5 = Rukun Islam

Maksud "15" di dalam Islam:

15 = Bilangan Mujadid Allah kirimkan kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w

15 = Jumlah Kurun Zaman Umat Nabi Muhammad s.a.w

Maksud "25" di dalam Islam:

25 = Bilangan Para Nabi yang Wajib diketahui
25 = Bilangan Zaman Para Nabi (An-Nubuwwah)
25 = Rasulullah ke 25 dari kelompok Nabi & Rasul yang disebut di dalam Al-Quran 

Maksud "313" di dalam Islam:

313 = Bilangan Para Rasul yang diutuskan
313 = Bilangan Tentera Badar (Sahabat Utama Rasulullah)
313 = Bilangan Ikhwan (Sahabat Rasulullah Akhir Zaman)

Maksud "124000" di dalam Islam:

124000 = Jumlah Para Nabi yang Allah Utuskan di setiap Zaman Kenabian

124000 = Bilangan Para Sahabat Rasulullah selepas Rasulullah s.a.w wafat dan Terbinanya Khulafa Ar-Rasyidin.

124000 = Jumlah Orang-orang yang Sangat Bertaqwa di akhir Zaman (Ikhwan & Asoib - Wali Besar - Wali Kecil)

5 + 15 + 25 + 313 + 124000 = JADUAL ALLAH S.W.T

KRONOLOGI EMPAYAR ISLAM & KERAJAAN ISLAM ZAMAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Sejarah peradaban Islam mengikut Spesifikasi Barat / Musuh Islam:
  • Zaman Klasik (650-1250 M)
  • Zaman Pertengahan (1250-1800 M)
  • Zaman Moden (1800 M - 2013++ M)
Mereka sebenarnya telah menipu Umat Islam seluruh dunia dengan "pengkelasan menurut akal dan nafsu" mereka, Sedangkan di dalam Islam, Peradaban dan Zaman Umat Nabi Muhammad berdasarkan Sabda Rasulullah:

Kronologi sebenar Zaman Peradaban Umat Nabi Muhammad s.a.w:
  • Zaman Rasulullah s.a.w "Era Kenabian" (610-632 M)
  • Zaman KeKhalifahan mengikut jalan Kenabian "Khulafa Ar-Rasyidin" (632-661 M)
  • Zaman Pemerintahan mengigit "Daulah Bani Umaiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah" (661-1923 M)
  • Zaman Penindasan penzaliman (Diktaktor) "zaman sekarang" (1923 - 2013 M ++)
  • Zaman KeKhalifahan yang berjalan mengikut jalan kenabian "Khulafa Akhirul Zaman" Era Imam Mahadi dan Nabi Allah Isa Al-Maseh a.s (20...? + 7 Tahun Imam Mahadi & 40 Tahun Nabi Allah Isa Al-Maseh a.s = 47 tahun sebelum Kiamat)
P/S: (Penulis Meringkaskan dan membuat Kronologi berdasarkan Sabda Baginda s.a.w)



SENARAI EMPAYAR ISLAM UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Empayar Islam Umat Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada 5 Empayar Islam:(Berdasarkan Sabda Rasulullah)
  • Khulafa Ar-Rasyidin
  • Daulah Bani Umaiyah
  • Daulah Bani Abbasiyah
  • Daulah Turki Uthmaniyah
  • Khulafa Akhirul Zaman
Tokoh-tokoh Khulafa Ar-Rasyidin
  1. Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A (632-634 M)
  2. Sayidina Umar Bin Al-Khattab R.A (634-644 M)
  3. Sayidina Uthman Bin Affan R.A (644-656 M)
  4. Sayidina Ali Bin Abi Talib R.A K.W.J (656-661 M)
  • Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A digelar "Khalifah Rasulullah s.a.w"
  • Khalifah seterusnya digelar "Amirul Mukminin"
Tokoh-Tokoh Daulah Bani Umaiyah
  1. Sayidina Muawiyah Bin Abi Sufian R.A (661-680 M)
  2. Yazid Bin Muawiyah (680-683 M)
  3. Muawiyah II Bin Yazid (683-684 M)
  4. Marwan Bin Al-Hakam (684-685 M)
  5. Abdul Malik Bin Marwan (685-705 M)
  6. Al-Walid Bin Abdul Malik (705-715 M)
  7. Sulaiman Bin Abdul Malik (715-717 M)
  8. Sayidina Umar Abdul Aziz R.H "Mujadid Pertama" (717-720 M)
  9. Yazid II Bin Abdul Malik (720-724 M)
  10. Hisham Bin Abdul Malik (724-743 M)
  11. Al-Walid II Bin Yazid II (743-744 M)
  12. Yazid III Bin Al-Walid (744 M)
  13. Ibrahim Bin Al-Walid (744 M)
  14. Marwan II Bin Muhammad (744-750 M)
  • Sayidina Muawiyah Bin Abu Sufian R.A adalah "Sebaik-baik Raja Islam pertama" (Sahabat Nabi Pertama Menjadi Raja) Umat Nabi Muhammad s.a.w, Baginda menaiki Takhta Kekhalifahan mengantikan Sayidina Ali bin Abi Talib R.A K.W.J di dalam peristiwa Majlis Tahkim. (Zaman beliau masih dikira di dalam Khalifah mengikut jalan kenabian), cuma tidak diktiraf sebagai Ahli Khulafa Ar-Rasyidin.
  • Setelah Perlantikan Yazid Bin Muawiyah R.A, Pemerintahan Daulah Bani Umaiyah berlangsung, dan Zaman Kerajaan Menggigit telah bermula.
Tokoh-Tokoh Daulah Bani Abbasiyah
  1. Abu'l Abbas As-Saffah (750-754 M)
  2. Al-Mansur (754-775 M)
  3. Al-Mahadi (775-785 M)
  4. Al-Hadi (785-786 M)
  5. Harun Al-Rashid (786-809 M)
  6. Al-Amin (809-813 M)
  7. Al-Ma'mum (813-833 M)
  8. Al-Mu'tasim (833-842 M)
  9. Al-Wathiq (842-847 M)
  10. Al-Mutawakkil (847-861 M)
  11. Al-Muntasir (861-862 M)
  12. Al-Munsta'in (862-866 M)
  13. Al-Mu'tazz (866-869 M)
  14. Al-Muhtadi (869-870 M)
  15. Al-Mu'tamid (870-892 M)
  16. Al-Mu'tadid (892-902 M)
  17. Al-Muktafi (902-908 M)
  18. Al-Muqtadir (908-932 M)
  19. Al-Qahir (932-934 M)
  20. Ar-Radi (934-940 M)
  21. Al-Muttaqi (940-944 M)
  22. Al-Mustakfi (944-946 M)
  23. Al-Muti (946-974 M)
  24. At-Ta'i (974-991 M)
  25. Al-Qadir (991-1031 M)
  26. Al-Qa'im (1031-1075 M)
  27. Al-Muqtadi (1074-1094)
  28. Al-Mustazhir (1094-1118 M)
  29. Al-Mustarshid (1118-1135 M)
  30. Ar-Rashid (1135-1136 M)
  31. Al-Muqtafi (1136-1160 M)
  32. Al-Mustanjid (1160-1170 M)
  33. Al-Mustadi (1170-1180 M)
  34. An-Nasir (1180-1225 M)
  35. Az-Zahir (1225-1226 M)
  36. Al-Mustansir (1226-1242 M)
  37. Al-Musta'sim (1242-1258 M)
  • Abu Abbas As-Saffah merupakan pembina Daulah Abbasiyah.
  • Al-Mansur adalah bapa pembagunan Daulah Bani Abbasiyah.
  • Zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid adalah zaman keemasan Islam di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Zaman Al-Makmum menjadi zaman empayar Fahaman Muktazilah meluaskan pengaruhnya.
  • Zaman Khalifah Al-Mutawakkil adalah kembalinya kekuatan menyeluruh Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Baginda Membebaskan Imam Ahmad bin Hambal (Imam Mazhab Hanbali) daripada penyeksaan Khalifah yang sebelumnya.
Tokoh-tokoh Daulah Turki Uthmaniyah

"Turki Besar"

1.    Sultan Uthman I (1280 - 1326)
2.    Sultan Urkhan (1326 - 1359)
3.    Sultan Murad I (1359 - 1389)
4.    Sultan Bayazid I (1389 - 1403)
5.    Sultan Muhammad I (1403 - 1421)
6.    Sultan Murad II (1421 - 1451)
7.    Sultan Muhammad II "Al-Fateh 1453" (1451 - 1481)
8.    Sultan Bayazid II (1481 - 1512)

Senarai nama Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyah:

1.    Khalifah Salim I (1512 - 1520)
2.    Khalifah Sulaiman I "Al-Qanuni" (1520 - 1556)
3.    Khalifah Salim II (1556 - 1573)
4.    Khalifah Murad III (1573 - 1596)
5.    Khalifah Muhammad III (1596 - 1603)
6.    Khalifah Ahmad I (1603 - 1617)
7.    Khalifah Mustafa I (1617)
8.    Khalifah Othman II (1617 - 1623)
9.    Khalifah Murad IV (1623 - 1640)
10.    Khalifah Ibrahim I (1640 - 1648)
11.    Khalifah Muhammad IV (1648 - 1687)
12.    Khalifah Sulaiman II (1687 - 1691)
13.    Khalifah Ahmad II (1691 - 1695)
14.    Khalifah Mustafa II (1695 - 1703)
15.    Khalifah Ahmad III (1703 - 1730)
16.    Khalifah Mahmud I (1730 - 1754)
17.    Khalifah Othman III (1754 - 1757)
18.    Khalifah Mustafa III (1757 - 1773)
19.    Khalifah Abdul Hamid I (1773 - 1788)
20.    Khalifah Salim III (1788 - 1807)
21.    Khalifah Mustafa IV (1807 - 1808)
22.    Khalifah Mahmud II (1808 - 1839)
23.    Khalifah Abdul Majid I (1839 - 1861)
24.    Khalifah Abzul Aziz (1861 - 1876)
25.    Khalifah Murad V (1876)
26.    Khalifah Abdul Hamid II (1876 - 1909)
27.    Khalifah Muhammad V (1909 - 1918)
28.    Khalifah Muhammad VI (1918 - 1922)
29.    **Khalifah Abdul Majid II (1922-1924 M) 



  • P/S: (KeKhalifahan Uthmaniyah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Ataturk "Presiden Pertama Republik Turki" Pada 1923)

  • Khalifah bernombor 26 adalah Khalifah terakhir yang berkuasa secara mutlak sebelum dihalau hasil campur tangan Yahudi dan Turki Sekular.

    Baginda adalah Khalifah yang sangat berpengaruh dan terkenal diserata dunia, kerana ketegasan kewibawaan baginda dalam mempertahankan Hak kaum Muslimin terutamanya di tanah Baitul Maqdis Palestin dari dibeli atau dipajak Yahudi. 

    Turki Uthmaniyah mulai melemah hasil Penjajahan (Satu persatu tanah jajahannya Turki Uthmaniyah jatuh dirampas dan dijajah para penjajah seperti British,Perancis,Itali dan Rusia).

    Khalifah bernombor 28 adalah Sultan Uthmaniyah terakhir, Sultan Muhammad VI adalah panglima tertinggi perang ketika Perang dunia pertama, setelah Turki Uthmaniyah kalah dalam perang dunia pertama maka segala kesultanan Uthmaniyah runtuh dan Sultan Muhammad VI dibuang negeri ke Pulau Malta oleh British.

    **Khalifah bernombor 29 adalah Khalifah Abdul Majid II Efendi yang bertanggungjawab memegang warisan Jabatan Khalifah Uthmaniyah, baginda adalah simbol Turki Uthmaniyah yang terakhir.

    (Pemegang tampuk Kekhalifahan terakhir ini sangat-sangat  Mempertahankan Jabatan Khalifah Uthmaniyah walaupun secara bersendirian Sehingga beliau di arahkan keluar dari jabatan Khalifah iaitu di pejabat khalifah pada tahun 1924
    Akhirnya baginda telah diasingkan jauh daripada Turki dan mangkat di Paris Perancis pada tahun 1944.

    Jatuhnya sistem KeKhalifahan Turki Uthmaniyah, maka bermulalah Zaman Pemerintahan Menyombong dan ditaktor sehingga ke hari ini.


    Tokoh-Tokoh Khulafa Akhirul Zaman
    1. Sayidina Imamul Mahadi Al-Muntazar A.S
    2. Nabi Allah Isa Al-Maseh A.S
    3. Sayidina Fata At-Tamimi R.A
    4. Sayidina Fata Haris Al-Harras R.A
    5. Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
    P/S: Sebenarnya Empayar Islam adalah bersambung dan tidak akan terputus, oleh yang demikian, walaupun Daulah Turki Uthmaniyah dilihat sudah lumpuh sepenuhnya, Roh Daulah Turki Uthmaniyah menjadi pemangkin kepada kebangkitan islam di akhir zaman.

    SENARAI KERAJAAN ISLAM UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

    Kerajaan Islam Umat Nabi Muhammad s.a.w  bermula semenjak daripada Daulah Bani Abbasiyah lagi, Kerajaan Islam adalah bernaung dibawah empayar Islam yang sezaman dengannya.

    Faktor tercetusnya Kerajaan-kerajaan kecil islam di timur dan barat baghdad adalah:
    • Munculnya kerajaan-kerajaan kecil yang meminta kuasa autonomi kepada Daulah Abbasiyah.
    • Perebutan kuasa antara Bani Buwaih (Parsi) dengan Bani Seljuq (Turki) di Baghdad.
    • Berlaku perebutan kekuasaan Daulah Abassiyah yang memuncak dengan fahaman yang terkeluar daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Fahaman Muktazillah dan Syiah, fahaman ini berjaya meracuni dan menguasai tampuk pemerintahan Bani Abbasiyah.
    • Perang Salib memuncak dari eropah menyerang Daulah Bani Abbasiyah.
    Kerajaan-Kerajaan Kecil di Barat Baghdad
    • Kerajaan Idrisi di Morocco (788-932 M)
    • Kerajaan Aghlabi di Tunisia (800-905 M)
    • Kerajaan Tuluni (868-905 M)
    • Kerajaan Ikhsidi di Mesir (935-969 M)
    • Kerajaan Hamdani di Mosul dan Aleppo (929-1003 M)
    Kerajaan-Kerajaan Kecil di Timur Baghdad
    • Kerajaan Tahiri di Khurasan (821-873 M)
    • Kerajaan Saffari di Fes (867-903 M)
    • Kerajaan Samani di Transoxania (874-999 M)
     **Menjadi Pemerintah Empayar Islam Bani Abbasiyah
    • Kerajaan Bani Buwaih (932-1055 M)**Berfahaman Syiah
    • Kerajaan Bani Seljuq (1055-1199 M)
    Kerajaan Fatimiah "Syiah Ismailiah" (909-1171 M)

    Syiah pada zaman Empayar Daulah Abbasiyah sudah berjaya menawan Baghdad dan mereka juga ada membuka Kerajaan Syiah yang tersendiri.

    Pusat pemerintahan mereka berubah-ubah seperti di Qairuwan di Tunisia (909-971 M), Kaherah Mesir (972-1171 M).

    Kerajaan ini dilihat menjadi berpengaruh kerana diiringi kerajaan sekutu Syiah seperti Bani Buwaih di Baghdad.

    Kerajaan Murabitun & Muwahhidun di Afrika Utara (1056-1269 M)

    Kedua-dua kerajaan ini di asaskan oleh suku Bangsa Babar di Afrika Utara. Kerajan ini terbahagi kepada Dua Kerajaan iaitu:

    • Kerajaan Murabitun (1056-1147 M)
    • Kerajaan Muwahhidun (1130-1269 M)

    Kerajaan Islam Andalusia Bani Umaiyah (756-1609 M)

    Daulah Bani Umaiyah jatuh di Damsyik oleh golongan Bani Abbasiyah yang merampas kekuasaan KeKhalifahan, akan tetapi warisan Bani Umaiyah di Andalusia bertahan lama semenjak dari Daulah Bani Umaiyah di Damsyik,Daulah Bani Abbasiyah di Baghdad dan Bani Uthmani Daulah Turki Uthmaniyah di Islambol.

    Kerajaan Safawi (1501-1722 M)

    Berasal dari sebuah Empayar menjadi sebuah negara.

    Corak Kepimpinan Kerajaan Safawi:

    • Kepimpinan bercorak Terekat (1252-1494 M)
    • Kepimpinan Sistem Beraja secara formal (1501-1722 M)
    Kerajaan Islam Mughal di India (1526-1858 M)

    Sebelum Kerajaan Mughal memerintah india, India suatu masa dahulu mempunyai kerajaan islam hasil dakwah kerajaan Bani Umaiyah (India dahulu sebahagian tanah jajahan daulah Bani Umaiyah), seterusnya Kerajaan Islam kecil muncul di India semenjak zaman Daulah Bani Abbasiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah seperti:
    • Kerajaan Ghaznawi (977-1186 M)
    • Kerajaan Khaliji (1296-1316 M)
    • Kerajaan Tughlaq (1320-1412 M)
    • Kerajaan Sayyid (1414-1451 M)
    • Kerajaan Lodhi (1451-1526 M)
    Kerajaan Islam Mughal adalah kerajaan Islam terakhir yang berkuasa sepenuhnya di india sebelum jatuh sepenuhnya oleh British pada 1858 M. Kejahatan British di India adalah mereka menjatuhkan Islam dan menaikkan Hindu di India.

    Kerajaan-Kerajan Islam Nusantara - Kesultanan Ahlul bait Nusantara

    Kerajaan Kesultanan Melayu Ahlul Bait Nusantara diasaskan oleh Raja Parameswara @ Sultan Iskandar Shah (Penanung sekalian kerajaan-kerajaan Islam Nusantara).

    Sebelum kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi Penguasa Nusantara, Kerajaan Kedah Tua @ Ayuthia sudah menjadi kerajaan Islam semasa era Srivijaya dan Majapahit lagi.

    Empayar Kerajaan-kerajaan melayu Islam pada masa itu sebelum Melaka dipanggil "Khilafah Kecil" atau lebih dikenali sebagai "Turki Kecil" di Era Kesultanan Melaka kerana akrabnya persaudaraan dan perhubungan antara Kerajaan-kerajaan Islam Nusantara dengan Daulah Turki Uthmaniyah di Islambol.

    Terbinanya Melaka adalah hasil Kebangkitan kerajaan Islam pertama di Nusantara (Selepas Islam banyak tertegak dan memiliki kerajaan-kerajaan Islam kecil).

    • Kerajaan Melaka Darul Islam (1262 - 1511 M)
    Versi sejarah asal daripada Universiti Oxford menyebut sejarah Melaka bermula sekitar "1400 Masehi", ini adalah satu penyelewengan fakta. 1400-1511 Masehi, bermakna Kerajaan Melaka hanya berusia "111 Tahun".

    Tertubuhnya Kerajaan Melaka sebenarnya adalah seawal tahun 1262 Masehi lagi menurut Sirah "Sulalatus Salatin" Versi Raja Bungsu. Dari Tun Sri Lanang. 

    (tidak dinafikan kandungannya turut tercemar kerana British membawa pulang karya asal sejarah ini ke Oxford mereka untuk diconteng dan dikirmkan semula ke Nusantara).

    Tetapi hakikat sebenarnya Kerajaan Islam Melaka sudah terbina "Sejak tahun 1262" lagi bermakna tempoh Kerajaan Melaka (1262-1511) adalah selama 249 Tahun.

    Antara Kerajaan-kerajaan islam yang sezaman dengan Melaka:
    • Kerajaan Acheh Darul Salam
    • Kerajaan Pattani Darul Salam
    • Kerajaan Sulu Darul Islam
    • Kerajaan Demak (Wali Songo)
    • Kerajaan Cirebon (Wali Songo)
    • Kerajaan Makassar
    • Kerajaan Brunei Darul Salam
    P/S: Senarai ini adalah tidak lengkap, dan terdapat banyak lagi Kerajaan-kerajaan nusantara lain yang berhubung dengan Melaka.

    Kerajaan-kerajaan ini juga menghubungkan diri mereka dengan Daulah Turki Uthmaniyah.

    Perhubungan Kerajaan-kerajaan Nusatara Turki Uthmaniah tiada dalam sukatan Sejarah Kerajaan Melayu Nusantara dan perkara ini sangat disorok penjajah dan mereka telah menconteng sejarah kegemilangan ini daripada pengetahuan generasi umat islam hari ini.

    Kerajaan-kerajaan Islam Nusantara ini akhirnya melemah dan ada yang telah dihapuskan oleh penjajah seperti Protugis,Belanda,Sepanyol,Amerika,Prancis dan British di Tanah Nusantara.

    Kerajaan-kerajaan Islam Kesultanan Melayu Nusantara yang masih kekal "Hidup Bertahan" sehingga ke hari ini hasil 'Belaan British" adalah Kesultanan Tanah Melayu dan Brunei. (Hakikatnya Allah yang melindungi Kesultanan Melayu)

    Ini bermakna warisan Kerajaan Islam Umat Nabi Muhammad yang diwarisi daripada Daulah Turki Uthmaniyah tetap berjalan sehingga ke hari ini dan kesultanan yang sedia ada ini bakal diperbaharui.

    PENGALAMAN PENULIS BELAJAR TEORI "ZAMAN REKAAN OXFORD"


    Jika kita semua dapat perhatikan dan sedar hakikat penipuan ini, sila semak kembali akan Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 & 2 yang ada menceritakan pelbagai teori ini dan menjadi jawapan skema dalam Sejarah PMR.



    Persoalannya, dari manakah silibus "pembelajaran" ini yang kita dapati di dalam buku teks sejarah tersebut?

    Jawapannya adalah sama seperti pendedahan sebelum ini iaitu daripada "Universiti Oxford" di London United Kingdom.

    Penulis ingin kongsikan sedikit pengalaman ditipu dalam pembelajaran teori zaman dunia yang diketengahkan "Yahudi Oxford" ini:

    Penulis pada masa dahulu pernah belajar di sekolah kebangsaan, dan pada masa itu penulis tidak sangat meminati sejarah, hanya meminati subjek Ilmu Alam (Sekarang dikenali subjek Geografi), tetapi apabila penulis mula mempelajari subjek sejarah, Penulis selalu gagal dalam mengigati formula dan jadual teori zaman dunia rekaan "Universiti Oxford" ini.

    Apabila soalan ini muncul pada kertas peperiksaan, penulis akan menjawapnya secara "Semberono" dan tidak serius, Penulis juga sering lupa dalam usaha mengigati formula tersebut dan hati penulis sentiasa rasa gelisah apabila mempelajari subjek sejarah terutama akan teori Jahat oxford ini.

    Banyak hikmahnya Bangsa melayu kini ramai yang "Buta Sejarah sendiri", dan hanya segelintir kecil yang memahami dan menghafal sejarah, rupa-rupanya sejarah yang dihidangkan kini adalah sejarah Susunan Oxford, Jadi sangat eloklah dipinggirkan sahaja, yang Buta sejarah agar tidak tercemar pemikiran keyakinan, dan segelintir celik sejarah mendapat kesedaran agar bagun memperbetulkan keadaan dan membuat altenatif untuk memadamkan contengan jahat Oxford.

    Cantiknya HikmahNya, Allah s.w.t itu sangat penyanyang dalam menyelamatkan pegangan dan keyakinan Umat  Islam agar tidak salah dalam berperasaan dan berkeyakinan terhadap Allah s.w.t.

    KESIMPULAN

    Inilah rahsia Peradaban Islam Umat Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa bersambung dari satu Zaman ke Zaman yang berikutnya seperti termaktub di dalam Jadual Allah s.w.t.

    Sudah banyak Rahsia sejarah yang tercemar dibongkar, Mudah-mudahan para pembaca dan pengkaji sejarah terutamanya boleh menilai kembali, mempertimbangkan dan sedar akan hakikat sejarah tipuan dan mainan oleh musuh-musuh Islam ini.

    Penulis berharap agar Pakar-pakar sejarah berani dalam mengambil Altenatif dan Inisiatif di dalam memperbetulkan keadaan yang kritikal ini, teori Jahat seperti ini di dalam subjek sejarah masih belum di mansuhkan dari catatan buku teks sejarah. 

    Tampillah pihak berwajib untuk memperbetulkan keadaan atau sekurang-kurangnya memansuhkan dari skema pembelajaran subjek sejarah ini.

    Itulah Harapan Penulis dan Harapan semua yang telah sama-sama ditipu dipermainkan oleh sejarah rekaan Oxford.

    Sesungguhnya dunia ini adalah menipu daya, Semuanya hendak ditipu,dirosakkan dan diracuni, berhati-hatilah dalam mempelajari sejarah, kerana di dalamnya terdapat banyak sekali "Lubang-lubang Biawak" yang boleh merosakkan keyakinan dan sangkaan kita umat Islam.

    Allah s.w.t adalah Maha Bijaksana, Hanya dia yang mampu Membolak-balikkan hati manusia dan membuka hati,perasaan dan pemikiran Hambanya agar kembali dibersihkan dan disucikan dengan panduan Islam yang sebenar oleh Wakil-wakilnya di setiap zaman dan Era dunia, (Para Anbiya dan Para Mujadid).

    Maha Adilnya Allah s.w.t kerana setiap manusia yang hidup di dunia sepanjang zaman akan sentiasa di pimpin oleh wakil Perutusannya yang datang di setiap zaman dunia ini.


    Di dalam Jadual Allah, terdapat "Nama-Nama" yang dijanjikan untuk menyelamatkan manusia daripada Segala tipuan dunia, itulah antara maksud Ayat Al-Quran Allah s.w.t berfirman: 

    "Sesungguhnya Aku Mengetahui Akan Apa yang Kamu Tidak Ketahui".

    Dengan Lafaz "Nama" Kata kunciMu Ya Allah, Mudah-mudahan Keajaibanmu engkau Bukakan kepada Hamba-hambaMu, Sekian.



    "Tayangan Dunia Akhir Zaman"





    Saturday, 27 July 2013

    JIBRIL A.S PENYAMPAI WAHYU & PERANAN MUJADID MENERIMA ILHAM

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

    MUKADIMAH


    Malaikat Jibril a.s merupakan Ketua Malaikat yang dilantik Allah s.w.t menggantikan Azazil yang telah menderhaka kepada Allah s.w.t.

    Di dalam Rukun Iman, umat Islam wajib mempercayai dan beriman dengan Para Malaikat. ianya bermaktub di dalam Rukun Iman yang Kedua. 

    Percaya kepada Malaikat juga membawa maksud mendalam seperti beriman kepada perkara yang Ghaib dari Allah s.w.t yang Maha Ghaib.

    Seperti yang kita semua ketahui, tugas ketua Para Malaikat iaitu Malaikat Jibril a.s adalah penyampai Wahyu Allah s.w.t kepada sekalian Para Anbiya.

    Selepas tamat zaman kenabian, Apakah tugas dan peranan Ketua Malaikat iaitu Malaikat Jibril a.s?

    TUGAS MALAIKAT JIBRIL A.S DI ZAMAN KENABIAN

    Malaikat Jibril a.s adalah penyampai wahyu Allah s.w.t kepada sekalian Para Nabi Allah, Dari Zaman Nabi Allah Adam a.s sehingga pada Zaman Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

    Keseluruh zaman kenabian Allah memerintahkan Malaikat Jibril a.s menyampaikan Wahyu, Ianya merupakan segala Perintah dan Larangan Allah kepada Para UtusanNya.

    Peranan utama Malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu dan Perintah Allah adalah melalui Wahyu khusus kepada Para Nabi tersebut dan juga Wahyu seperti di dalam Kitab untuk pembelajaran dan pengamalan Umat Nabi tersebut.

    Malaikat Jibril juga menyampaikan Wahyu dari Allah s.w.t seperti di dalam himpunan Kitab-Kita Nabi terpilih seperti:

    • Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
    • Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s
    • Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s
    • Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w

    TUGAS MALAIKAT JIBRIL A.S PADA ZAMAN UMAT RASULULLAH S.A.W

    Tugas Malaikat Jibril a.s bukan sekadar tamat di sini di dalam menyampaikan Wahyu (Pada Zaman Kenabian), sebenarnya Malaikat Jibril selaku Ketua Malaikat sangat berperanan berterusan sehingga di zaman akhir Umat Nabi Muhammad s.a.w.

    Untuk di Akhir zaman (Zaman Umat Nabi Muhammad s.a.w) yang sangat memuncak dengan kerosakan Manusia yang berulang seperti kerosakan zaman para Nabi terdahulu, Allah mengirimkan "Penyelamat kepada Dunia" iaitu Para Mujadid yang datang setiap Awal kurun untuk memperbaiki kerosakan dan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah s.w.t.

    Selepas zaman kenabian berlalu, tiada lagi wahyu daripada Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat menangis dan terlalu sedih selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w ini adalah kerana sudah sampai sebuah isyarat jelas "Wahyu Allah s.w.t" sudah terputus kepada dunia

    Ilham Khulafa' Ar Rasyidin adalah melalui perhubungan dengan Roh Nabi Muhammad saw. Dengan perhubungan ini maka mereka menerima ilham khusus untuk melanjutkan misi rasulullah saw.

    Seterusnya selepas tamat zaman Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah yang mendapat Petunjuk Allah), Maka Allah s.w.t datangkan Mujadid pertama kepada Dunia untuk membaiki kerosakan kepimpinan Umat Islam pada masa itu iaitu Sayidina Umar Abdul Bin Aziz R.A (Tabi'en dan Cicit Sayidina Umar Al-Khattab), Khalifah ke-8 Bani Umaiyah.

    Apakah Mujadid dan peranannya?

    • Siapakah Para Mujadid?

    Mujadid adalah Pembaharu dalam urusan Agama Allah, memperbaiki setiap masalah dan kerosakan umat Nabi Muhamamd yang tercemar dengan dunia dan musuh-musuh Islam.

    • Apakah Tugas Para Mujadid?

    Kedatangannya adalah di setiap awal kurun (100 Tahun) sekali untuk menyelamatkan umat manusia daripada kemurkaan Allah dan terjun ke dalam api neraka.



    • Apakah ciri-ciri Mujadid?

    Setiap Para Mujadid memiliki Thoifah / Jemaah / pengikutnya (Anak Murid) di setiap Kurun.

    Thoifah / Jemaah yang dibagunkan Mujadid di setiap kurun adalah Jemaah Kebenaran dan sangat di pandu oleh Allah dan Rasul (Nur Muhammad s.a.w).

    Barangsiapa yang bernaung di bawah jemaahnya dan menjadi anak murid Mujadid, InsyaAllah akan diproses dan dipandu untuk meniti jalan keselamatan di dunia dan akhirat yang penuh ujian dan cubaan untuk melahirkan anak-anak murid yang berhati Solid dan Taat setaatnya dalam bermursyid.

    Setiap Mujadid yang Allah kirimkan, Mereka kesemuanya akan menyelesaikan Kerja-kerja Allah dan Rasul di setiap zamannya.

    Hebatnya sebuah Teknologi Roh yang hanya dimiliki oleh Para Anbiya dan Para Mujadid termasuk Wali-wali Allah yang terutama.

    • Berapakah Jumlah Sekalian Mujadid yang Allah kirimkan kepada dunia?

    Para Mujadid akan datang di setiap awal kurun, Setiap kurun Umat Nabi Muhammad ada 15 Kurun. bermakna Seramai 15 Mujadid Allah kirimkan kepada dunia.
    • Formula 15 Mujadid:
    1 Mujadid = 1 Kurun (100 Tahun)
    15 Mujadid = 15 Kurun (1,500 Tahun)
    100 Tahun (1 Kurun) X 15 Mujadid (15 Kurun) = 1,500 Tahun Zaman Umat Nabi Muhammad s.a.w.

    Bermakna sekarang 1435 Hijrah, Menghampiri 1,500 Tahun daripada zaman Rasulullah s.a.w. Bermakna Kiamat sudah sangat hampir kepada kita sebagai umat Rasulullah s.a.w di penghujung zaman.
    • Apakah Era Mujadid yang Allah kirimkan kepada dunia di zaman umat Rasulullah s.a.w?

    Era Umat Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada beberapa bahagian penting selepas Era Kenabian a.s (Era Mujadid Bergelanggang di setiap Kurun dan pada Era Umat Nabi Muhammad s.a.w) iaitu:
    • Zaman KeKhalifahan mengikut jejak Kenabian (Khulafa Ar-Rasyidin)
    • Zaman Pemerintahan mengigit (Daulah Bani Umaiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah)
    • Zaman Penindasan penzaliman (Diktaktor - Islam dagang dan ditindas) "zaman sekarang"
    • Zaman KeKhalifahan yang berjalan mengikut jejak kenabian (Khulafa Akhirul Zaman) Era Imam Mahadi dan Nabi Allah Isa Al-Maseh a.s





    • Apakah Kedudukan Para Mujadid di sisi Allah s.w.t?

    Setiap Mujadid adalah orang yang paling bertaqwa di zamannya dan paling tinggi darjatnya di sisi Allah di zamannya.

    Setiap Mujadid akan mengetuai Thoifah Jemaahnya dan menguasai Mengetuai zamannya (Sohibuz Zaman):
    • Mujadid Allah
    • Sohibul Zaman
    • Sultanul Aulia (Ketua Para Wali)
    • Imam Mujtahid (Pemutus hukum/ penyelesai masalah)
    • Ketua Ulama Muktabar
    • Ketua Ulama Amalin
    • Ketua Penguasa pemerintah di zamannya
    • Khalifah di zamannya
    • Imam Arifbillah di zamannya
    • Imam Mazhab Islam di zamannya
    Senarai ini tidaklah lengkap dan mungkin berbeza-beza mengikut zaman dan peranan mujadid tersebut di kurun masaing-masing.

    Para Mujadid Hanya Satu di setiap Satu Kurun.


    • Siapakah Khalifah Mujadid / Penghulu Mujadid?

    Mujadid yang Allah kirimkan kepada Dunia di setiap Kurun pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w ada 15 Mujadid.

    Ketua kepada Setiap Mujadid adalah Khalifah Mujadid iaitu Penghulu Mujadid dan Penutup sekalian Mujadid, Baginda Adalah Mujadid ke 15 iaitu Sayidina Imamul Mahadi Al-Muntazar a.s.


    TUGAS MALAIKAT JIBRIL A.S DALAM MEMBANTU SEKALIAN MUJADID R.H

    • Apakah itu WAHYU dan ILHAM?

    Wahyu merupakan Ilmu Allah yang disampaikan kepada sekalian Para Anbiya, Ianya merangkumi akan segala Perintah dan Larangan Allah yang disampaikan oleh Malaikat jibril a.s, Wahyu hanya khusus kepada Para Nabi sahaja.

    Ilham adalah Ilmu yang disampaikan langsung dari Allah s.w.t jatuh ke dalam hati Manusia tanpa perantaraan, Ilham adalah Anugerah kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki seperti Para Mujadid, Wali-Wali Allah, Orang Mukmin Soleh, bahkan orang biasa turut menerimanya atas kehendak Allah s.w.t.


    Tugas Malaikat Jibril a.s adalah terahsia, Ilham di akhir zaman tidak seperti wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril, tetapi Peranan Malaikat Jibril di sebalik tabir sentiasa berlaku dalam memenangkan Kebenaran Milik Allah di setiap Zaman.

    Para Mujadid sangat dibantu Allah dengan pelbagai pertolongan dan KurniaanNya seperti Bantuan Malaikat Jibril dan sebagainya.

    Ini Bermakna Tugas ketua para malaikat, iaitu Malaikat Jibril a.s adalah menyampaikan Wahyu dari zaman Kenabian dan sangat berperanan membantu kebenaran sehingga zaman terakhir Umat Nabi Muhamaad s.a.w.


    Selepas Zaman Kenabian, tiada lagi WAHYU, yang ada hanya ILHAM. Ilham yang khusus untuk Para Mujadid adalah Sebuah Minda Tajdid terbaru dari Allah s.w.t untuk menyelasaikan segala permasalahan umat manusia di kurun mujadid tersebut.

    Maksud Ilham yang khusus kepada Mujadid adalah akan segala Ilmu-ilmu Ilham yang Besar dan terahsia dari Allah yang dikhaskan kepada Para Mujadid dalam membaiki setiap kerosakan umat Islam di setiap Zaman umat Nabi Muhammad s.a.w.

    Para Nabi dikurniakan Mukjizat yang banyak, dan Para Mujadid pula dikurniakan Karomah yang banyak untuk memenangkan Islam di akhir zaman ini.

    Allah s.w.t mengurniakan Ilham kepada sekalian MujadidNya, Mujadid adalah "Rasul Lil Rasul". Para Mujadid adalah penyambung dakwah Rasulullah s.a.w dan para Mujadid sentiasa dipandu oleh Roh Nur Muhammad s.a.w dalam setiap kurun mereka, kerana Rasulullah adalah Sohibul Azman (Penguasa setiap zaman) dan Para Mujadid Sohibul zaman (Penguasa di zamannya).

    Sangat indahnya Peraturan Allah dan KeadilanNya, Islam tetap disebarkan keseluruh dunia dengan bantuan Nur Muhammad s.a.w dalam mengislamkan dunia dan membaiki  segala kerosakan dunia.

    KESIMPULAN

    Malaikat Jibril a.s Allah telah Muliakannya dengan menjadi ketua Malaikat yang sangat-sangat Berperanan di sepanjang zaman dunia yang sekaligus terkandung di dalam Jadul Allah s.w.t.

    Sangat berperanannya Malaikat Jibril sebagai Perutusan Allah kepada Para Anbiya dan Para Mujadid adalah satu perkara yang patut kita syukuri bersama.

    Kita sebagai Umat Rasulullah s.a.w hendaklah yakin dan percaya akan segala keajaiban dan kehdendak Allah s.w.t di setiap masa.

    Sangat benarlah Allah dan segala perutusanNya (Para Nabi a.s dan Para Mujadid r.h) yang sangat berkehendak dalam menyelamatkan sekalian manusia daripada kemurkaan Allah dan daripada azab nerakaNya.

    Para Anbiya dan Para Mujadid adalah hadiah Allah s.w.t kepada manusia di setiap zaman, sangat benarlah bahawasanya Malaikat Jibril a.s adalah Penyampai Wahyu dan Khabar gembira dari Allah s.w.t di setiap zaman kenabian dan setiap Kurun Umat Nabi Muhammad s.a.w.

    Inilah dia Rahsia Peranan dan tanggungjawab Besar Malaikat Jibril a.s yang dapat dikongsikan bersama, mudah-mudahan ianya meningkatkan lagi Iman dan Taqwa kita semua, InsyaAllah.

    Terima kasih ya Allah kerana memberikan kefahaman dan Anugerah llmuMu Yang Luas Tiada Bandingannya, Syukran Ya Rasulullah, Syukran Ya Mujadid Mursyidku Ya Sohibul zaman.

    Ampun Maaf zahir Batin.