Friday, 8 February 2013

NEGARA MALI DI AFRIKA DIGUGAT BEKAS PENJAJAHNYA

Mali
Negara Islam di benua afrika
Diganggu gugat keamanan negaranya
Oleh si lintah darat bekas penjajahnya

Pelbagai watak direka cipta
Untuk membuat pemberontakan dalam negara
Dibekalkan pelbagai senjata dan dana
Agar dapat campur tangan krisis Mali

Kini Mali kembali bergolak
Anak watannya sendiri membuat onar
Berkepentingan menjual negaranya
Menjadi pemberontak negara sendiri!

Negara Mali
Kaya dengan sumber mineral
Seperti emas yang direbutkan itu
Menjadi pengeluar pemprosesan emas utama dunia

Negaranya kini diceroboh
Oleh perancis bersama angkatan bantuannya
Kerana kepentingan tertentu
Dengan membawa "misi keamanan"



No comments:

Post a Comment