Apalah yang hendak dibanggakan
dengan sistem demokrasi makin ke hujung,
semakin membawa kecelakaan.
Hasil demokrasi,
tidak dapat melahirkan,
pemimpin yang adil dan
jujur,
kepada bangsa dan negara,
apatah lagi kepada agama,
Tidak kira berlaku di negara mana,
dan oleh
apa bangsa.
Hasil demokrasi masyarakat berpecah-belah,
negara porak-peranda, ekonomi binasa,
Ramai pemimpin yang menang secara kotor,
paling tidak menjadi tanda tanya
bagi yang berjaya,
Undi boleh dibeli, rasuah boleh dibagi,
untuk menang ada janji-janjinya.
Musim pilihanraya,
seolah-olah mendapat ikan kena tuba,
atau durian runtuh oleh setengah orang,
Rakyat yang tidak bertanggungjawab,
pemimpin yang kotor memberi sogokan dan suap,
Rakyat diperjudikan, rakyat dipermainkan,
rakyat jadi buah catur,
oleh tangan-tangan yang khianat.
Rakyat umum menunggu pembela,
dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya,
namun tidak kunjung tiba,
Harapan demi harapan,
namun tidak menjadi kenyataan.
Di setengah negara,
kerana tidak puas hati hasil demokrasi,
rakyat berdemonstrasi,
Kerana adanya politik wang,
ada penipuan di
dalam undian,
Rakyat tidak puas hati,
bercakap-cakap serata negara,
namun pemimpin tidak terasa malu juga,
Apa perlu malu yang penting aku sudah menang,
aku sudah berjaya dan ada kuasa,
Yang tidak ada duit tapi mahu berjaya, mencerca dan mengata,
menfitnah dan menghina,
Tuduh-menuduh satu sama lain,
hilang kasih
sayang,
hilang perpaduan di dalam negara,
Di dalam demokrasi terpaksalah ada kroni,
ada klik-klik,ada team dan kem,
Ada orang aku,ada orang dia,
ada orang depan setengah musuh jadi lawan,
lawan jadi musuh,
Kawan tidak setia,
mudah dapat kawan mudah
hilang kawan.
Penyakit demokrasi ini,
berlaku di dalam
negara,
berlaku di dalam parti,
seolah-olah sudah jadi budaya,
Di dalam demokrasi payah mencari kejujuran,
payah mencari kawan setia,
payah kata dikota.
Di dalam demokrasi khianat-mengkhianati,
jatuh-menjatuhkan perkara biasa,
Bahkan di setengah negara,
bunuh-membunuh pun terjadi juga,
Kemudian pemimpin-pemimpin demokrasi,
itulah juga yang berslogan: mari bersatu,
mari maju, mari bekerjasama.
Bila rakyat tidak bersatu,
bertindak balas terang-terangan,
atau senyap-senyap,
kerana mereka.
Mereka menuduh-nuduh setengah rakyatnya,
sebenarnya mereka lempar batu,
sembunyi tangan,
Padahal rakyat rosak kerana mereka,
Bukan rakyat buta mata,
bukan rakyat bodoh semuanya,
Tapi rakyat tidak mampu bertindak,
kerana mereka sudah dilemahkan,
oleh pemimpin-pemimpin mereka,
yang buta hati yang celik mata...
No comments:
Post a Comment