Saturday 9 February 2013

DUNIA AKAN GEMPAR DENGAN KETIBAAN PUTERA BANI TAMIM (MADAH SOHIBUZAMAN)

Tunggulah tidak lama lagi

Dunia akan gempar

Seorang yang selama ini dihina

Akan dimuliakan orang

Tunggulah seorang yang tidak diduga 

Diberi kuasa



Orang-orang yang menunggu kehidupan

Yang murni penuh gembira

Syukur kepada Tuhan yang tidak terhingga

Orang yang hasad dengki atau yang menolak 

Kebenaran akan tergigit jari

Rasa kesal, takut, ada yang menyesal

Tidak kurang yang terus menentang 

Kerana kesombongan



Seorang yang selama ini dianggap pengacau

Rupanya seorang penyelamat kepada dunia

Pembawa kasih sayang kepada semua bangsa

Pemimpin-pemimpin yang pernah berkuasa

Sebelum ini akan dikata dan dihina

Kerana dunia terasa dua keadaan 

Pemimpin yang sangat berbeza

Satu membawa pecah-belah, 

Yang satu lagi membawa perpaduan

Yang satu membawa kezaliman 

Dan yang satu membawa keadilan

Pemimpin yang lama sangat malu 

Dan terasa terhina



Mereka akan terus dilupakan orang

Bahkan orang ramai tidak mempedulikan lagi,

 Kerana kejahatan mereka

Pemimpin yang baru hari demi hari

Makin ramai diterima orang

Tidak kira apa agama atau bangsa 

Semuanya memberi kasih sayang



Itulah dia pemimpin yang dipimpin oleh Allah

Yang dijanjikan di akhir zaman

Masanya hampir tiba, tidak lama lagi

Insya-Allah kita akan saksikan



Penentang-penentang kebenaran 

Sangat sakit hati

Sekalipun mereka tahu pemimpin itu

Ditunjuk Tuhan

Begitulah sifat sombong jika tidak diungkai

Walaupun tahu kebenaran 

Namun berat hendak menerima


No comments:

Post a Comment