Thursday, 28 February 2013

JADILAH ORANG YANG MEMBURU BERKAT



Jadilah orang yang memburu berkat
Ianya salah satu sifat hamba
Padanya ada kesefahaman keselarasan
Dikurnia ilmu pengalaman berguna

Pentingnya memburu berkat
Sebagai syarat menambah keyakinan
Keikhlasan Ketaatan dan kesetian
Kepada Allah dan Rasul beserta orangNya

Keberkatan membawa rahmat
Satu anugerah paling mulia
Rasa hati dipertajamkan
Minda mursyid dapat dipraktikkan

Tradisi para sahabat salafus soleh
Adalah memburu berkat
Ditagih diusahakan
Agar roh dapat dipertingkatkan


Memburu berkat
Adalah keutamaan
Belajar dari kehidupan insan diredhai
Itulah jalan keselamatan ke sana


Thursday, 21 February 2013

TEGURAN KEPADA PEMBELA KEBAJIKAN PALESTIN

Palestin
Pembelaan terhadapnya
Bukanlah sekadar bermusim
Juga tidak hanya 'semangat' semata

Pembelaan kepadanya
Perlulah berterusan
Bukan sekarang sahaja membela
Tetapi pada masa lain dilupakan

Kita datang membela membantu
Bukan kerana publisiti
Juga bukan untuk gelaran 'wira agama'
Jauh sekali dari mengaku'pejuang palestin'

Jangan mengambil kesempatan
Mengukir 'bintang' atas nama bantuan kebajikan
Juga dalam masa yang sama
Atas dasar 'harumkan' nama negara

Kita datang membantu disana
Demi membela umat islam saudara kita
Bukan kerana kepentingan tertentu
Melonjakkan nama badan kebajikan yang menaja


Monday, 11 February 2013

YAHUDI MENGHINA UMAT ISLAM DENGAN HUTANG

Umat islam
Hidup dengan berhutang
Hutang keliling pinggang
Inilah taktik yahudi menghina islam

Yahudi itu
Sudah mencipta banyak sistem
Kebanyakan syaratnya mestilah berhutang
Jika tidak berhutang, buruk curiganya


Sudah terlalu ramai yang kecewa
Dengan hutang piutang ini
Yahudi menguasai dunia dengan muslihatnya
Pinjaman hutang,riba dan pelaburan haram


Selepas membeli sambil berhutang
Diperkenalkan pula insurans
Dikatakan boleh menjamin semua
Bukankah Allah yang menjamin kesemuanya

Umat islam terhina dengan hutang
Yahudi menggunapakai pelbagai taktiknya
Jika gagal membayarnya, diistiharkan muflis!
Terhinalah di mata semua manusia


Sunday, 10 February 2013

TEGURAN MENGENAI DEMOKRASI

Apalah yang hendak dibanggakan
dengan sistem demokrasi makin ke hujung,
semakin membawa kecelakaan.
Hasil demokrasi,
tidak dapat melahirkan, 
pemimpin yang adil dan jujur,
kepada bangsa dan negara, 
apatah lagi kepada agama,
Tidak kira berlaku di negara mana, 
dan oleh apa bangsa.


Hasil demokrasi masyarakat berpecah-belah,
negara porak-peranda, ekonomi binasa,
Ramai pemimpin yang menang secara kotor,
paling tidak menjadi tanda tanya
bagi yang berjaya,
Undi boleh dibeli, rasuah boleh dibagi,
untuk menang ada janji-janjinya.


Musim pilihanraya,
seolah-olah mendapat ikan kena tuba,
atau durian runtuh oleh setengah orang,
Rakyat yang tidak bertanggungjawab,
pemimpin yang kotor memberi sogokan dan suap,
Rakyat diperjudikan, rakyat dipermainkan,
rakyat jadi buah catur,
oleh tangan-tangan yang khianat.


Rakyat umum menunggu pembela,
dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya,
namun tidak kunjung tiba,
Harapan demi harapan,
namun tidak menjadi kenyataan.


Di setengah negara,
kerana tidak puas hati hasil demokrasi,
 rakyat berdemonstrasi,
Kerana adanya politik wang, 
ada penipuan di dalam undian,
Rakyat tidak puas hati,
bercakap-cakap serata negara,
 namun pemimpin tidak terasa malu juga,
Apa perlu malu yang penting aku sudah menang,
aku sudah berjaya dan ada kuasa,
Yang tidak ada duit tapi mahu berjaya,       mencerca dan mengata,
menfitnah dan menghina,
Tuduh-menuduh satu sama lain, 
hilang kasih sayang,
hilang perpaduan di dalam negara,


Di dalam demokrasi terpaksalah ada kroni,
ada klik-klik,ada team dan kem,
Ada orang aku,ada orang dia,
ada orang depan setengah musuh jadi lawan,
lawan jadi musuh,
Kawan tidak setia, 
mudah dapat kawan mudah hilang kawan.


Penyakit demokrasi ini, 
berlaku di dalam negara,
berlaku di dalam parti,
 seolah-olah sudah jadi budaya,
Di dalam demokrasi payah mencari kejujuran,
payah mencari kawan setia,
payah kata dikota.


Di dalam demokrasi khianat-mengkhianati,
jatuh-menjatuhkan perkara biasa,
Bahkan di setengah negara,
bunuh-membunuh pun terjadi juga,
Kemudian pemimpin-pemimpin demokrasi,
itulah juga yang berslogan: mari bersatu,
mari maju, mari bekerjasama.


Bila rakyat tidak bersatu,
bertindak balas terang-terangan,
atau senyap-senyap,
kerana mereka.
Mereka menuduh-nuduh setengah rakyatnya,
sebenarnya mereka lempar batu,
sembunyi tangan,
Padahal rakyat rosak kerana mereka,
Bukan rakyat buta mata,
bukan rakyat bodoh semuanya,
Tapi rakyat tidak mampu bertindak,
kerana mereka sudah dilemahkan,
oleh pemimpin-pemimpin mereka,
yang buta hati yang celik mata...



Saturday, 9 February 2013

DUNIA AKAN GEMPAR DENGAN KETIBAAN PUTERA BANI TAMIM (MADAH SOHIBUZAMAN)

Tunggulah tidak lama lagi

Dunia akan gempar

Seorang yang selama ini dihina

Akan dimuliakan orang

Tunggulah seorang yang tidak diduga 

Diberi kuasa



Orang-orang yang menunggu kehidupan

Yang murni penuh gembira

Syukur kepada Tuhan yang tidak terhingga

Orang yang hasad dengki atau yang menolak 

Kebenaran akan tergigit jari

Rasa kesal, takut, ada yang menyesal

Tidak kurang yang terus menentang 

Kerana kesombongan



Seorang yang selama ini dianggap pengacau

Rupanya seorang penyelamat kepada dunia

Pembawa kasih sayang kepada semua bangsa

Pemimpin-pemimpin yang pernah berkuasa

Sebelum ini akan dikata dan dihina

Kerana dunia terasa dua keadaan 

Pemimpin yang sangat berbeza

Satu membawa pecah-belah, 

Yang satu lagi membawa perpaduan

Yang satu membawa kezaliman 

Dan yang satu membawa keadilan

Pemimpin yang lama sangat malu 

Dan terasa terhina



Mereka akan terus dilupakan orang

Bahkan orang ramai tidak mempedulikan lagi,

 Kerana kejahatan mereka

Pemimpin yang baru hari demi hari

Makin ramai diterima orang

Tidak kira apa agama atau bangsa 

Semuanya memberi kasih sayang



Itulah dia pemimpin yang dipimpin oleh Allah

Yang dijanjikan di akhir zaman

Masanya hampir tiba, tidak lama lagi

Insya-Allah kita akan saksikan



Penentang-penentang kebenaran 

Sangat sakit hati

Sekalipun mereka tahu pemimpin itu

Ditunjuk Tuhan

Begitulah sifat sombong jika tidak diungkai

Walaupun tahu kebenaran 

Namun berat hendak menerima


DOA PUTERA BANI TAMIM KHAS UNTUK PENASYID

Tuhan! 

Jagalah hatiku,

Janganlah aku riyak dengan suara-suaraku,

Biasanya bernyanyi itu riyak payah dielak,

Setengah orang itulah yang dicari,

Jadikanlah bidangku ini ibadah kepada-Mu.



Jauhkanlah hatiku,

Daripada mencari nama dan glamor,

Apalah ertinya nama dan glamor,

Kalau Engkau murka,

Nama dan glamor di dunia lagi,

Tidak sampai ke mana,

Apatah lagi di Akhirat sana,

Menyesal tidak berguna,

Ikhlaskanlah hatiku ya Allah ,

Agar kerjaku ini jadi ibadah.


Ya Allah!

Jadikanlah aku bernasyid,

Sebagai salah satu bidang dakwah,

Mengajak manusia membesarkan,

Dan mencintai Engkau,

Aku berlindung dengan Engkau,

Agar tidak mengajak manusia memuja diriku,

Aku tidak mahu itu semuanya ya Tuhanku,

Redha-Mulah yang aku mahu.



Tuhan!

Jadikanlah nasihat,

yang aku beri melalui lagu ini,

Untuk aku dahulu,

Kemudian para pendengar,

yang mendengar lagu-laguku ini,

Agar aku insaf,

Mereka juga turut insaf bersamaku,

Aku berlindung dengan-Mu,

Daripada mendapat komersial dan nama.



Tuhan!

 Jagalah hatiku selalu,

Biarlah aku bernasyid kerana-Mu,

Keredhaan-Mu amat penting bagiku,

Apalah ertinya pujian manusia terhadapku,

Di Akhirat kelak aku masuk Neraka,

Ampunkanlah aku...



DOA PUTERA BANI TAMIM KHAS UNTUK MALAYSIA

Ya Allah.. Ya Rahman..
Cucuri rahmat dan berkatMu
Keatas negara Malaysia
Kerajaannya rakyatnya,aset-aset
Dan seluruh isinya
Jadikanlah negara ini
Baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur
Satukan rakyatnya tidak kira
Etnik bangsa dan agama

Ya Allah berilah hidayah 
Kepada seluruh rakyatnya
Pemimpin ulama-ulama dan pegawai
Serta seluruh penduduknya
Selamatkanlah kami dari kehinaan 
Dan juga bala bencana
Satukan rakyatnya 
Aman damaikan Kami sepanjang masa

Majukanlah insaniah kami 
Dan majukanlah negara kami
Jauhkan kami dari sebarang jenayah
Dan dari gejala yang tidak sihat
Selamatkanlah kami dari musuh-musuh 
Yang berniat jahat
Berilah kami iman berilah kami taqwa
Perpaduan sebagai kekuatan

Jadikanlah Malaysia negara contoh
Setidaknya bagi negara islam seluruh dunia
Jadikanlah Malaysia negara aman makmur
Dan mendapat keampunan Tuhan
Yang mana ia berjalan didalam suasana
Al-Quran dan As-sunnah

Itulah cita-cita kami Ya Allah..
Ya tuhan kami
Kabulkanlah permintaan dan hajat kami
Sesuai dengan cita-cita 
Seluruh rakyat negara ini
Untuk membangunkan negara aman makmur
Dunianya maju dan cahaya akhiratnya
 Lebih-lebih lagi
Amin Ya Robbal Alamin....

Malaysia selamat dan aman berkat doa Putera bani tamim