Thursday 28 November 2013

AHMAD AMMAR "PEMUDA SYAHID DI KOTA KOSTANTINIYAH"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



MUKADIMAH




Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam adalah seorang pemuda berusia 20 tahun yang mencari keredhaan Allah dan ingin syahid di dalam hidupnya, ternyata Allah s.w.t memperkenankan doanya dan beliau telah syahid di sebuah kota yang dijanjikan Rasulullah s.a.w (Kota Kostantiniyah / Islambol).

Kesyahidan beliau telah mengegarkan dunia Islam kerana mencipta sejarah sebagai seorang yang bukan berasal dari Turki tetapi mendapat keistimewaan di Makamkan di Perkarangan Pemakaman Sayidina Abu Ayub Al-Ansari R.A.


TUJUH PENGAJARAN PENTING DARIPADA AHMAD AMMAR


1. Ahmad Ammar telah terpilih dari kalangan yang dipilih.
(Pilihan di atas pilihan oleh Allah s.w.t)

2. Dia datang ke Turki untuk menggilap Sejarahnya.
(Niat kerana Allah dan Rasul, nescaya akan dibantu)

3. Dunia islam digegarkan dengan gilapannya yang terakhir.
(Di makamkan berhampiran makam sahabat besar Nabi, Sayidina Abu Ayub Al-Ansari R.A)

4. Terus gigih merungkai kebenaran sejarah MilikNya.
(Bebaskan sejarah islam yang terbelenggu)

5. Keredhaan Allah sangat besar untuk ditagih dariNya.
(Redha Allah adalah Rahsia yang bersembunyi di sebalik sekecil atau sebesar usaha ikhtiar kita)

6. Perancangan Allah penuh hikmah kasih sayangNya.
(Indahnya Tawafuk yang disusun Allah dan bukanlah satu kebetulan)

7. Tarbiyah Allah kepada kita yang masih hidup.
(Kematian adalah pengajaran kepada yang hidup)



MADAH HATIKU

Wahai si pemuda syahid
Aku malu mengenangkan kisahmu
Engkau telah membuktikan sesuatu dalam hidupmu
Yang dapat dilihat orang setelah pemergianmu

Duhai Ammar
Engkau datang memuliakan Sabda Rasul
Bersama tekad azam tidak pernah padam
Sejarah Turki Uthmaniyah engkau gilapkan

Aku mencemburuimu Ammar
Sayangnya rakyat turki terhadapmu
Sehingga di makamkan di tempat yang mulia
Beruntungnya engkau dapat berjumpa sahabat besar nabi

Ammar sahabatku
Engkau lebih dahulu pergi dariku
Pemergianmu bersama kemenangan
Engkau dimuliakan Allah selepas kematianmu

Wahai Ammar
Aku mengharapkan selepas ini
Akan berdatanganlah Seribu Ahmad Ammar
Menyahut seruan jihad dibumi Al-Fateh

Daripada: Ahmad Afiq Al-Kelantani

AKHIR KALAM

Beliau adalah seorang pemuda yang disayangi oleh rakyat turki, kedatangannya ke bumi turki adalah untuk mengkaji meneliti Sejarah Turki Uthmaniyah dan seterusnya mendapat syahid direzekikan dipilih Allah di makamkan di tempat yang mulia.

Subahanallah! Allah telah meninggikan darjat Ahmad Ammar setelah beliau meninggal syahid.

Sesungguhnya Ahmad Ammar telah meraikan dan memuliakan kota yang dijanjikan Rasulullah s.a.w, Allah mengurniakannya Syahid dan di makamkan di tempat yang mulia.

Berbahagialah wahai Ahmad Ammar di sana, Engkaulah salah seorang yang dipilih Allah s.w.t antara wakil deligasi Turki Kecil ke Turki Besar yang tersendiri.


Ahmad Ammar dalam kenangan
(1993-2013)


No comments:

Post a Comment