السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUKADIMAH
"Aksi sukan laga lembu" |
Sukan laga lembu merupakan sebuah sukan klasik ekstream yang telah menjadi sukan tradisi berperestij semenjak beberapa ratus tahun terdahulu.
Sukan ini mula dicetuskan oleh Penganut Nasrani Katolik di Sepanyol, lantas telah berkembang maju ke pelusuk negara jirannya seperti Protugis, Prancis sehingga ke seluruh eropah, seterusnya kegiatan sukan ini mula merebak di negara-negara bekas tanah jajahan Sepanyol di Amerika Latin dan Filipina.
Sukan ini telah dipelbagaikan versi dan dicipta jenamanya yang tersendiri hasil daripada sukan laga lembu seperti festival laga lembu (Amerika Latin), pertandingan menunggang lembu "Rodeo" (Amerika Syarikat) dan pertandingan laga lembu (Jepun).
Sukan ini telah dipelbagaikan versi dan dicipta jenamanya yang tersendiri hasil daripada sukan laga lembu seperti festival laga lembu (Amerika Latin), pertandingan menunggang lembu "Rodeo" (Amerika Syarikat) dan pertandingan laga lembu (Jepun).
Sukan berdarah ini telah mendapat bantahan keras oleh
Aktivis pelindungan hak asasi haiwan seterusnya diharamkan di beberapa buah
negara seperti Argentina, Kanada, Cuba, Denmark, Jerman, Itali, Belanda, New
Zealand dan United Kingdom.
PEMAKAIAN MATADOR "SI PELAGA LEMBU"
"Contoh kostum tradisional para matador" |
Sebelum acara sukan laga lembu bermula, Matador atau Pelaga lembu akan mengenakan kostum tradisional yang dinamakan "Baldu" dan "Topi rajut".
Pemakaian ini adalah kostum wajib para matador sebelum beraksi di tengah gelanggang, ianya menjadi suatu kebanggaan kepada para matador meragakan kostum ini ditengah gelanggang dan berpeluang beraksi di ribuan khalayak ramai.
PENGISIAN ACARA SUKAN LAGA LEMBU
"Matador memasuki gelanggang sukan laga lembu" |
Para matador akan menunjukkan aksi ekstream dalam menumpaskan seekor lembu jantan dengan menggunakan sehelai kain merah atau merah jambu dan diselitkan alatan tajam seperti pedang untuk membunuh seekor lembu yang mengganas menerpa ke arah matador tersebut.
Aksi para matador ini adalah cukup merbahaya, jika mereka gagal membunuh dan mengelak daripada serangan lembu tersebut, matador itu berisiko mengalami luka parah dibadan dan muka serta boleh membawa maut.
Sukan ini dianggap berjaya apabila matador berhasil mengawal dan membunuh lembu tersebut seterusnya dikira sebagai pemenang dalam aksi pertunjukan merbahaya ini.
"Aksi matador sebelum membunuh lembu" |
"Los Matadores"
SEJARAH DISEBALIK "SUKAN LAGA LEMBU"
"Istana Al-Hambra di Granada" |
Sukan laga lembu ini mula diperkenalkan di Sepanyol pada pertengahan abad ke-15 selepas melalui Peristiwa gerakan "Re Conquista" yang dipimpin oleh Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V dimana mereka menawan kota terakhir islam di Granada dan berjaya menghalau serta membunuh orang islam di sana pada tahun 1492 Masehi.
Kejayaan mereka menawan Kota Granada adalah salah satu siri balas dendam terhadap islam, dan diteruskan lagi dengan kejayaan menawan Kota Melaka pada tahun 1511 masehi oleh Protugis dan Filipina daripada kerajaan Islam Fil-Amanila serta Kesultanan Sulu oleh Sepanyol.
Rahsia mereka dapat merintis jalan ke benua Asia dan Amerika latin untuk "siri penjelajahan dunia baru" adalah hasil daripada penemuan tinggalan peta-peta dunia yang dikarang oleh ulama dan cendiakawan Islam Andalusia.
Natijah daripada penjajahan sepanyol ke atas tanah naungannya telah mengakibatkan berlakunya satu pemaksaan budaya yang sangat dahsyat iaitu masyarakatnya dikehendaki memeluk ajaran Katolik serta membudayakan sukan laga lembu di setiap tanah jajahannya.
RAHSIA SIMBOLIK SUKAN LAGA LEMBU
Sukan laga lembu ini diraikan setiap tahun adalah bersempena memperingati
kejayaan Kristian Katolik menumbangkan Islam di Andalusia.
Simbolik Lembu yang digunakan dalam acara ini bermaksud Islam dan Umatnya, Lembu tersebut akan diperbodohkan sebelum mati dibunuh oleh si pelaga "matador".
Seterusnya "Matador" (si pelaga lembu) yang bersenjatakan pedang dan besi tajam pula adalah bermaksud satu simbolik Kristian Katolik yang bergaya serta secara perlahan-lahan membunuh lembu tersebut.
Itulah antara maksud tersirat sukan laga lembu yang telah menjadi kebanggaan sepanyol dan kristian katolik di seluruh dunia.
"Al-Hambra" |
AKHIR KALAM
Sukan laga lembu ini telah di pelbagaikan
jenis-jenis pertandingan dan undang-undangnya agar ianya terus relevan untuk mereka dapat menghina Islam dengan cara halus tanpa disedari oleh kebanyakan umat islam masa kini.
Betapa liciknya muslihat yahudi nasrani menghina Islam dengan berpandukan sejarah silam mereka, Oleh yang demikian, Umat Islam harus sedar akan hakikat sejarah kita yang telah lama dirosakan disembunyikan oleh para penjajah, kita sendiri harus mengkaji, meneliti, dan menilai kembali sejarah kita agar tidak lagi mudah tertipu dengan mainan drama agenda mereka untuk mengejek memperhinakan Islam.
Inilah rahsia disebalik "drama" sukan laga lembu yang telah diraikan beratus-ratus tahun sehingga kini adalah semata-mata merupakan salah satu simbol menghina Islam.
Jangan biarkan Islam terus dihina oleh mereka lagi!.
"Islam pasti menang di akhir zaman, itu adalah janji Allah dan Rasulnya."
"Masjid Cardoba" |
No comments:
Post a Comment