السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUKADIMAH
Sultan Abdul Majid I Bin Mahmud merupakan Khalifah Al-Sultan Daulah Turki Uthmaniyah yang ke-31 memimpin Dunia islam dari tahun 1839 sehingga 1861.
Daulah Turki Uthmaniyah di Era 1800-an telah mengalami proses kemodenan tamadun lahiriah hasil pertembungan tamadun Asia dan Barat.
Islambol menjadi pusat "Pertembungan Budaya" dan tempat berkumpul rujukan seluruh dunia Islam dan barat.
Daulah Turki Uthmaniyah tidak lari daripada tempias kemodenan barat yang mula mengancam secara halus untuk melemahkan dan mengalihkan pandangan warga daulah kepada peradaban barat dan sistemnya.
"King Abdul Majid I, Queen Victoria & Napeleon III" |
LAGU KEBANGSAAN TURKI UTHMANIYAH
"National Imperial Anthem of Ottoman Empire"
Semasa pemerintahan baginda, Sultan Abdul Majid I telah memperkenalkan kepada warga daulah lagu kebangsaan Turki Uthmaniyah, Baginda adalah penerus kemantapan tamadun lahirian dan rohaniah warga daulahnya.
KEAJAIBAN SEJARAH TURKI UTHMANIYAH
Di masa penaklukan Sultan Muhammad II "Al Fateh", Berlaku keajaiban besar dan mengejutkan dunia iaitu peristiwa 70 kapal tentera laut Turki Uthmaniyah di pindahkan dari Selat Bosporus ke kawasan pergunungan Tanduk emas "Golden Horn" dalam satu malam untuk melepasi rantaian besi gergasi Rom Byzantine.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malam 22 April 1453 Masehi.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malam 22 April 1453 Masehi.
Catatan Sejarawan Byzentine menyingkapkan:
"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib ini, Muhammad Al-Fateh telah menukar daratan menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung, dan bukannya di ombak lautan"
"Jambatan Sultan Muhammad Al-Fateh" |
SEJARAH TEROWONG SULTAN ABDUL MAJID I
Pada tahun 1860, Baginda Sultan Diberikan Ilham oleh Allah s.w.t melalui mimpinya iaitu baginda melihat Sebuah terowong merentasi Selat Bosporus menghubungkan benua eropah dan asia melalui Islambol (Istanbul).
Impian dan hasrat murni baginda tidak kesampaian kerana Daulah Turki Uthmaniyah sedang sibuk menguruskan urusan Umat islam seluruh dunia yang mula dijajah satu persatu dan kekurangan kepakaran serta kos operasi pembinaan terowong tersebut.
Mimpi baginda adalah satu lagi petanda akan perulangan keajaiban Sejarah Turki Uthmaniyah, ianya menjadi impian baginda dan seluruh warga daulahnya.
TEROWONG MARMARAY
Ternyata kini kisah Keajaiban Turki Uthmaniyah disambung oleh generasi mereka seterusnya iaitu Turki moden, mereka meneruskan hasrat dan impian Sultan terdahulu dengan membinanya serta menamakan terowong ini sebagai "Marmaray" yang bermaksud Laut Marmar dan "Ray" adalah Keretapi dalam bahasa Turki.
"Kereta api Marmaray" |
Fakta Terowong Marmary:
- Pada 29 Oktober 2013, Kerajaan Turki merasmikan terowong dasar laut pertama yang menghubungkan wilayah Asia dan Eropah merentasi selat Bosporus.
- Pelan ini menyempurnakan perancangan yang pernah diusulkan empayar Turki Uthmaniyah sejak 153 tahun lalu.
- Terowong kereta api sepanjang 13.6 kilometer dan selebar 1.4 kilometer beroperasi di dasar selat Bosporus yang merupakan Selat menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Marmara ini membahagi dua wilayah Istanbul kepada Asia dan Eropah.
- Merupakan terowong kereta api sedalam 60 meter, antara yang paling dalam pernah dibina di dunia.
- Berupaya menampung 1.5 juta pengguna sehari akan menggunakan perkhidmatan terowong itu.
- Adalah sebuah projek yang bermula pada tahun 2005 dan dijadualkan siap dalam tempoh empat tahun namun tergendala seketika ekoran penemuan khazanah arkeologi penting termasuk pelabuhan Byzantine kurun keempat.
**Penemuan arkeologi artifak kerajaan-kerajaan islam (Armanda Laut dan khazanah perang) yang cuba menawan Kostantinopel selama 800 tahun bermula dari kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abasiyah sehingga zaman penawanan Muhammad Al-Fateh (Turki Uthmaniyah).
i) Gambaran Terowong Marmaray |
RUMUSAN
Terowong dasar laut ini banyak manfaat untuk memudahkan urusan rakyatnya berhubung antara satu sama lain.
Terowong ini adalah simbolik penyatuan perpaduan persaudaraan sedunia, dengan kemudahan dan kepakaran teknologi lahirian, sangat bertepatan dimajukan tamadun lahiriah agar terbangun tamadun rohani berasaskan iman.
Kini, Keajaiban Turki Uthmaniyah kembali berulang dan ianya sekarang telah berlaku di zaman ini.
Ternyata terowong ini mengimbas kembali sejarah impin Turki Uthmaniyah dan bakal menjadi tumpuan dunia suatu masa nanti.
Inilah dia Terowong Sultan Abdul Majid I, sekarang diberi nama Terowong Marmaray , mudah-mudahan suatu masa nanti Terowong ini akan diberi nama Terowong Sultan Abdul Majid I.
Inilah dia Terowong Sultan Abdul Majid I, sekarang diberi nama Terowong Marmaray , mudah-mudahan suatu masa nanti Terowong ini akan diberi nama Terowong Sultan Abdul Majid I.
Mudah-mudahan segala perancangan ini dipermudahkan, disempurnakan serta mendapat perkenan Tuhan yang Maha Esa.
"Pelan Terowong Marmaray" |
"Berita Terowong Marmaray"
No comments:
Post a Comment