Friday, 25 October 2013

PAMERAN FOTO TANAH HARAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


MUKADIMAH




Kota Makkah adalah sebuah kota suci yang menjadi idaman kepada para manusia yang cintakan Islam. Di Kota inilah lahirnya asas kepada pembentukan tamadun agama yang besar di dunia iaitu agama Islam. 

Di Kota ini jugalah lahirnya junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya terdapat satu bongkah batu hitam yang bernama Kaabah.

Di dalam suatu hadis yang mashyur diberitakan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah bersabda;

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda kepada negeri Makkah : 

“Alangkah baiknya engkau dari negeri yang ada, dan engkau adalah negeri yang paling aku cintai, kalau bukan lantaran kaumku mengusirku darimu, aku tidak akan tinggal di negeri selainmu"

[1] Hadits ini dalil bagi jumhur ulama bahawa Makkah adalah lebih utama dari Madinah. 
(Kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarh Jami Tirmidzi, hal 327 juz 10 cetakan Daarul Fikr)

[2] HR Tirmidzi dan ia menghasankan, Ibnu Hibban, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan ia menshahihkannya.

Alhamdulillah, Penulis telah diberi kesempatan untuk melihat dan menyaksikan satu pameran yang sedang berlangsung pada musim haji tahun ini iaitu sebuah "Pameran Fotografi Tanah Haram" di Muzium Negeri Kelantan Darul Naim.

Pameran Foto Tanah Haram ini berkisar tentang Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.

Pameran ini telah berlangsung dari 1 September sehingga 31 Oktober 2013.

Di Malaysia, Kelantan terkenal dengan gelaran "Negeri Serambi Mekkah", oleh yang demikian adalah sangat baik mengambil berkat negeri "Tanah Serendah sekebun Bunga" atau "Negeri Cik Siti Wan Kembang" ini diadakan Pameran Foto Tanah Haram pada Tahun ini.

Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang pesat membangun dalam ilmu pendidikan Agama Islam yang pernah menjadi Pusat Ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah suatu ketika dahulu dan sehingga ke hari ini.


NASYID - KOTA MEKAH

Banner Promosi Pameran Foto Tanah Haram


Muzium Negeri Kelantan


OBJEKTIF 

  • Sebuah Perkongsian keindahan Tanah Suci Mekkah Al-Mukarromah.
  • Mewujudkan rasa cinta dan rindu akan mengerjakan Umrah dan Ibadah Haji rukun Islam yang kelima.
  • Memperlihatkan wajah sebenar fenomena suasana Umrah dan Haji setiap Tahun di Mekkah.
  • Menghayati Ibadah Haji yang sedang berlangsung di musim haji (Ketika Pameran dilangsungkan).
  • Membantu Golongan Anak yatim,Asnaf,Ibnu Sabil,Fisabilillah,Asnaf Zakat melalui Jualan Amal Foto Tanah Haram.


Balai hadapan pintu masuk Pameran Foto Tanah Haram


DI SEBALIK TABIR

Merupakan sebuah Projek Amal ilham Saudara Saiful Nang dan Dinie Masjuki semasa mereka mengerjakan Umrah bersama pada awal Tahun 2013 yang lalu.

Projek ini mensajikan Pelbagai hasil kerja Foto keindahan dan ketenangan di Kota Mekkah Al-Mukarramah.

Projek Amal ini adalah usaha sama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan Saiful Nang Academy of Photografy.

Program Pameran dan jualan Foto Tanah Haram ini juga diuruskan hasil Jualannya oleh Perbadanan Haji dan Umrah dalam mengumpul dana untuk disalurkan kepada Organisasi Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

Untuk makluman, segala hasil jualan amal ini disalurkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin bagi mengumpul dana untuk membawa anak-anak yatim dan asnaf untuk mengerjakan umrah.

Pameran Fotografi Tanah Haram berlangsung di tingkat bawah Muzium Negeri Kelantan, Terdapat tiga ruangan khas di bawah dikhususkan untuk pameran ini.

Terdapat lebih 30 Pameran Foto yang dipamerkan untuk tatapan kesemua pengunjung.

Di Ruang Balai Cik Siti Wan Kembang tempat yang di khususkan diletakkan Pameran Qiswah Pintu Kaabah, Qiswah Pintu Kaabah ini pernah digunakan pada Tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah.

Qiswah Pintu Kaabah ini dipinjam dari negara Arab Saudi dan dipamerkan secara khas untuk program Pameran Fotografi Tanah Haram di Muzium Kelantan.


Di permukaannya (Qiswah Pintu Kaabah) mengandungi tulisan khat yang disulam daripada benang emas dan perak. Ia tertulis ayat khat Al-Quran dari pelbagai surah. Di dalamnya juga dinyatakan buatan Raja Saudi kepada Kaabah yang dibuat di Kilang Kelambu Kaabah, Hudaibiyah, Makkah.

Qiswah Pintu Kaabah ini bersaiz 20 x 12 kaki dan berat sekitar 80-100kg.

Foto-foto yang dipamerkan adalah untuk jualan amal. 100% hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung pendanaan Haji dan Umrah untuk membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim.


Pada setiap pameran foto-foto tersebut, diselitkan Kod Nombor gambar yang dijual besertakan panduan untuk pengunjung yang berhasrat membeli foto jualan amal ini.


4 JURUGAMBAR PROFESIONAL






Mereka Berempat telah berjaya membentuk sebuah pasukan untuk projek jualan amal dengan mempamerkan koleksi peribadi hasil seni foto kreatif mereka untuk dipersembahkan di Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram di Muzium Kelantan.

JUALAN BUKU " A GLIMPSE OF MAKKAH"


Di dalam kemeriahan Pameran dan Jualan Foto Tanah Haram, terdapat juga Pameran dan Jualan Buku "A Glimpse Of Makkah" Karangan Ustaz Haji Lutfi Lokman yang beharga RM 120 setiap satu buku.

Buku tersebut juga menceritakan Pengalaman dan Fenomena Umrah dan Haji, serta pelbagai koleksi Foto peribadi Ustaz Haji Lutfi Lokman selama 9 Tahun di Tanah Suci Mekkah Al-Mukaromah.



PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN (RPWP)


Prinsip RPWP:

  1. 8 Tahun membangun tanpa henti (2006-2013)
  2. Wakaf harta & diri, bekerja tanpa upah
  3. Anak & bapa bersama membangun
  4. Bekerja 20 jam sehari siang malam
  5. Konsep binaan rumah berfalsafah
  6. Tiada istilah barang terbuang
  7. Panduan hidup bermasyarakat
  8. Pentingnya hidup berkemahiran
  9. Bimbingan anak sejak kelahirannya
  10. Kaum ibu main peranan




ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIPAMERKAN 
(PAMERAN FOTO TANAH HARAM)

Berikut antara beberapa Foto yang dipamerkan:

































PENUTUP

Sesungguhnya Pameran dan Jualan Amal foto Tanah Haram ini telah menarik pengunjung dalam dan luar negara untuk datang menyaksikan kemeriahan dan keindahan Tanah Suci Mekkah yang dipamerkan untuk membantu Insan-insan yang memerlukan.

Usaha-usaha sebegini seharusnya terus digiatkan agar terbela kesemua "Rumah Amal Kebajikan" di negara ini agar mereka terus dilindungi dan dijaga dengan sebaik mungkin.

Diharap segala usaha-usaha ini mendapat Ganjaran disisi Allah s.w.t dan mudah-mudahan ianya menambahkan lagi rasa rindu dan cintakan Rumah Allah yang suci ini.

Mudah-mudahan segala usaha mereka semua membuahkan hasil mencapai hajat dan matlamat murni untuk membantu mereka yang kesusahan serta memerlukan bantuan.

Untuk Makluman,Penulis tidak mewakili mana-mana pihak dan berkecuali di dalam penulisan ini, mudah-mudahan dengan sekecil perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan maklumat dan hebahan untuk makluman semua, Ampun Maaf dan Wassalam.



1 comment:

  1. terima kasih atas penyebarab maklumat yg amat berguna ini. kami sgt hargai kunjungan anda ke pameran ini! :)

    ReplyDelete