Saturday 1 June 2013

RAHSIA TERSURAT: PULAU CENDERAWASIH

MUKADIMAH

Pulau cenderawasih adalah sebutan dan panggilan umat Nusantara lama kepada sebuah pulau besar di hujung timur nusantara iaitu Pulau Papua, pulau tersebut berbentuk seperti burung cenderawasih, di kepulauan papua ini, terdapat dua negara iaitu di sebelah barat adalah negeri Irian Jaya (Indonesia) dan di sebelah timur adalah negara Papua New Guinea.

Dalam bahasa Arab, maksud Papua New Guinea diambil daripada perkataan "Babul Ghaniul Jadid" membawa maksud "Pintu Kekayaan".

Kepulauan Papua di hujung timur nusantara

PERSOALAN

Adakah pembentukan Pulau Papua dengan Burung Cenderawasih ada persangkutan dan mengapa spesis burung cenderawasih banyak hidup membiak di pulau tersebut? 

Adakah ianya satu kebetulan atau memang ada kisah di sebalik pembentukan pulau Papua yang menyerupai burung cenderwasih itu?

Maha suci Tuhan yang Maha mengetahui akan segala rahsia rencanaNya dan hikmah disetiap ciptaanNya.


Burung cenderawasih & Pulau cenderawasih ada rahsia

RAHSIA PULAU CENDERAWASIH:YANG TERSURAT

Pulau cenderawasih merupakan tempat habitat rasmi burung cenderawasih di bumi, ianya melingkungi di kepulauan papua,dan hutan Australia timur (Bersempadan dengan pulau papua). 

Burung ini sinonim dengan masyarakat asli pedalaman di kepulauan papua, habitat dan kedudukan mereka terpencil dan jauh di pedalaman.

SEJARAH PENJAJAHAN PULAU CENDERAWASIH

Pulau cenderawasih adalah sebuah pulau yang kaya dengan hasil bumi dan alam, atas faktor ini telah berlaku rebutan penjajah-penjajah untuk merebut pulau emas ini untuk mengembangkan lagi pengaruh dan kuasa mereka di bumi nusantara.

Mereka beranggapan, sesiapa yang dapat mengambil pulau cenderawasih maka mereka diiktiraf sebagai satu kuasa yang berpengaruh dan ulung di zamannya.

Maka berlumba-lumbalah mereka menjajah pulau cenderawasih yang penuh misteri itu, Direkodkan sebanyak tiga penjajah besar telah menjajah pulau cenderawasih secara serentak iaitu di sebelah barat Irian jaya dijajah oleh Belanda, di sebelah timur terpecah kepada dua kuasa penjajah yang cuba berebut dan membuat sempadan perjanjian penjajahannya iaitu di sebelah utara dikuasai Penjajah German dan di sebelah selatan dikuasai oleh Penjajah Inggeris.


Pulau cenderawasih dijajah oleh tiga kuasa besar

Sangat dramatik penjajahan ke atas pulau emas cenderawasih ini, telah berlaku banyak perebutan oleh penjajah keatasnya, pulau ini dicatatkan dalam sejarah sebagai sebuah pulau yang sangat dikehendaki dan memiliki penjajah yang ramai ke atasnya.

Jika dilihatkan, mesti ada sebab dan beberapa faktor penting, kenapa penjajah sangat bersungguh-sungguh mahu menjajah bumi emas cenderawasih ini, semasa penjajahan, pulau emas cenderawasih ini dijadikan markas utama mereka di hujung timur jauh nusantara, mereka memonopoli hasil buminya terutama emas dan hasil galian yang lain untuk dibawa pulang ke negara mereka sebagai aset negara dan harta intelek yang kekal di dalam simpanannya sehingga kini.

Untuk makluman, Pulau cenderawasih pada hari ini hakikatnya masih lagi dijajah sebenarnya, kerana 99% Hasil Buminya dikaut oleh Amerika dan sekutunya, tetapi hanya 1% sahaja diserahkan kepada Indonesia dan Papua New Guinea.

Pulau ini masih terikat dengan penjajah moden walaupun sudah diberi kemerdekaan, hakikatnya pulau ini dipecah-belahkan, para musuh tahu inilah pulau orang nusantara maksudkan sebagai "pulau yang hilang dari nusantara", mereka berusaha memisahkan pulau ini dengan menjajahnya dan kini meletakkannya di dalam zon Benua Oceana, sejarah Benua Oceana ini hampir kesemua pulau yang bernaung dibawahnya masih dijajah secara halus dan "moden" seperti pulau cenderawasih ini.

Inilah hakikat penjajahan seperti mana kata pepatah melayu, "Lembu punya susu, Sapi dapat nama".


Peta penjajahan Pulau Cenderawasih


TAMAN NEGARA PULAU CENDERAWASIH

Taman negara di Irian jaya ada dua iaitu Taman Nasional Lorentz meliputi kawasan pergunungan Puncak Jaya dan satu lagi kawasan yang dilindungi iaitu Teluk Cenderawasih


Taman Nasional adalah Taman Negara yang dilindungi, dan burung cenderawasih bebas membiak dan berhabitat di dalamnya, memandangkan kawasannya hutan tebal dan bergunung ganang, Pemulihan dan pemeliharaan di laksanakan di Taman Nasional tersebut, bagi melindungi pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan daripada terancam dan kepupusan.


PUNCAK JAYA LAMBANG KEMEGAHAN CENDERAWASIH

Gunung Puncak Jaya di pulau cenderawasih

Gunung puncak jaya atau puncak sukarno berketinggian 5030 Meter daripada paras laut adalah sebagai lambang keunggulan pulau cenderawasih.

Puncak jaya terletak di dalam Taman Nasional Lorentz, sebuah khazanah besar pulau cenderawasih yang dilindungi dan menyimpan rahsia bersama burung cenderawasih.

Puncak jaya berkedudukan di negeri Irian Jaya (Indonesia). Merupakan gunung yang tertinggi di Benua Oceana, walaupun Indonesia berkedudukan di benua Asia dan dalam Asia tenggara, Keseluruhan pulau cenderawasih dikira berada di dalam Zon Benua Oceana.

Jika Pulau cenderawasih ini diiktiraf separuh ( iaitu wilayah negeri Irian Jaya) memasuki Asia tenggara, maka Gunung Kinabalu berketinggian 4095.2 Meter dari paras laut (Sabah/Malaysia) bukan lagi Gunung tertinggi di Asia tenggara.

Sebaliknya Gunung Puncak Jaya diiktiraf sebagai Gunung tertinggi di Benua Oceana. secara automatiknya Pulau Cenderawasih diletakkan di dalam Benua Oceana.

Inilah dia Pulau besar (Pulau cenderawasih) yang hilang dari Nusantara jauh (Pulau Nusantara yang hilang).


TELUK CENDERAWASIH

Teluk cenderawasih merupakan sebuah teluk yang dilingkungi pulau-pulau kecil disekelilingnya, terletak di antara leher dan kepala burung cenderawasih, Merupakan salah satu teluk yang dilindungi oleh Taman Nasional.

Teluk Cenderawasih

SORONG SEBAGAI MATA CENDERAWASIH

Raja Ampat merupakan nama kepada kawasan kepulauan yang terdiri daripada pulau-pulau Misoool, Salawati, Batanta, dan Wiageo yang dikelilingi oleh lebih daripada 1,500 pulau-pulau kecil.

Sorong menjadi simbolik mata kepada burung cenderawasih kerana mata kepala burung cenderawasih menghadap ke barat nusantara.

Jarak dan garisan titik sentuh dari mata cenderawasih

Jika dilihat jarak Raja Ampat dan sorong ke Malaysia, titik sentuh dari mata cenderawasih adalah berkodinat ke negeri Melaka. garisan anak panah tersebut adalah anggaran jarak di antara bandar-bandar besar di nusantara.

HASIL BUMI PULAU CENDERAWASIH

Bumi cenderawasih adalah bumi yang kaya dengan hasil alam kurnianNya. Pada abad ke-18 Masehi, para penguasa dari kerajaan Sriwijaya, mengirimkan persembahan kepada Maharaja China. Di dalam persembahan itu terdapat beberapa ekor burung Cendrawasih, yang dipercayai sebagai burung dari taman surga yang merupakan haiwan asli dari Papua. Dengan armadanya yang besar, Sriwijaya mengunjungi Kepulauan Maluku dan Papua untuk memperdagangkan rempah-rempah,wangi-wangian, mutiara dan bulu burung Cenderawasih.

Tanah Papua sangat kaya. Tembaga dan Emas merupakan sumber daya alam yang sangat berlimpah yang terdapat di Papua. Papua satu masa duhulu terkenal dengan pengeluaran emasnya yang terbesar di dunia dan pelbagai kekayaan alam yang begitu merlimpah ruah. 

Pulau cenderawasih diibaratkan seperti syurga keanekaragaman khazanah dan peninggalan yang tersisa di bumi pada zaman ini.

GELARAN KEPADA PULAU CENDERAWASIH

"Dunia yang hilang"                                                   
  • Gelaran yang diberikan oleh pengkaji sejarah pada tahun 2006.
"Pulau yang hilang dari Nusantara"                              
  • Panggilan ini diberikan oleh orang melayu nusantara lama, pulau yang paling jauh di hujung timur nusantara.
"Pulau emas"                                                            
  • Pulau yang mengandungi banyak sumber emas, pernah menjadi pengeluar emas terbesar dunia kerana banyaknya hasil emas di perut buminya.
"Taman Firdaus di bumi"                                                        
  • Menyaksikan puluhan jenis burung, kupu-kupu, katak dan tumbuhan yang belum pernah tercatat dalam sejarah dan belum direkodkan spesisnya.
"Syurga kecil yang jatuh ke bumi"
  • Jolokan khas diberikan sempena kekayaan khazanah alam flora fauna yang tiada bandingannya.
"Syurga burung cencerawasih"                             
  • Merupakan penempatan asal burung cenderawasih di bumi, persoalannya, Adakah Pulau Papua yang mempengaruhi kewujudan Burung Cenderawasih atau mungkinkah Burung Cenderawasih yang mempengaruhi pembentukan Pulau Papua ini? Hanya Tuhan yang mengetahuiNya.

KESIMPULAN 

Mitos tentang burung yang sangat istimewa ini bukan sahaja telah menjadi warisan penduduk nusantara sahaja tetapi sudah menular keseluruh pelusuk dunia, di Barat mereka mengenalinya dengan nama "Bird of Paradise" dan di negara China pula mengenalinya dengan nama "Phoenix".

Burung cenderawasih adalah burung yang dikaitkan dengan misteri dan rahsia yang kini semakin dibongkar sedikit demi sedikit, telah diketahui umum penggunaannya yang meluas di dalam kesenian,kebudayaan,perubatan dan sebagainya.

Tuhan itu maha bijaksana, setiap apa yang diciptakan ada rahsia yang perlu dikaji, disingkap, diambil pengajaran,dijadikan pedoman kehidupan agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan cakna akan setiap kejadian yang Tuhan ciptakan.

Setiap apa yang Dia ciptakan itu adalah untuk manusia berfikir akan keagungan dan kebijaksanaanNya sebagai Tuhan semesta Alam.

(Sila klik video ini)
 "Lagu Cenderawaseh"

2 comments:

  1. Mungkin ada memberi maksud bahawa cenderawasih menetap disitu kerana sedang memerhati kelahiran sesuatu. Rasa2 lah ni... Mungkin begitu lah maksudnya mengapa dia bertapak di hujung Nusantara. Tak pa lah sama2 kita tunggu. Hihihi...

    ReplyDelete
  2. Pulau cenderawasih adalah di hujung timur nusantara, sebuah pulau yang masih berhutan tebal dan sangat dilindungi ekosistem flora dan faunanya.

    Jika kita perhatikan, kepala burungnya (pulau cenderawasih) menghadap ke barat Nusantara iaitu Tanah melayu, dan bertitik kordinat adalah negeri melaka.

    InsyaAllah mungkin burung ini suatu masa nanti tidak akan segan-segan ke Tanah melayu menabur khidmat bakti seperti burung Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman A.S.

    Banyak diceritakan dalam hikayat ulama lampau bahawasanya burung cenderawasih ini adalah mainan Raja-raja soleh, para wali Allah, Burung ini hidup di dua alam.

    Wallahualam, segala rahsia akan terbongkar tidak lama lagi, InsyaAllah...

    ReplyDelete