Monday 24 June 2013

DOA LI-KHAMSATUN

MUKADIMAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Doa Li-Khamsatun merupakan sebuah doa ikthiar yang digunakan untuk mengelak daripada pelbagai wabak penyakit merbahaya, para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengariskan beberapa amalan yang boleh dijadikan ikhtiar memohon perlindungan Allah S.W.T daripada ancaman penyakit merbahaya / penyakit berjangkit, Antaranya doa tawassul yang masyhur diamalkan adalah doa tawassul dengan Ahlul Bait yang lima (Ahlul Kisa).


Ahlul Kisa` adalah Ahli Bait yang teristimewa yang diselubungi dengan kisa` (kain selendang / selimut) dan didoakan oleh Junjungan Nabi S.A.W. tatkala turun ayat 33 surah al-Ahzab. Di mana Junjungan Nabi Muhammad S.A.W telah memanggil Siti Fathimah, Sayidina Ali, Sayidina Hassan dan Hussein, menyelubungi mereka dan berdoa: "Ya Allah, mereka inilah Ahli Baitku. Ya Allah hilangkanlah daripada mereka kekotoran dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya".



BACAAN DOA LI-KHAMSATUN





Padaku ada 5 Penawar
Akan segala Penyakit
Iaitu Nabi Al-Musthafa (S.A.W)
Sayidina Ali Al-Murthada (K.W.J)
Dan Kedua Anaknya
"Wabnahuma" (Hassan dan Hussein R.A)
Bersama Fathimah (Az-Zahra)


PENJELASAN DOA LI-KHAMSATUN

Doa tawassul ini diketengahkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, antara ulama ahli sunnah wal jamaah yang menyebut mengenai amalan tawassul dengan Ahlul Kisa` sebagai saranan mencegah wabak penyakit adalah Al-Qadhi Syeikh Yusuf bin Isma`il An-Nabhaani R.H. Dalam kitabnya "Sa`aadatud Daarain" halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.

Doa ini sering disalah anggap oleh sesetengah pihak sebagai fahaman syiah, dan konsep bertawasul pula adalah ditolak sama sekali oleh mereka yang berfahaman Wahabi, Syiah dan Wahabi sama sekali berjaya memesongkan mengelirukan keutamaan Ahlul Bait Rasulullah S.A.W pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang Haq.

KESIMPULAN

Doa Li-Khamsatun adalah Doa Mustajab untuk menghindar dari penyakit merbahaya, Ini adalah doa ikthiar tawassul kepada Ahlul Bait Rasulullah, Rasulullah dalam banyak Hadisnya sudah menjelaskan menyebutkan akan keutamaan Ahlul Bait dan Kemuliaanya di sisi Allah S.W.T.

Doa ini bertawasul mengambil Berkat akan Ahlul Bait yang Lima, Rasulullah Al-Musthafa, Sayidina Ali Al-Murthada, Kedua Anaknya Hassan & Hussein bersama Fatimah Az-Zahra.

Dengan Menumpang berkat Ahlul Kisa yang Mulia, dan Syafaat Kubra Baginda Al-Musthafa S.A.W, Mudah-mudahan Allah S.W.T sudi Menerima Doa Tawassul Ikthiar kita yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment