Wednesday, 22 May 2013

BLACKOUT PROJECT: MALAYSIAN SPRING


Malaysian spring merupakan satu fenomena kebangkitan suara rakyat terhadap pemerintah atasan negara dengan alasan pemerintah yang sedia ada adalah zalim dan tidak cekap dalam mengurus tadbir negara. perancangan ini khusus untuk Malaysia oleh tangan-tangan asing berprofil tinggi iaitu yahudi dan agen-agennya.

Pada hari ini telah berlaku pelbagai kekecohan di dalam arena politik negara dimana pihak pembangkang berhaluan kiri telah menunjukkan penentangan yang agresif dengan mengajak semua penyokongnya dan rakyat negara ini agar bangkit berhimpun untuk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi jalanan di sekitar ibu negara dan juga di beberapa bandar-bandar utama negara yang lain.

Hakikatnya apa yang telah dilalui ini menyebabkan suasana menjadi sesak dengan berjutaan manusia, berlakunya kekecohan, pemimpin perhimpunan pula yang berterangan terus menerus dalam hasut menghasut rakyat, rakyatnya pula terkesima menjadi benci membenci terhadap kerajaan,dan juga berlaku bantahan serta protes kepada pemerintah negara yang sedia ada.

Kebangkitan yang diadakan ini menjerumuskan negara di dalam kancah merbahaya, suasana kekecohan, kacau bilau, menyebabkan keadaan negara boleh menjadi lumpuh dan tidak stabil, jika semua ini masih dibiarkan berlaku maka negara dibimbangi menjadi huru-hara dan darurat.

Huru-hara adalah matlamat utama mereka, apabila negara tidak stabil dan bergolak, akan memungkinkan campur tangan asing secara terang-terangan dan seterusnya dapat menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

Matlamat utama Malaysian spring adalah untuk mewujudkan beraneka bentuk bantahan dalam mengalakkan pelbagai demontrasi demi melahirkan rasa sentiasa tidak berpuas hati dalam usaha menggulingkan kerajaan sedia ada melalui suara bantahan dan kemarahan rakyat di malaysia.


TEORI GENE SHARP

Apakah kaitan demontrasi dengan seorang tokoh pemikir teori revolusi politik ini?

Gene Sharp : tokoh pemikir teori revolusi politik

Siapakah sebenarnya individu yang bernama Gene Sharp?

Gene sharp adalah seorang tokoh pemikir teori revolusi politik yang berasal dari Amerika syarikat, pengasas kepada Institut penyelidikan Albert Einstein pada tahun 1983, telah menerbitkan kitab unggulnya iaitu buku yang berjudul "From dictatorship to democracy" pada tahun 1993, di dalamnya mengandungi pelbagai modul dan teori revolusi yang boleh dipraktikkan.

Beliau adalah salah seorang agen utama risikan dalam Central Intelligence Agency (CIA), juga dibiayai oleh sebuah agensi rahsia iaitu National Endowment for Democracy (NED) untuk menjayakan beberapa perancangan strategik organisasi tersebut.

Buku "From dictatorship to democracy" telah menjadi rujukan pembangkang berhaluan kiri dan pemberontak di seluruh dunia yang sedang berkecamuk kini termasuk dunia arab dengan "Arab Spring" mereka.

Perhimpunan revolusi melalui jalanan (non violent war) adalah suatu bentuk penjajahan minda baru yang lebih  tersusun dan berstrategik untuk menawan sesebuah negara yang bergolak dengan kaedah "Campur tangan luar".

Peperangan ini menggunakan pendekatan 'revolusi tanpa keganasan', berdasarkan pengetahuan ilmiah, mementingkan profesionalisme dalam setiap gerak kerja, mengutamakan logik akal semata, bermain dengan emosi amarah,benci dan dendam, memaksimumkan potensi seni dan seterusnya menguasai alam maya sebagai medan peperangan utama. Sasaran utama adalah menyerang dan mengubah sistem nilai secara halus, menyerang asas budaya dan asas sesebuah negara, menyerang perlembagaan seterusnya menyerang prinsip asas pegangan agama.



Menggunapakai 198 modul operandi yang telah digariskan oleh Gene Sharp untuk diaplikasikan di Malaysia antaranya:
  • Perhimpunan jalanan
  • Duduk bantah
  • Baring di atas jalanraya
  • Berkhemah di dataran merdeka
  • Memberi bunga kepada pengawai keselamatan
  • Demontrasi
  • Membuat huru hara di kawasan bandar
  • Menggunakan logo berlambang 'tangan' seperti (BERSIH)
  • Menggunakan perkataan 'occupy'
  • Warna kod pakaian (Colur revolution malaysian)                                                                                                        BERSIH-KUNINGANTI LYNAS-HIJAUROYALTI-MERAH, FELDA-OREN, BLACKOUT 505 - HITAM

Kitab revolusi: From dictatorship to democracy

SENARAI PERHIMPUNAN MALAYSIAN SPRING

Berikut antara perhimpunan yang telah dicetuskan di malaysia:
  • Anti-ISA (2009)
  • Anti-PPSMI – Pembelajaran matematik & sains dalam bahasa inggeris (2009)
  • AUKU (2012)
  • Bersih 1.0 (2007)
  • Bersih 2.0 (2011)
  • Bersih 3.0 (2012)
  • Blackout 505 Negeri sembilan (2013)
  • Black 14 KL (2008)
  • Black 505 I Selangor (2013)
  • Black 505 II Terengganu (2013)
  • Black 505 III Pulau pinang (2013)
  • Black 505 IV Perak (2013)
  • Black 505 V Johor (2013)
  • Black 505 VI Pahang (2013)
  • Black 505 VII Kedah (2013)
  • Black 505 VIII Selangor - kemuncak (2013)

Salah satu kempen Malaysian Spring
  • Hari bangsa Malaysia - Selamatkan demokrasi (2013)
  • Himpunan kebangkitan rakyat (2012)
  • Himpunan pakatan rakyat menuju putrajaya (2012-2013)
  • Himpunan rakyat (2013)
  • Himpunan suara rakyat suara keramat (2013)
  • Himpunan tolak penipuan PRU13 (2013)
  • Hindraf I (2007)
  • Hindraf II (2008)
  • Hijau (PAS) ke Putrajaya (2013)
  • Janji bersih (2012)
  • Janji demokrasi (2012)
  • Kekal "K" PAS Kelantan (2013)
  • Mansuh PTPN (2012)
  • Patriot UMNO (2011) *Bertembung Bersih 2.0 (2011)
  • Perhimpunan Hijau I bantah loji nadir bumi lynas (2011)
  • Perhimpunan Hijau II & III bantah loji nadir bumi lynas (2012)
  • Protes - harga minyak petroleum (2008)
  • Reformasi 98 (1998)
  • Seksualiti merdeka (2011)
  • SUARAM (2012)
  • Suara kebangkitan rakyat I (2012)
  • Suara kebangkitan rakyat II (2013)
  • Tukar 'T' UMNO Kelantan (2013)
P/S: Mungkin ada beberapa lagi senarai perhimpunan besar-besaran yang tidak dinyatakan atas sebab-sebab tertentu juga ada beberapa lagi yang tidak dikenalpasti.

Mengikut kepada semua senarai perhimpunan mega yang telah diadakan ini, memungkinkan sesebuah negara itu didalam keadaan kucar kacir. jika di negara lain sudah pasti telah menjerumuskan sesebuah negara tersebut di kancah huru-hara dan darurat kerana banyaknya perhimpunan yang telah diadakan serta mengakibatkan bahang panasnya menular ke seluruh negara, tetapi huru-hara dan kekecohan berpanjangan tidak berlaku di malaysia, semua kerana berkat doa para Arifbillah dan kekasih Allah di bumi bertuah ini.


(Sila klik video ini)
"Dokumentari tolak tangan asing"

Penerangan video: dokumentari ini memaparkan kisah sebenar disebalik agenda Perhimpunan jalanan dalam merealisasikan teori "Revolusi tanpa keganasan" atau  (non violent war) oleh Gene Sharp.

KESIMPULAN


Malaysian spring merupakan satu bentuk “campur tangan kuasa asing” untuk menjajah Malaysia dengan gaya baru bukan melalui peperangan tetapi melalui proses menghasut rakyat. Jika kerajaan digulingkan mudahlah mereka untuk melantik pemimpin proksi yang tunduk kepada teori dan paksi mereka.

Malaysia adalah bumi daulah yang dijanjikan, walaupun telah banyak usaha-usaha yahudi untuk menggagalkan jadual kebangkitan, ianya tetap berlaku kerana telah dijanjikan Tuhan.

Musuh Islam dengan pelbagai perancangan dan strateginya yang terus menerus menghentam mempropagandakan kesemua ini, sampaikan apabila dilihat di pandangan lahir, seolah-olah gerakan kerja mereka sudah berhasil dan berjaya, akan tetapi semua ini tidak berkekalan dan berterusan, Allah akan selamatkan malaysia dengan mencampakkan rasa-rasa hati kepada manusia agar bertenang, berdamai demi menjaga perpaduan dan kembali bermuhasabah diri.

Malaysia kini di ambang maut dengan serangan-serangan menggila yahudi dan agen-agennya ini, akan tetapi Allah jualah yang menyelamatkan dan melindungi bumi daulah ini daripada berterusan dicengkam begini, Allah mengizinkan kekecohan berlaku ke atas bumi bertuah ini agar manusia berfikir dan kembali berdamai antara satu sama lain.

Maha suci Tuhan yang merancang dan membuat segalanya, hanya Dia yang Maha Berkuasa diatas segala sesuatu, Mengistidrajkan segala musuhnya dan menggagalkan segala rancangan jahat musuh-musuhnya, Dunia sedang menuju jadual Tuhan,janjiNya pasti berlaku, itulah dia dunia baru islam yang bakal menyusul tidak lama lagi.




(Sila klik video ini)
"Dunia baru islam"

No comments:

Post a Comment