Monday, 28 July 2014

PERUTUSAN SYAWAL AIDIL FITRI 1435 HIJRAH


               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ




ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALAHUAKBAR, WALILLAHILHAM.

Para ikhwan yang dikasihi sekalian,

Kita kini telah melangkah setahun lagi perkiraan bulan syawal dan ini bermakna zaman yang kita lalui ini sudah sampai ke penghujungnya iaitu yang dipanggil Akhir Zaman.

Kemuncak akhir zaman akan kembali kepada sistem Kekhalifahan islam yang dikenali sebagai Khulafa Akhirul Zaman.

Mahu tidak mahu,petanda dan alamat-alamat yang dinyatakan di dalam hadis-hadis akhir zaman sudah banyak berlaku dan menjadi kenyataan.

Dewasa ini kita telah dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang menggemparkan bukan sahaja di Malaysia,malah diseluruh dunia amnya.

Justeru itu marilah kita kembali bersatu dan memperkuatkan saf-saf jemaah muslimin di negara dan rantau kita agar pihak musuh terutamanya yahudi zionis tidak dapat menyerang kita melalui pelbagai teknik dan teknologi di zaman moden ini.

Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar Islam yang kita pegang dan anuti ini dapat diperjuangkan sehingga ke peringkat ummah tidak lama lagi.

Hari Raya di dunia adalah Raya kecil dan Syurga kecil. Raya yang membawa kepada Syurga kecil (Syurga sebelum syurga) adalah Raya yang saling memaafkan dan Redha meredhai antara satu sama lain.

Ziarahilah kesemua saudara kenalan jiran tetangga,juga dengan sanak saudara kita yang sudah berpindah alam (Alam Barzakh), kerana orang-orang yang menghubungkan siraturrahim adalah satu Sunnah Rasulullah saw dan sangat dipandang Allah swt. Marilah kita semua usahakannya demi mendapat keredhaan kemaafan Allah terhadap diri kita semua.

Hari raya yang sebenar-benarnya adalah di syurga Akhirat untuk orang yang bertaqwa dan qalbun salim (Jiwa dan Roh yang tenang dan selamat).Raya yang tidak ada musimnya,hari raya selama-lamanya, itulah di Syurga Akhirat kelak.

Akhir kata, Berayalah dengan tatatertib dan adab-adab Rasulullah saw serta berayalah dengan penuh keinsafan dan tawadduk.

Sekian ampun maaf daripada penulis:

AHMAD AFIQ AL-KELANTANI


No comments:

Post a Comment