Friday 4 July 2014

MELAYU BERJIHAD DI KOSTANTINOPLE 1453 MASEHI

               السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Pada Tahun 1453 Masehi, Empayar Turki Uthmaniyah dibawah pimpinan Sultan Muhammad II Al-Fateh datang membebaskan Kota Kostantinople daripada Empayar Rom Byzantine Ortadoks.

Baginda membawa lebih kurang 200,000 tentera Janissari (tentera darat) dan Armanda laut menuju ke Kostantinople.

Sebelum terkumpulnya sejumlah pasukan Islam yang paling ramai dalam catatan sejarah pada masa itu, Sultan Muhammad II Al-Fateh telah mengeluarkan fatwa Jihad melalui gurunya Syeikh Shamsuddin Al-Wali untuk membebaskan Kostantinople sepertimana yang disebut didalam Hadis Baginda Rasulullah saw.

Seruan Jihad ini mendapat sokongan dan dokongan diseluruh tanah naungan Uthmaniyah dan juga kerajaan-kerajaan Islam di nusantara jauh.

Kesultanan Melaka dan Kesultanan Acheh antara yang menghantar bantuan tentera tambahan untuk menjayakan misi Jihad umat islam ini.

Maka berdatanganlah sejumlah beribu-ribu Orang Melayu Bani Jawi dari nusatara membantu perjuangan Turki Uthmaniyah di dalam membebaskan kota Kostantinople daripada Rom Byzantine Ortadoks.

Sesungguhnya Kota Kostantinople itu tidak akan berjaya ditakluki selagi tiada Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera.


Pasukan Sultan Muhammad II Al-Fateh bergerak menuju Kostantinople

HADIS MENGENAI PEMBEBASAN KOSTANTINOPLE

Hadis Penaklukan Kostantinople kali pertama:


Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “Kostantiniyah (Islambol) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”  
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Rasulullah s.a.w bersabda: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Dari Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah?
Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?
Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Hadis tersebut ditujukan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan Pasukan terbaiknya. Melayu Bani Jawi termasuk antara pasukan sebaik-baik tentera.

Bangsa melayu Bani jawi akan memegang dan mengibarkan Panji-panji Hitam di bawah Al-Mahdi Al-Muntazar as pada akhir zaman.

Al-Mahdi adalah sebaik-baik pemimpin di Akhir zaman, dan Pasukan Al-Mahdi dari Timur dan Barat adalah sebaik-baik pasukan .

Hadis penaklukan Kostantinople kali kedua:


Rasulullah Saw bersabda,
 “Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang terletak sebagiannya di darat dan sebagiannya di laut? 
Mereka (para sahabat) menjawab: Pernah wahai Rasulullah.

 Beliau Saw bersabda: Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ia diserang oleh 70,000 orang dari Bani Ishaq.

 Ketika mereka telah sampai di sana, maka mereka pun memasukinya. Mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidak melepaskan satu panah pun. Mereka hanya berkata Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka runtuhlah salah satu bahagian dari kota itu. Berkata Tsaur (perawi hadits): Saya tidak tahu kecuali hal ini ; hanya dikatakan oleh pasukan yang berada di laut. Kemudian mereka berkata yang kedua kalinya Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka runtuhlah pula sebahagian yang lain (darat). Kemudian mereka berkata lagi Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka terbukalah semua bahagian kota itu. Lantas mereka pun memasukinya. Ketika mereka sedang mengagih-agihkan harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah (syaitan) yang menyamar menjadi manusia seraya berteriak : Sesungguhnya dajjal telah keluar. Kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu (harta rampasan perang) dan kembali (pulang).”

 HR. Muslim. Kitab Fitan wa Asyratus Sa’ah

Di Akhir zaman, Kota Kostantinople akan ditakluk kembali oleh sebuah pasukan "Bani Ishak" berjumlah 70,000 orang dari barat, mereka adalah pasukan Al-Mahdi dari barat yang memegang Panji Putih-Kuning Al-Mahdi.


ULASAN AKHIR

Orang Melayu "bertanjak" bersama tentera Turki Uthmaniyah

Gambar ini adalah hasil lukisan orang-orang Turki terdahulu dalam menceritakan dan mengambarkan akan suasana sebenar sebuah peristiwa besar yang penuh bersejarah pada masa itu (Penaklukan Kota Kostantinople).

Gambar sejarah ini telah berusia ratusan tahun (pada abad ke-16) dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini. inilah antara gambar yang menjadi bukti kepada kita akan sebuah pasukan Turki Uthmaniyah dan tentera bantuannya yang datang dari seluruh pelusuk dunia islam dalam membantu membebaskan Kota Kostantinople.

Di zaman tersebut masih belum ada teknologi gambar hitam putih, orang-orang Turki yang sezaman pada masa itu telah merekodkannya dengan melukis dan menggambarkan peristiwa yang berlaku, dengan gambar-gambar inilah sejarah sebenar bercerita.

Sejarah kedatangan bangsa melayu berjihad di Kostantinople tidak disebut dan diceritakan oleh para sejarawan, ianya sengaja tidak ditulis dan diketengahkanSudah pasti ada tangan-tangan jahat yang menyembunyikan hakikat kisah sejarah yang sebenar ini.

Penulis sendiri pernah bertanya kepada bangsa Turki akan kesahihan sejarah bangsa Melayu pernah datang berjihad di bumi Kostantinople, mereka memberitahu bahawasanya Orang Melayu pernah datang membantu mereka dalam membebaskan Kostantinople.

Betapa jauhnya pengembaraan bangsa melayu bani jawi dalam menyahut seruan berjihad, inilah bukti perhubungan dan kerjasama antara Empayar Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan-kerajaaan Kesultanan Islam di Nusantara yang sudah lama tegak berdiri dengan kukuh.

Ketahuilah wahai bangsa bani jawi sekalian, kamu semua termasuk didalam "Sebaik-baik Tentera" yang telah disabdakan Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu, bersiaplah wahai bangsa Alter untuk perjuangan Islam akhir zaman bersama Al-Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Maseh as.



6 comments:

  1. 1435 Hijrah bersamaan 2014 Masehi

    1453 Masehi bersamaan 874 Hijrah

    2014-1453 = 874 Tahun berlalu

    Perulangan 1453 belum pasti terjadi pada 1435 Hijrah

    Wallahualam

    Sangat hampir perulangannya

    Klue: Panji Hitam Al-Mahdi mesti muncul di sebelah timur dan Al-Mahdi diangkat menjadi Khalifah umat Islam

    Al-Mahdi mesti menjadi Penguasa Nusantara terlebih dahulu sebelum menjadi penguasa dunia.

    ReplyDelete
  2. Salam.. Sejarah mencatatkan Sulatan Muhammad Al-Fateh hanya membawa 7,000 tentera darat dan laut mengepung kota Konstatine. Kota itu sendiri dibuka oleh rakyat di dalam kota kerana inginkan kedamaian yang dibawa Islam. Memang lumrah peperangan Islam dimenangi tentera yang sedikit berbanding musuh yang ramai. Hanya sedikit yang tercatat dalam sejarah tentera Islam menakluki peperangan dalam bilangan yang besar. Mohon admin page nyatakan sumber rujukan bertulis. Ampun maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca sejarah penuh penaklukan Konstantinopel itu, maka anda akan faham bagaimana pada awalnya Sultah Fateh membaea tentera dgn jumlah yg ramai untuk membuka kota tersebut

      Delete
  3. Sultan Muhammad Fatih membawa sebanyak 250,000 tentera islam. 70 buah kapal perang layar dan jumlah ini semua mmg diakui oleh sejarawan islam seluruh dunia dan tidak ada penyelewengan terhadap angka tersebut. Peperangan yang berlaku selama 53 hari siang dan malam di tahun 1453 itu adalah sebuah peperangan yang besar dalam sejarah DUNIA diakui oleh semua sejarawan DUNIA. Ia berakhir dengan kemenangan tentera islam kita pada hari ke 53 yakni jatuh pada hari Jumaat tahun 1453 dalam pukul 1.30 tghri, dunia dan seisinya melihat Hassan Ulubate berjaya memacakkan bendera Islam Turki buat pertama kalinya di tembok paling atas Konstantinopal menandakan Konstantinopal telah ditawan. Sekian

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah ❤ Hebat orang melayu kita dahulu. Apakah orang melayu juga akan bersama Al Mahdi kelak, iaitu di gelarkan panji dari timur. Wallahu alam

    ReplyDelete