Wednesday, 24 April 2013

DEMOKRASI : TUKAR ATAU KEKAL?

                  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, hamba ingin bercerita sedikit mengenai hakikat demokrasi, persoalannya adakah wajar ditukar atau dikekalkan demokrasi? kini ahli-ahli politik di malaysia sedang sibuk berkempen dan mempromosikan diri mereka, juga tidak kurang hebatnya sedang berlaku perebutan sesama pihak lawan mereka masing-masing sama ada Tukar atau Kekal akan pilihan demokrasi oleh rakyat yang bertindak sebagai pemilih mereka pada pilihanraya ini.


Hal ini sebenarnya menjadi isu kebiasaan setiap kali musim pilihanraya di malaysia, dimana terdapat dua parti dari dua pihak saling berebut untuk bergilir-gilir memerintah iaitu kerajaan dan pembangkang, sudah menjadi adat di dalam demokrasi, yang menang membentuk kerajaan berkuasa, yang kalah membentuk kerajaan pembangkang, demokrasi hanya ada dua pilihan yang sempit, iaitu kerajaan dan pembangkang, walaupun ada calon bebas, nampaknya tidak bebas sebenarnya bergerak,juga memerlukan sokongan kerajaan atau pembangkang.



Skala penilaian menang dan kalah undian di dalam demokrasi adalah seperti berikut:

1) Untuk pihak yang menang, adalah ditakrifkan dengan mendapat undian yang majoriti atau menang tipis. 


2) Bagi pihak yang kalah,adalah dirumuskan jika undian kurang dalam skala yang besar atau kalah tipis, 


Itulah hakikat yang perlu diterima di dalam demokrasi, apabila berlaku undian seimbang (Hampir sama banyak), dikira pemenangnya melalui menang tipis dan dikira pihak yang kalah apabila mendapat undian perbezaan yang tipis, dan begitulah sebaliknya.


Pihak yang menang tipis tetap dikira menang walaupun tipis, sedangkan masih ada ramai pemilih yang undian mereka kalah tipis tidak sama sekali bersetuju dengan pihak yang menang tipis memimpinnya.


Pemilih sudah berpecah kepada dua kelompok yang besar, memang benarlah, demokrasi hanya memecahbelahkan sesama sendiri.


Mudah sungguh demokrasi menipu kita,kita semua tentu sedar, demokrasi mengatakan kehendak majoriti itu benar. Mereka layak menang, Yang ramai itu benar.


Sedangkan di dalam Islam, yang benar tetap benar walaupun bilangannya sedikit,yang salah tetaplah salah walaupun bilangannya ramai.



Iklan: Sekadar selingan / gambar hiasan

Calon-calon yang bertanding pula terikat dengan peraturan tertentu, juga yang lebih "mengaibkan" lagi adalah sebelum bertanding hendaklah mendaftar bersama "wang pertaruhan", itu adalah syarat utama dalam pertandingan beberapa penjuru yang berdaftar, lagi banyak penjuru bertanding, maka lebih banyaklah wang pertaruhan yang akan diperolehi, bagi pihak yang menang ianya bonus sebagai modal permulaan untuk mula mentadbir, wajarkah dan halalkan pertandingan taruhan tersebut? Adakah islam menghalalkannya? walaupun ada parti yang menggunakan nama islam untuk masuk bertanding, wang pertaruhan tetap perlu dibayar,jika gagal melakukannya maka tidak layak masuk bertanding. timbulah peribahasa yang sesuai iaitu "Yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu".

Demokrasi juga timbul istilah lompat melompat parti,jatuh-menjatuhkan,naik-menaikkan,fitnah menfitnah disana sini,bermusuhan sesama sendiri kerana berlainan parti,dan pelbagai lagi kemungkaran yang tidak perlu disebutkan, adakah demokrasi ini dapat terus dilaksanakan dan masih relaven untuk kebangkitan islam di akhir zaman? Adakah Islam menang melalui demokrasi? semestinya sama sekali adalah tidak jawapannya,sekali lagi peribahasanya yang sesuai adalah "Sepandai-pandai tupai melompat, Akhirnya jatuh ke tanah juga".





Demokrasi di malaysia, Masing-masing berebut hendak menduduki putrajaya,pusat pentadbiran bagi mereka yang memenangi pilihanraya,jadi berlakulah peristiwa satu pihak hendak mempertahankan kekuasaan dan satu lagi mahu merampas dari penguasaan sebelumya, perkara ini tiada kesudahan sampai bila-bila.


InsyaAllah, mungkin inilah dia pilihan raya yang terakhir di nusantara, putrajaya bakal ditadbir dimakmurkan oleh orang-orang Tuhan tidak lama lagi, bakal di duduki oleh Ikhwan dan Asoib, Putrajaya merupakan pusat pentadbiran lahiriah empayar islam di akhir zaman. Allah jualah pencatur dan yang mencatur semua ini, masanya semakin hampir, marilah kita semua sama-sama menunggu dan terus berjuang menagih janji Allah untuk Islam buat kali kedua di madinah kedua iaitu di Malaysia.






2 comments:

  1. Pasti menang adalah ALLAH,.Pemimpin lantikan ALLAH sahaja yg boleh memimpin.

    ReplyDelete
  2. Benar, Pemimpin lantikan ALLAH itulah adalah Mujadid yang memperbaharui urusan Agama, membawa manusia kepada ALLAH & RASUL...

    Pendokong kepada Mujadid itulah adalah Para Ikhwan dan Asoib yang memeriahkan dunia dengan Islam yang sebenar-benarnya...

    Tiada lagi demokrasi, tiada lagi sistem sekular di dunia Islam, Manusia sudah tidak menginginkannya lagi, manusia sudah bosan dan jemu dengan sistem yang rosak lagi merosakkan ini...

    Mudah-mudahan pemimpin yang Allah lantik segera hadir untuk memperbaiki dan memperbaharui urusan Agama yang sedang rosak oleh musuh-musuh Islam...AMIN.

    ReplyDelete