Saturday 27 April 2013

KEMBARA ROH: RINTIHAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP TANAH SUCI UMAT ISLAM KINI

                
                 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kita semua sedia maklum bahawasanya Mekah dan Madinah adalah tempat suci kita umat islam, tempat yang menyimpan pelbagai seribu satu kisah dan sejarah, Umat Islam di seluruh dunia dituntut untuk menziarahi tempat suci dengan pelbagai tujuan utama iaitu untuk ziarah, Umrah dan Menunaikan Haji Rukun Islam yang ke lima.

Alhamdulillah, pada pagi ini hamba ingin kongsikan pengalaman mimpi kembara roh hamba di tanah suci Mekkah dan Madinah, Mudah-mudahan ada manfaatnya buat kita semua umat Islam dan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w yang baginda sangat rindukan dan baginda sangat hendak mennyelamatkan kita semua dari tipuan dunia dan azab api neraka.




Kisahnya begini:

Pada malam harinya pada waktu Tahajjud sebelum Subuh, hamba bermimpi mengikuti satu agensi pelancongan untuk melaksanakan umrah di tanah suci, hamba ditaja dan menjadi pembantu kepada mutawaatif di tanah suci, hamba menghadiri kursus dan panduan di sana, selanjutnya setelah selesai semua majlis tersebut, hamba mengembara memburu berkat di tanah suci mekkah dan madinah. tetapi malangnya, tidaklah hamba menemui jejak-jejak tinggalan Rasulullah dan sahabat serta Salafus soleh yakni secara roh, yang hamba dapati di tanah suci kini adalah yahudi dan wahabi sedang menguasai suasana di sana.

Hamba merintih, dimanakah dia Roh Islam di tanah suci? dimanakah Rasulullah? hamba menangis sebak di dalam perjalanan hamba di sana, ke hulur kehilir hamba mencari berkat, tiada diketemui, hanya yang ada hanyalah udara cinta dunia yang merosakkan suasana Kaabah di Mekkah dan Madinah.



Seterusnya dalam kembara hamba seperti seorang anak-anak kehilangan ibu, hamba mula ditarbiyah, Roh Rasulullah datang kepada hamba secara suara yang ghaib (Suara Hatif) memberitahu kesedihan Rasulullah s.a.w yang amat sangat terhadap tanah suci Mekkah dan Madinah, Rasulullah memberitahu:

 "Lihatlah apa yang sudah terjadi di tempatku dan di kampung halamanku?, Yahudi dan wahabi sudah merosakkannya, datanglah kamu untuk membebaskan tanah suci ini dari cengkaman yahudi dan wahabi, bersihkanlah kampungku dan tempatku"

Hamba yang sedang bersedih bertambah menderita tersiksa dijiwa, apalah daya hamba yang hina ini dapat membantu membersihkan suasana yang telah dasyat di yahudikan dan di wahabikan ini.

Hamba diperlihatkan suasana masyarakat di sekitar tanah suci ini kesemuanya berperangai jahat, tipu menipu, berkasar, tindas menindas, tiada kasih sayang, dan masing-masing ada kepentingan lain (Hal dunia).

Adakah ini merupakan pengulangan kepada zaman jahiliah? di mana suatu masa dahulu, suasana di Mekkah sebelum Islam melalui Rasulullah dan sahabat yang datang membebaskan Kaabah daripada berhala, suasananya dan sikap masyarakatnya di zaman itu tiada berkasih sayang dan tindas menindas sesama sendiri, hakikatnya inilah yang berlaku kini.



Hamba seterusnya berselawat badawi di dalam mimpi dengan sedih dan malu kerana tiada upaya hamba menyahut seruan Rasulullah agar membersihkan Kampungnya dan tempatnya, Ya Allah bantulah hambamu ini yang lemah dan hina, pandulah hambamu agar sentiasa dipandu dan ditunjuki jalan yang benar.

Begitulah wahabi yang telah merosakkan kesucian tanah suci Mekkah dan Madinah, mereka berjaya rosakkan rohnya, mereka berbagga sebagai Khadamul Harmain dan Khadam tanah suci, tetapi dalam masa yang sama merekalah dalang utama perosak tanah suci ini, mereka tunjukkan kepada dunia islam bahawasanya mereka mampu menjaga tanah suci sedangkan mereka sebenarnya adalah perosak tanah suci!


Yahudi pula menyelinap masuk melalui wahabi untuk memisahkan umat Islam daripada Allah dan Rasul kepada Dunia dan seisinya, begitulah kejahatan Yahudi dan Wahabi yang Rasulullah bongkarkan, berapakah ramai pada setiap tahun umat Islam balik dari mengerjakan haji tidak mendapat Haji yang Mabrur, malah hasil Hajinya adalah dunia, tidak membawa balik hikmah haji, yang dibawa balik adalah cinta dunia dan udara cinta dunia yang disajikan yahudi dan wahabi itu.


Rasulullah datang memanggil kita semua untuk menyahut pangilan mulia Rasulullah, kekasih Allah dan kekasih utama kita semua agar bangun berjuang membebaskan Islam daripada terikat dengan sistem Yahudi dan cinta dunia. agar kita bebas membesarkan Allah dan bebas mengamalkan Sunah Rasulullah, itulah kemerdekaan yang hakiki di dunia sebelum merdeka di Akhirat kelak di syurga Allah s.w.t, 

Marilah semua wahai pejuang-pejuang Allah, kita bela Allah dan Rasul, kita perjuangkan Islam sehingga berjaya dengan berkat dan rahmat dari Allah dan Rasulullah s.a.w yang sangat-sangat berperanan melalui Nur Muhammad yang membantu membela kebenaranNya.


Diharapkan semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini, kerana ini adalah Rintihan dan Teguran Rasulullah s.a.w, Datanglah kita beramai-ramai membela tanah suci, perjuangkanlah Allah dan Rasul serta Islam di jalan yang Hak, agar kembali berdaulat tidak lama lagi.

Ampun maaf di atas segala kesilapan hamba, mana yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan mana yang buruk datangnya dari hamba sendiri, Wassalam.


"Terima kasih wahai Nabi"

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum. Segala Puji hanya milik Allah SWT dan Keselamatan bagi Rasulullah SAW. Mungkin rusaknya Mekkah dan Madinah secara roh oleh Yahudi dan Wahabi adalah pertanda akan turunnya sang pembantai dajjal; seorang IMAM MAHDI yg akan meluruskan aqidah manusia dan mematahkan kayu salib. Oleh sebab itu, mungkin kita yg berada di luar Mekkah n Madinah hendaknya saling mengajak sejak dini untuk senantiasa memperbaiki diri dan generasi kita demi menyambut kedangan sang Imam itu. Sbg hamba yg lemah dan hina, saya hanya mampu berdo'a, Semoga Allah SWT mengampuni dosa dan kesalahan kita. amin.

    ReplyDelete