Tuesday, 30 April 2013

NASIHAT KEPADA AHLI AGAMA BERJAWATAN RASMI


Dunia menyaksikan kewibaan engkau,
Dalam menghukum menindas ahli-ahli thoriqah,
Engkau digaji untuk memusuhi saudara seislammu,
Ego sombongnya engkau dalam berkuasa.

Adakah engkau sudah berjaya membuat islam?
Engkau hanya memantau menghukum,
Jauh sekali memberi nasihat pandangan,
Mereka membela Islam, engkau menghalangnya,
Engkau salahgunakan kuasa menjual pula agama.

Sentiasalah mereka diuji oleh engkau sendiri,
Gerakan dakwah mereka engkau lumpuhkan,
Engkau menfitnah,mengharamkan dan menfatwakan,
Zalimnya engkau dalam menguruskan Agama.




Engkau mengaku berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Sebenarnya engkaulah musuh Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Kerana watak dan sikapmu sendiri,
Bagaikan Yahudi dalam berdendam berhasad dengki,
Juga seperti Wahabi dalam menghukum.

Itukah sahaja bidang kuasamu,
Dalam menguruskan urusan agama?
Adakah islam akan menjadi syumul?
Islam semakin jumud terhina olehmu sendiri.

Ahli agama berjawatan rasmi,
Menjadi perosak agama diatas nama agama,
Mudah-mudahan engkau akan sedar diri,
Atau menerima hukuman Ilahi,
Kerana kesalahan engkau sendiri.

Wahai ahli agama berjawatan rasmi,
Belalah agama di atas nama agama,
Pastinya engkau akan dihormati,
Kewibawaanmu pasti akan dibantuNya,
Menghukum atas kehendak ilahi bukan nafsumu,
Di situlah kemuliaan engkau,
Sebagai pemegang amanah Allah.
Islam menjadi mulia dengan pembelaanmu bersama.





"Nasyid pemimpin tiga darjat"

Saturday, 27 April 2013

KEMBARA ROH: RINTIHAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP TANAH SUCI UMAT ISLAM KINI

                
                 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kita semua sedia maklum bahawasanya Mekah dan Madinah adalah tempat suci kita umat islam, tempat yang menyimpan pelbagai seribu satu kisah dan sejarah, Umat Islam di seluruh dunia dituntut untuk menziarahi tempat suci dengan pelbagai tujuan utama iaitu untuk ziarah, Umrah dan Menunaikan Haji Rukun Islam yang ke lima.

Alhamdulillah, pada pagi ini hamba ingin kongsikan pengalaman mimpi kembara roh hamba di tanah suci Mekkah dan Madinah, Mudah-mudahan ada manfaatnya buat kita semua umat Islam dan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w yang baginda sangat rindukan dan baginda sangat hendak mennyelamatkan kita semua dari tipuan dunia dan azab api neraka.




Kisahnya begini:

Pada malam harinya pada waktu Tahajjud sebelum Subuh, hamba bermimpi mengikuti satu agensi pelancongan untuk melaksanakan umrah di tanah suci, hamba ditaja dan menjadi pembantu kepada mutawaatif di tanah suci, hamba menghadiri kursus dan panduan di sana, selanjutnya setelah selesai semua majlis tersebut, hamba mengembara memburu berkat di tanah suci mekkah dan madinah. tetapi malangnya, tidaklah hamba menemui jejak-jejak tinggalan Rasulullah dan sahabat serta Salafus soleh yakni secara roh, yang hamba dapati di tanah suci kini adalah yahudi dan wahabi sedang menguasai suasana di sana.

Hamba merintih, dimanakah dia Roh Islam di tanah suci? dimanakah Rasulullah? hamba menangis sebak di dalam perjalanan hamba di sana, ke hulur kehilir hamba mencari berkat, tiada diketemui, hanya yang ada hanyalah udara cinta dunia yang merosakkan suasana Kaabah di Mekkah dan Madinah.



Seterusnya dalam kembara hamba seperti seorang anak-anak kehilangan ibu, hamba mula ditarbiyah, Roh Rasulullah datang kepada hamba secara suara yang ghaib (Suara Hatif) memberitahu kesedihan Rasulullah s.a.w yang amat sangat terhadap tanah suci Mekkah dan Madinah, Rasulullah memberitahu:

 "Lihatlah apa yang sudah terjadi di tempatku dan di kampung halamanku?, Yahudi dan wahabi sudah merosakkannya, datanglah kamu untuk membebaskan tanah suci ini dari cengkaman yahudi dan wahabi, bersihkanlah kampungku dan tempatku"

Hamba yang sedang bersedih bertambah menderita tersiksa dijiwa, apalah daya hamba yang hina ini dapat membantu membersihkan suasana yang telah dasyat di yahudikan dan di wahabikan ini.

Hamba diperlihatkan suasana masyarakat di sekitar tanah suci ini kesemuanya berperangai jahat, tipu menipu, berkasar, tindas menindas, tiada kasih sayang, dan masing-masing ada kepentingan lain (Hal dunia).

Adakah ini merupakan pengulangan kepada zaman jahiliah? di mana suatu masa dahulu, suasana di Mekkah sebelum Islam melalui Rasulullah dan sahabat yang datang membebaskan Kaabah daripada berhala, suasananya dan sikap masyarakatnya di zaman itu tiada berkasih sayang dan tindas menindas sesama sendiri, hakikatnya inilah yang berlaku kini.



Hamba seterusnya berselawat badawi di dalam mimpi dengan sedih dan malu kerana tiada upaya hamba menyahut seruan Rasulullah agar membersihkan Kampungnya dan tempatnya, Ya Allah bantulah hambamu ini yang lemah dan hina, pandulah hambamu agar sentiasa dipandu dan ditunjuki jalan yang benar.

Begitulah wahabi yang telah merosakkan kesucian tanah suci Mekkah dan Madinah, mereka berjaya rosakkan rohnya, mereka berbagga sebagai Khadamul Harmain dan Khadam tanah suci, tetapi dalam masa yang sama merekalah dalang utama perosak tanah suci ini, mereka tunjukkan kepada dunia islam bahawasanya mereka mampu menjaga tanah suci sedangkan mereka sebenarnya adalah perosak tanah suci!


Yahudi pula menyelinap masuk melalui wahabi untuk memisahkan umat Islam daripada Allah dan Rasul kepada Dunia dan seisinya, begitulah kejahatan Yahudi dan Wahabi yang Rasulullah bongkarkan, berapakah ramai pada setiap tahun umat Islam balik dari mengerjakan haji tidak mendapat Haji yang Mabrur, malah hasil Hajinya adalah dunia, tidak membawa balik hikmah haji, yang dibawa balik adalah cinta dunia dan udara cinta dunia yang disajikan yahudi dan wahabi itu.


Rasulullah datang memanggil kita semua untuk menyahut pangilan mulia Rasulullah, kekasih Allah dan kekasih utama kita semua agar bangun berjuang membebaskan Islam daripada terikat dengan sistem Yahudi dan cinta dunia. agar kita bebas membesarkan Allah dan bebas mengamalkan Sunah Rasulullah, itulah kemerdekaan yang hakiki di dunia sebelum merdeka di Akhirat kelak di syurga Allah s.w.t, 

Marilah semua wahai pejuang-pejuang Allah, kita bela Allah dan Rasul, kita perjuangkan Islam sehingga berjaya dengan berkat dan rahmat dari Allah dan Rasulullah s.a.w yang sangat-sangat berperanan melalui Nur Muhammad yang membantu membela kebenaranNya.


Diharapkan semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini, kerana ini adalah Rintihan dan Teguran Rasulullah s.a.w, Datanglah kita beramai-ramai membela tanah suci, perjuangkanlah Allah dan Rasul serta Islam di jalan yang Hak, agar kembali berdaulat tidak lama lagi.

Ampun maaf di atas segala kesilapan hamba, mana yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan mana yang buruk datangnya dari hamba sendiri, Wassalam.


"Terima kasih wahai Nabi"

Wednesday, 24 April 2013

DEMOKRASI : TUKAR ATAU KEKAL?

                  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, hamba ingin bercerita sedikit mengenai hakikat demokrasi, persoalannya adakah wajar ditukar atau dikekalkan demokrasi? kini ahli-ahli politik di malaysia sedang sibuk berkempen dan mempromosikan diri mereka, juga tidak kurang hebatnya sedang berlaku perebutan sesama pihak lawan mereka masing-masing sama ada Tukar atau Kekal akan pilihan demokrasi oleh rakyat yang bertindak sebagai pemilih mereka pada pilihanraya ini.


Hal ini sebenarnya menjadi isu kebiasaan setiap kali musim pilihanraya di malaysia, dimana terdapat dua parti dari dua pihak saling berebut untuk bergilir-gilir memerintah iaitu kerajaan dan pembangkang, sudah menjadi adat di dalam demokrasi, yang menang membentuk kerajaan berkuasa, yang kalah membentuk kerajaan pembangkang, demokrasi hanya ada dua pilihan yang sempit, iaitu kerajaan dan pembangkang, walaupun ada calon bebas, nampaknya tidak bebas sebenarnya bergerak,juga memerlukan sokongan kerajaan atau pembangkang.



Skala penilaian menang dan kalah undian di dalam demokrasi adalah seperti berikut:

1) Untuk pihak yang menang, adalah ditakrifkan dengan mendapat undian yang majoriti atau menang tipis. 


2) Bagi pihak yang kalah,adalah dirumuskan jika undian kurang dalam skala yang besar atau kalah tipis, 


Itulah hakikat yang perlu diterima di dalam demokrasi, apabila berlaku undian seimbang (Hampir sama banyak), dikira pemenangnya melalui menang tipis dan dikira pihak yang kalah apabila mendapat undian perbezaan yang tipis, dan begitulah sebaliknya.


Pihak yang menang tipis tetap dikira menang walaupun tipis, sedangkan masih ada ramai pemilih yang undian mereka kalah tipis tidak sama sekali bersetuju dengan pihak yang menang tipis memimpinnya.


Pemilih sudah berpecah kepada dua kelompok yang besar, memang benarlah, demokrasi hanya memecahbelahkan sesama sendiri.


Mudah sungguh demokrasi menipu kita,kita semua tentu sedar, demokrasi mengatakan kehendak majoriti itu benar. Mereka layak menang, Yang ramai itu benar.


Sedangkan di dalam Islam, yang benar tetap benar walaupun bilangannya sedikit,yang salah tetaplah salah walaupun bilangannya ramai.



Iklan: Sekadar selingan / gambar hiasan

Calon-calon yang bertanding pula terikat dengan peraturan tertentu, juga yang lebih "mengaibkan" lagi adalah sebelum bertanding hendaklah mendaftar bersama "wang pertaruhan", itu adalah syarat utama dalam pertandingan beberapa penjuru yang berdaftar, lagi banyak penjuru bertanding, maka lebih banyaklah wang pertaruhan yang akan diperolehi, bagi pihak yang menang ianya bonus sebagai modal permulaan untuk mula mentadbir, wajarkah dan halalkan pertandingan taruhan tersebut? Adakah islam menghalalkannya? walaupun ada parti yang menggunakan nama islam untuk masuk bertanding, wang pertaruhan tetap perlu dibayar,jika gagal melakukannya maka tidak layak masuk bertanding. timbulah peribahasa yang sesuai iaitu "Yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu".

Demokrasi juga timbul istilah lompat melompat parti,jatuh-menjatuhkan,naik-menaikkan,fitnah menfitnah disana sini,bermusuhan sesama sendiri kerana berlainan parti,dan pelbagai lagi kemungkaran yang tidak perlu disebutkan, adakah demokrasi ini dapat terus dilaksanakan dan masih relaven untuk kebangkitan islam di akhir zaman? Adakah Islam menang melalui demokrasi? semestinya sama sekali adalah tidak jawapannya,sekali lagi peribahasanya yang sesuai adalah "Sepandai-pandai tupai melompat, Akhirnya jatuh ke tanah juga".





Demokrasi di malaysia, Masing-masing berebut hendak menduduki putrajaya,pusat pentadbiran bagi mereka yang memenangi pilihanraya,jadi berlakulah peristiwa satu pihak hendak mempertahankan kekuasaan dan satu lagi mahu merampas dari penguasaan sebelumya, perkara ini tiada kesudahan sampai bila-bila.


InsyaAllah, mungkin inilah dia pilihan raya yang terakhir di nusantara, putrajaya bakal ditadbir dimakmurkan oleh orang-orang Tuhan tidak lama lagi, bakal di duduki oleh Ikhwan dan Asoib, Putrajaya merupakan pusat pentadbiran lahiriah empayar islam di akhir zaman. Allah jualah pencatur dan yang mencatur semua ini, masanya semakin hampir, marilah kita semua sama-sama menunggu dan terus berjuang menagih janji Allah untuk Islam buat kali kedua di madinah kedua iaitu di Malaysia.






Saturday, 13 April 2013

KISAH SINGAPURA DILANGGAR TODAK VERSI MODEN

CERITA DONGENG YANG TELAH DIUBAH SUAI

(SEBAGAI HIBURAN PENGAJARAN)


CERITA SATU:





CERITA DUA:














Sekadar hiburan sahaja, Cerita versi moden yang diolah menjadi semakin merapu tetapi melucukan
Selamat membaca....Ampun Maaf.....



Friday, 12 April 2013

KISAH SINGAPURA DILANGGAR TODAK VERSI ASAL


Singapura Dilanggar Todak



Maka dipandangnya di pintu peranginan raja 

itu, ada seorang perempuan dilindungi oleh pohon

 pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya


 pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh


 Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda


 pun terlalu murka;titah baginda, 


“Lihatlah 

kelakuan Tuan Jana Khatib, 
diketahuinya isteri 
kita ada dipintu maka ia menunjukkan ilmunya.” 

Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib


 pun dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung


 negeri tempat orang membuat bikang; disanalah


 ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, 


badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh


 itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada


 raja. Maka oleh perempuan yang membuat 


bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu


 ditutupnya dengan bikangnya. Dengan berkat


 darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi


 kayalah dari harga bikangnnya; tutup bikang itu


 pun menjadi batu, ada sekarang di 


Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan


 Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, 


ditanamkan orang disana. Inilah dibuat orang 


pantun:



"Telur itik dari Singgora,Pandan 


terdandar di batang tui; Darahnya titik di 


Singapura,Badan terhantar di lengkawi".



Hatta tiada berapa lama antaranya, 


maka datanglah  todak menyerang Singapura, 


berlompatan lalu keparit. 


Maka segala orang yang di pantai itu 


banyak mati dilompati todak itu; barang yang


 kena terus-menerus olehnya. Maka gempalah 


orang berlari-larian ke sana kemari, semuanya 


mengatakan, 



“Todak datang menyerang kita; 


banyaklah sudah mati ditikamnya.” 



Maka Paduka Seri Maharaja 


pun segera naik gajah, lalu 


baginda keluar diiringkan segala menteri 


hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah 


datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah 


melihat perihal todak itu, barang yang kena 


dilompatinya sama sekali matilah. Maka 


terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak


 itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak 


itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak


 orang mati.  Syahadan pada antara itu,


 datanglah seorang budak berkata,



“apa kerja kita 
berkotakan betis ini? ,Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah 
baiknya?”


setelah didengar Paduka Seri Maharaja 


kata budak itu, maka titah baginda, “Benar 


seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda


 rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota.


 Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang


 pisang. Maka segala todak yang melompat itu


lekatlah jongornya, tercacak kepada batang 


pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun


 di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh 


segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah 


melompat lagi. Pada suatu ceritera pada masa 


todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka 


Seri Maharaja, kena baju baginda; maka 


diperbuat orang seloka:



"Cerek baju dilompati todak,


Baharu menurut kata budak".



 Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja


 pun kembalilah ke istana baginda. 


Maka sembahOrang Besar-besar



, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar 


akalnya. Sedang ia lagi budak 


sekian ada akalnya,


 jikalau sudah ia besar betapa lagi?

     
Baiklah ia kita bunuh,"


tuanku. Maka titih raja, 


“Benarlah kata 


tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”





Replika todak dan batang pisang di singapura


Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu di sebelah istana Raja Singapura. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua.

Setelah menanyakan khabar bahawa itu adalah angkara seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia bersumpah:

“Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu… Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!”

Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! Akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.
Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang banyak mayat terdampar  di situ, tiada cara lain yang baginda berbuat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing sebagai kubu. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana sekaligus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Hang Nadim terus mengemukakan cadangan lain kepada Raja Singapura

Bat Lattif sebagai Hang Nadim di dalam filem Singapura dilanggar todak

“Apa kerja kita berkotakan betis ini Mendayakan diri kita. Jika 
berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”

 Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.

Sementara itu di istana,para pembesar negeri itu berasa sangat iri hati dan dengki dengan kepintaran dan kecerdasan Hang Nadim. Mereka takut kalau-kalau Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat di Raja dan kelak Hang Nadim akan menjadi lebih berpengaruh dan lebih berkuasa berbanding mereka.

"Budak lelaki ini masih kecil tetapi dia sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Aku yakin Sultan akan mengambilnya sebagai penasihat tertinggi baginda," kata Tun Bendahara yang menjadi ketua kepada para pembesar negeri yang lain.

"Hang Nadim mesti dibunuh, saudara-saudaraku! Aku akan memujuk Raja untuk membunuh budak itu dengan sokongan kalian semua," tambah Tun Bendahara dengan marahnya.

Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Raja agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Raja agar membunuh Hang Nadim yang pintar cerdas itu. Malah, mereka berjaya menyakinkan Sultan jika Hang Nadim menjadi lebih pintar cerdas dan mencapai umur remaja, nescaya mahkota Sultan pun akan cuba dirampasnya.

Raja dan para pembesar istana
  Raja Singapura dengan serta-merta termakan hasutan tersebut, lantas menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa ke atas Hang Nadim, walaupun Hang Nadim telah berjasa kepada negeri Singapura. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Semasa di rumah,Sebelum Hang Nadim berangkat ke istana seorang diri, beliau telah mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi apa yang berlaku lain jadinya, apabila semua di dalam istana melihat Hang Nadim telah masuk ke istana, pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman

Dengan kejamnya, Hang Nadim diikat keseluruh badannya dengan rantai besi, lalu dibawa ke dalam kapal dan belayar ke tengah-tengah lautan, seterusnya Hang Nadim dihumban ke dalam laut hidup-hidup. Semua rakyat negeri Singapura berasa sungguh sedih dengan nasib malang yang menimpa Hang Nadim akan tetapi mereka semua berasa terlalu takut dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa usaha untuk menentang kezaliman itu.
Ibu Hang Nadim tidak putus-putus berdoa agar anaknya diselamatkan Tuhan, memang benar dengan kekuasaan Tuhan, Hang Nadim diselamatkan dan terdampar di tepi pantai.

Hari ini tinggalah nama Hang Nadim dalam lipatan sejarah dunia di sebelah sini, sebagai si kecil pintar cerdas yang telah menyelamatkan Singapura dari serangan todak tetapi jasanya yang amat besar dibalas dengan kekejaman dan kezaliman tanpa pembelaan.







PENGAJARAN & ULASAN:

I)Tidak dapat menerima pendapat orang lain

Seorang budak memberikan pandangan supaya dibuat benteng dengan batang pisang dan pandangannya diterima, setelah banyak berlaku kematian kerana sebelum itu orang ramai membenteng dengan diri mereka. Apa yang berlaku, ramai pembesar istana tidak boleh menerima budak itu, hanya kerana dia adalah seorang budak! 

ii)Sikap mementingkan diri dan ego

Inilah yang berlaku bila mazmumah menguasai diri, walaupun pandangan yang baik itu menyelamatkan, namun jika datang dari orang lain kita tidak boleh menerimanya. Belajarlah dengan sejarah, kerana ia boleh mematangkan jiwa.



iii)Menghukum tanpa usul periksa

Tindakan Raja singapura (temasik) ini menjadi pengajaran, beliau telah melakukan dua kesalahan besar dalam kisah ini, memerintahkan Para pelaksana hukuman membunuh Tun Jana Khatib dan Hang Nadim.

IV)Tindakan kurang bijak

Dapat dilihat disini, tindakan kurang bijak dan zalim seorang raja dengan memaksa rakyatnya sendiri membentengkan diri daripada serangan todak.

V)Pentingnya merendah diri

Sifat merendah diri dapat menyelamatkan banyak perkara, iaitu terhindar dari sifat ego dan sombong, mempu merendah diri daripada menerima teguran,nasihat atau pandangan daripada orang yang lebih muda.

VI)Terima kebenaran walaupun dari pihak lain

Tundukkan nafsu, terima segala kebenaran yang Allah anugerahkan kepada orang lain, jangan malu untuk menerima segala kebaikan dari pihak lain, seperti kata Sayyidina Umar Al-Khattab:

"Terimalah kebenaran walaupun datang dari budak hitam sekalipun, jika kita punyai ilmu menggunung, hebat bagaimanapun kita, ia tidak menjamin keselamatan"


 VII)Sikap pembesar memiliki kepentingan

Sikap para pembesar sebeginilah yang akan merosakkan negara, dengan korupsi dan pelbagai lagi kepentingan, dalam kisah ini, jelas kelihatan sikap ego dan sombong para pembesar yang tidak dapat menerima hakikat ada manusia yang lebih pintar dan cerdik, berperasangka buruk dan bimbang kekuasaannya akan di rampas oleh seorang budak kecil apabila dia besar kelak.