Saturday, 13 April 2013

KISAH SINGAPURA DILANGGAR TODAK VERSI MODEN

CERITA DONGENG YANG TELAH DIUBAH SUAI

(SEBAGAI HIBURAN PENGAJARAN)


CERITA SATU:





CERITA DUA:














Sekadar hiburan sahaja, Cerita versi moden yang diolah menjadi semakin merapu tetapi melucukan
Selamat membaca....Ampun Maaf.....



Friday, 12 April 2013

KISAH SINGAPURA DILANGGAR TODAK VERSI ASAL


Singapura Dilanggar Todak



Maka dipandangnya di pintu peranginan raja 

itu, ada seorang perempuan dilindungi oleh pohon

 pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya


 pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh


 Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda


 pun terlalu murka;titah baginda, 


“Lihatlah 

kelakuan Tuan Jana Khatib, 
diketahuinya isteri 
kita ada dipintu maka ia menunjukkan ilmunya.” 

Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib


 pun dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung


 negeri tempat orang membuat bikang; disanalah


 ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, 


badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh


 itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada


 raja. Maka oleh perempuan yang membuat 


bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu


 ditutupnya dengan bikangnya. Dengan berkat


 darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi


 kayalah dari harga bikangnnya; tutup bikang itu


 pun menjadi batu, ada sekarang di 


Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan


 Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, 


ditanamkan orang disana. Inilah dibuat orang 


pantun:



"Telur itik dari Singgora,Pandan 


terdandar di batang tui; Darahnya titik di 


Singapura,Badan terhantar di lengkawi".



Hatta tiada berapa lama antaranya, 


maka datanglah  todak menyerang Singapura, 


berlompatan lalu keparit. 


Maka segala orang yang di pantai itu 


banyak mati dilompati todak itu; barang yang


 kena terus-menerus olehnya. Maka gempalah 


orang berlari-larian ke sana kemari, semuanya 


mengatakan, 



“Todak datang menyerang kita; 


banyaklah sudah mati ditikamnya.” 



Maka Paduka Seri Maharaja 


pun segera naik gajah, lalu 


baginda keluar diiringkan segala menteri 


hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah 


datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah 


melihat perihal todak itu, barang yang kena 


dilompatinya sama sekali matilah. Maka 


terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak


 itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak 


itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak


 orang mati.  Syahadan pada antara itu,


 datanglah seorang budak berkata,



“apa kerja kita 
berkotakan betis ini? ,Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah 
baiknya?”


setelah didengar Paduka Seri Maharaja 


kata budak itu, maka titah baginda, “Benar 


seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda


 rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota.


 Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang


 pisang. Maka segala todak yang melompat itu


lekatlah jongornya, tercacak kepada batang 


pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun


 di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh 


segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah 


melompat lagi. Pada suatu ceritera pada masa 


todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka 


Seri Maharaja, kena baju baginda; maka 


diperbuat orang seloka:



"Cerek baju dilompati todak,


Baharu menurut kata budak".



 Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja


 pun kembalilah ke istana baginda. 


Maka sembahOrang Besar-besar



, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar 


akalnya. Sedang ia lagi budak 


sekian ada akalnya,


 jikalau sudah ia besar betapa lagi?

     
Baiklah ia kita bunuh,"


tuanku. Maka titih raja, 


“Benarlah kata 


tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”





Replika todak dan batang pisang di singapura


Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu di sebelah istana Raja Singapura. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua.

Setelah menanyakan khabar bahawa itu adalah angkara seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia bersumpah:

“Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu… Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!”

Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! Akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.
Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang banyak mayat terdampar  di situ, tiada cara lain yang baginda berbuat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing sebagai kubu. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana sekaligus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Hang Nadim terus mengemukakan cadangan lain kepada Raja Singapura

Bat Lattif sebagai Hang Nadim di dalam filem Singapura dilanggar todak

“Apa kerja kita berkotakan betis ini Mendayakan diri kita. Jika 
berkotakan batang pisang alangkah baiknya?”

 Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.

Sementara itu di istana,para pembesar negeri itu berasa sangat iri hati dan dengki dengan kepintaran dan kecerdasan Hang Nadim. Mereka takut kalau-kalau Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat di Raja dan kelak Hang Nadim akan menjadi lebih berpengaruh dan lebih berkuasa berbanding mereka.

"Budak lelaki ini masih kecil tetapi dia sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Aku yakin Sultan akan mengambilnya sebagai penasihat tertinggi baginda," kata Tun Bendahara yang menjadi ketua kepada para pembesar negeri yang lain.

"Hang Nadim mesti dibunuh, saudara-saudaraku! Aku akan memujuk Raja untuk membunuh budak itu dengan sokongan kalian semua," tambah Tun Bendahara dengan marahnya.

Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Raja agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Raja agar membunuh Hang Nadim yang pintar cerdas itu. Malah, mereka berjaya menyakinkan Sultan jika Hang Nadim menjadi lebih pintar cerdas dan mencapai umur remaja, nescaya mahkota Sultan pun akan cuba dirampasnya.

Raja dan para pembesar istana
  Raja Singapura dengan serta-merta termakan hasutan tersebut, lantas menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa ke atas Hang Nadim, walaupun Hang Nadim telah berjasa kepada negeri Singapura. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Semasa di rumah,Sebelum Hang Nadim berangkat ke istana seorang diri, beliau telah mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi apa yang berlaku lain jadinya, apabila semua di dalam istana melihat Hang Nadim telah masuk ke istana, pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman

Dengan kejamnya, Hang Nadim diikat keseluruh badannya dengan rantai besi, lalu dibawa ke dalam kapal dan belayar ke tengah-tengah lautan, seterusnya Hang Nadim dihumban ke dalam laut hidup-hidup. Semua rakyat negeri Singapura berasa sungguh sedih dengan nasib malang yang menimpa Hang Nadim akan tetapi mereka semua berasa terlalu takut dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa usaha untuk menentang kezaliman itu.
Ibu Hang Nadim tidak putus-putus berdoa agar anaknya diselamatkan Tuhan, memang benar dengan kekuasaan Tuhan, Hang Nadim diselamatkan dan terdampar di tepi pantai.

Hari ini tinggalah nama Hang Nadim dalam lipatan sejarah dunia di sebelah sini, sebagai si kecil pintar cerdas yang telah menyelamatkan Singapura dari serangan todak tetapi jasanya yang amat besar dibalas dengan kekejaman dan kezaliman tanpa pembelaan.







PENGAJARAN & ULASAN:

I)Tidak dapat menerima pendapat orang lain

Seorang budak memberikan pandangan supaya dibuat benteng dengan batang pisang dan pandangannya diterima, setelah banyak berlaku kematian kerana sebelum itu orang ramai membenteng dengan diri mereka. Apa yang berlaku, ramai pembesar istana tidak boleh menerima budak itu, hanya kerana dia adalah seorang budak! 

ii)Sikap mementingkan diri dan ego

Inilah yang berlaku bila mazmumah menguasai diri, walaupun pandangan yang baik itu menyelamatkan, namun jika datang dari orang lain kita tidak boleh menerimanya. Belajarlah dengan sejarah, kerana ia boleh mematangkan jiwa.



iii)Menghukum tanpa usul periksa

Tindakan Raja singapura (temasik) ini menjadi pengajaran, beliau telah melakukan dua kesalahan besar dalam kisah ini, memerintahkan Para pelaksana hukuman membunuh Tun Jana Khatib dan Hang Nadim.

IV)Tindakan kurang bijak

Dapat dilihat disini, tindakan kurang bijak dan zalim seorang raja dengan memaksa rakyatnya sendiri membentengkan diri daripada serangan todak.

V)Pentingnya merendah diri

Sifat merendah diri dapat menyelamatkan banyak perkara, iaitu terhindar dari sifat ego dan sombong, mempu merendah diri daripada menerima teguran,nasihat atau pandangan daripada orang yang lebih muda.

VI)Terima kebenaran walaupun dari pihak lain

Tundukkan nafsu, terima segala kebenaran yang Allah anugerahkan kepada orang lain, jangan malu untuk menerima segala kebaikan dari pihak lain, seperti kata Sayyidina Umar Al-Khattab:

"Terimalah kebenaran walaupun datang dari budak hitam sekalipun, jika kita punyai ilmu menggunung, hebat bagaimanapun kita, ia tidak menjamin keselamatan"


 VII)Sikap pembesar memiliki kepentingan

Sikap para pembesar sebeginilah yang akan merosakkan negara, dengan korupsi dan pelbagai lagi kepentingan, dalam kisah ini, jelas kelihatan sikap ego dan sombong para pembesar yang tidak dapat menerima hakikat ada manusia yang lebih pintar dan cerdik, berperasangka buruk dan bimbang kekuasaannya akan di rampas oleh seorang budak kecil apabila dia besar kelak.

Thursday, 4 April 2013

PROGRAM BICARA; SIAPAKAH TOK JANGGUT??


Banner Bicara: Siapakah Tok Janggut??


PENDAHULUAN:

Syukur kepada Allah S.W.T kerana diatas rahmat dan taufikNya,juga dengan berkat RSA dapat saya menulis sedikit rumusan mengenai program bicara: "siapakah tok janggut??" yang saya hadiri pada pagi tadi.


Tujuan saya datang ke sana adalah untuk ziarah dan menghormati seorang ulama besar dan pejuang islam yang telah sedaya upaya menyahut melaksanakan sebuah jihad akhbar dari syeikhkul islam kerajaan turki uthmaniah agar bangun menentang penjajah di dunia islam.

Saya di sana direzekikan bertemu dengan dua orang waris tok janggut sendiri iaitu dari generasi ke lima dari adik beradik tok janggut.

 Ilutrasi sebenar Gambar Tok Janggut


BIODATA:

Nama: Syeikh Haji Mat Hassan Bin Panglima Haji Munas Bin Samad Bin Raja Bahar

Nama Gelaran: Tok Janggut, Pak Chu Hassan @ Pak Chu Hassan Jubah Hijau.

Tarikh lahir: Tahun 1850

Tempat Lahir: Kampong saring, mukim jeram pasir puteh.

PENGISIAN BICARA: SIAPAKAH TOK JANGGUT??

Bicara siapakah tok janggut ini dikendalikan oleh moderator Dr Nik Azman Bin Nik Mustafa, Ahli panelnya adalah waris tok janggut sendiri iaitu Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus dan Encik Ramli Bin Mohamed.

Permulaanya ahli panel banyak menyentuh aspek sejarah seorang ulama dan pejuang ini yang mana sejarahnya telah dihitamkan penjajah inggeris di kelantan.

Pengaruh tok janggut sebagai ulama dan penasihat masyarakat sangat dibimbangi oleh pihak inggeris.

Ini kerana inggeris melihat beliau sebagai seorang ulama yang akan meluruskan dan mengusahakan taqwa dan iman kepada seluruh rakyat di sana, untuk tiga tahun pertama tok janggut banyak menentang dasar british dengan ilmu dan penuh berhikmah.

Faktor utama penentangan tok janggut terhadap inggeris adalah sebenarnya bukanlah bermula dari penentangan tok janggut sendiri, tetapi inggeris sendiri yang melancarkan perang saraf dan mahu menghapuskan pengaruh tok janggut di sana.

Faktor cukai bukannlah perkara utama penentangan tok janggut melawan inggeris, tetapi kerana inggeris banyak membuat provokasi dan pelbagai cara untuk menyemarak kebangkitan tok janggut.

Inggeris cuba menutup pengaruh ulama di dalam persada kepimpinan istana, ulama adalah penasihat sultan,juga pelbagai lagi pengaruh ulama dalam membawa masyarakat kepada Tuhan, inilah perkara yang sangat dibimbangkan ditakutkan inggeris, mereka tahu apabila rakyat islamnya kukuh dan bersatu padu, maka sukarlah kerja inggeris untuk menjalankan penjajahan terhadap kelantan.

Menjadi persoalan, kenapa tok janggut yang di ketengahkan inggeris? kenapa tidak Tok kenali? ini semua ada muslihat inggeris yang kononnya dapat melihat kejatuhan ulama berpengaruh dan ini juga adalah muslihat pihak istana agar ada ulama yang dapat meneruskan dakwah dan pendidikan kepada rakyat kelantan.

Dalam sejarah, tiada menyebut perjumpaan tok kenali dengan tok janggut? sedangkan mereka sezaman dan anak murid kepada Syeikh Ahmad Fathoni di Mekkah Al-Mukaromah. ini adalah percaturan dan perancangan mereka, mereka adalah ulama yang amalin (yang mengamalkan ilmunya) maka Allah izinkan mereka untuk beryaqazah yaitu pertemuan secara jaga dan sedar yakni secara roh.

Tok janggut ada membuat perjumpaan dengan rakan seangkatannya seperti tok gajah,mat kilau dan tokku paloh secara sulit.
Buku panduan majlis

Di dalam majlis tersebut, ramai peserta dari anggota badan sejarah mereka seperti kelab pencinta sejarah kelantan (KPSK),Kelab persatuan sejarah cawangan kelantan, Muzium kelantan, Penulis-penulis buku sejarah, pihak wartawan dari pelbagai saluran dan ramai lagi individu yang datang secara persendirian tanpa mewakili jabatan dan organisasi mereka, tetamu yang hadir memenuhi dewan tersebut sekitar 200 orang, semuanya menunjukkan minat mendengar, meneliti, mengkaji dan membuat perbandingan fakta.

Apabila dibuka sesi soal jawab, ramai organisasi dan individu berebut ingin menanyakan soalan kepada pihak ahli panel, rata-ratanya mereka mempunyai pelbagai fakta dan banyak penerapan pemahaman mereka yang tersendiri.

Dibuka soalan kepada 4 orang mewakili organisasi masing-masing, kesemuanya mempunyai kefahaman yang berbeza-beza dan saling bercanggahan antara satu sama lain.

Tidak terlampau dikatan ada sesetengah pihak yang merasa diri mereka yang betul lantas menolak hujjah serta fakta dari pihak lain dan ahli panel.

Contoh utama yang boleh diketengahkan adalah, ramai yang menganggap tok janggut haya seorang pemimpin pahlawan yang berjuang sahaja, ada yang menyatakan beliau adalah seorang ulama dan pejuang, hakikatnya tok janggut adalah Abid dan pejuang, tinggi darjat di sisi TuhanNya.

Gambar program bicara dari belakang (Tempat duduk blogger)

21 AMANAT AKHIR TOK JANGGUT:

Ini antara salah satu daripada 21 amanat akhir Tok Janggut iaitu:

"Kalu hidup milik kito, buatlah gapo hok kito suko, tapi tetap hakikatnya, hidup kita milik DIO belako, kenolah buat hok supo DIO nok, tinggal gapo hok DIO mugheh"


- Syaikh Hj Mat Hassan Bin Munas Bin Samad Bin Raja Bahar @ Tok Janggut. 


(Antara 21 amanat akhir Tok Janggut)


Tafsiran:


"Kalau hidup milik kita, buatlah apa yang kita suka, tapi tetap hakikatnya, hidup kita milik DIA kesemuaNya, Kenalah buat seperti yang DIA kehendaki,Tinggalkan apa yang DIA murka"


ULASAN DAN PENGAJARAN:

Banyak pengajaran yang saya dapati daripada menghadiri program bicara tersebut,antaranya:

  • Sebelum menghadiri sesuatu majlis ilmu, kosongkan hati lapangkan dada, agar fikiran dan hati dapat menilai segala hujjah dan bicara yang disampaikan.

  • Perbetulakan niat, datang bukan kerana sekadar minat dan hobi, tetapi penghormatan kepada roh orang-orang Tuhan.

  • Perlu merendah diri, berhemah dan berhikmah, jaga adab dan akhlak ketika berada di dalam majlis dan ketika mengemukakan soalan dan pendapat peribadi.

  • Jangan merasa diri sudah penuh ilmu didada, terima dan dengar juga pendapat dan hujjah orang lain, mudah-mudahan akan berjumpa jawapan yang paling tepat di dalam merungkai sejarah sebenar tok janggut.

  • Jangan menyalahkan mana-mana pihak, jika mencadangkan sesuatu dan mengemukakan bukti peribadi yang dimiliki, perlulah berhemah, tidak perlu berkeras dan mempertahankan hujjah atau bukti.

  • Janggan berbangga dengan pendapat dan ilmu serta kefahaman sendiri, jangan ada kepentingan dihati,jangan hendak menonjolkan diri,itu adalah seperti menjaja diri sendiri.

  • Jangan berkasar dengan pihak lain jika kita tidak bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan,tunjukkan kerjasama dan berakhlak sesama kita,demi perpaduan dan kasih sayang.

  • Perbincangan yang tegang dan panas hanya membuang masa walaupun anda benar sekalipun.

  • Tindakan dan inisiatif adalah jalan terbaik daripada hanya mengemukakan teori dan meninggalkan persoalan.

  • Beradab sesama ahli, ada yang lebih tua, ada yang lebih berilmu dan ada yang di lebih tinggi kedudukannya di sisi Tuhan, jadi berbaik sangka sesama peserta.

  • Jangan memecahbelahkan sesama peserta jika anda tidak bersetuju dengan faktanya.

  • Jangan sama sekali mempolitikkan isu sejarah ini, ini bukan soal pilihan raya, ini soal maruah islam kita.

  • Semasa majlis berlangsung, beri tumpuan dan perhatian, jangan membuang masa "bermesyuarat" di belakang.

  • Kesefahaman dan keselarasan akan mencapai kata sepakat dalam merungkai segala isu yang berbangkit.

  • Muhasabah diri kita, tidak semua yang kita nyatakan adalah benar, hanya Allah yang mengetahui segalanya.

  • Jangan sesekali datang kerana diundang sahaja, sebaiknya datang sekali kerana hati yang murni untuk sama-sama berkongsi maklumat yang diperolehi.

  • Jangan marah atau bertegang jika pendapat kita tidak diterima, seharusnya kita banyak bersabar dan tekun mendengar pendapat orang lain juga.

  • Tidak mengapa,jika suara kita tidak didengar oleh semua pihak,kerana kita semua tidak mahukan perhatian.

  • Di dalam kebenaran yang kita cuba singkapkan,ada lagi orang yang sangat arif dan faham tentang hakikat perkara yang kita sampaikan.

  • Ilmu adalah milik Allah, ianya bukan milik kita, perlu dikongsikan diajarkan diketengahkan,jangan disimpan menjadi sejarah koleksi diri.

  • Jadikan apa yang kita dapat hari ini adalah ilmu,pengalaman dan pengajaran kehidupan kita sendiri.

  • Sejarah perlu dikaji,diteliti,dirungkai, bukan disimpan,diterima bulat-bulat, kesemuanya harus difikirkan bersama-sama.

  • Allah S.W.T akan mengajarkan kita ilmu yang seni-seni jika kita tawaduk dan bertaqwa.

PAMERAN ARTIFAK TOK JANGGUT


Selepas selesai program bicara tok janggut, ada beberapa barang peninggalan Tok janggut dipamerkan di ruangan pameran di luar dewan, ini antara barang peninggalan yang dipamerkan:



Periuk labu Tok Janggut


Cerana sirih,kacip pinang dan bekas gambir Tok Janggut


Parang Tok Janggut
Pisau Jam, parang Chalok,&kertas tulisan tangan Tok Janggut mengandungi ayat "Sangga Bunuh"
Cerana sirih,kacip pinang,bekas gambir,periuk labu dan kertas tulisan ayat "sangga bunuh" peninggalan Tok Janggut


Tempayan Air Tawar Tok Janggut

ULASAN WARIS TOK JANGGUT:


Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus:


"Dengan bermulanya Majlis Bicara: Siapakah Tok Janggut yang berlangsung di Kota Bharu semalam, serba sedikit membuka mata sesetengah pihak yang sejarah bukan perkara yang perlu ditelan begitu sahaja apatah lagi 80% dari sumber adalah sumber British. Wajarnya sejarah kita, kita yang perlu tulis, perlu lakar.


Sang Faqir berterima kasih kepada pihak Perpustakaan Awam Kota Bharu (PPAK) dan Kelab Pencinta Sejarah Kelate yang sudi memberi sokongan dan kerjasama.
Kepada Tn Mohammad Iddham (Pok Birr), Tn Mohd Hafiz, Tn Nuraidil Zakaria dan lain-lain sahabat yang tidak putus-putus memberi semangat dan harapan kepada sang faqir. Juga amat tidak terkira kepada yang sudi hadir semalam.

InsyaALLAH, nantikan kemunculan buku Tok Janggut Ulama berjiwa Pahlawan yang akan muncul pada penghujung Mei 2013.
Sollu Alan Nabiyy.."

Gambar kulit buku "Tok Janggut Ulama berjiwa pahlawan"

"Untuk makluman, buku ini sepatutnya siap dan diadakan majlis pelancarannya di program bicara: Siapakah Tok Janggut??, tetapi di atas sebab urusan yang tidak dapat dielakkan, perkara ini ditangguhkan, InsyaAllah akan Siap dan dilancarkan dan mula diedarkan pada bulan Jun ini setelah dijangkakan siap pada akhir Mei ini"


"Suatu perkara yang sang faqir discovered pada Majlis Bicara: Siapakah Tok Janggut adalah setiap fakta, cerita atau pandangan perlu diraikan, bukan terus dinafikan atau terus diisbatkan, malahan perlu diadakan kajian.


Paling utama, keluarkan diri dari terikat dengan pendapat sedia ada, kerana setiap fakta, cerita atau pandangan pasti ada lorongan ke arah kebenaran.

Adapun ruang masa yang begitu terhad semalam membuatkan sang faqir terpaksa memendekkan bebelan.

Malahan banyak perkara serta persoalan lagi yang ingin sang faqir bangkitkan kepada audiens terutama kepada yang mempersoalkan kredibiliti Tok Janggut sebagai seorang Ulama dek kerana tiada surat dari Syaikh Ahmad al Fathoni kepada Tok Janggut, padahal banyak sudut boleh diperhatikan untuk memperihalkan Tok Janggut sebagai seorang Ulama.
Walaupun Tok Janggut secara asasnya dilantik sebagai Panglima menggantikan tempat ayahandanya Panglima Munas di Istana Jeram, kenapa perlu dilihat disitu sahaja? Persoalan tidak menulis kitab, pastikah kita Tok Janggut tidak.menulis kitab? Ataupun adakah dengan menulis kitab, barulah seseorang yang Alim itu boleh digelar sebagai Ulama? Berapa banyakkah masa Tok.Janggut ada untuk menulis kitab dari 1910-1915 yang sewaktu itu sedang 'sibuk' dengan persoalan masalah ummat? Masing-masing kita fikirkan.

Maka sang faqir bertegas tetap meneruskan tajuk buku sang faqir, Tok Janggut: Ulama Berjiwa Pahlawan.
Jika hendak tukar tajuk Pahlawan berjiwa Ulama, itu lebih sesuai kepada Aki Mat Kilau, bukan Tok Janggut."


Keratan akhbar Sinar Harian mengenai program bicara:
Siapakah tok janggut??


PENUTUP:

Program bicara ini sangatlah singat dan berilmu,ambillah pengajaran dan ikhtibar darinya, agar kita kenal diri kita,Kenal pencipta kita dan kenal sejarah dan Islam kita sendiri.
Ampun maaf, wassalam.....