السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUKADIMAH
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, adalah sebuah ungkapan rangkaian kata-kata kunci yang sebenarnya bukan melambangkan semangat Patriotisma, tetapi adalah semangat Jihad Islam untuk membebaskan Islam daripada belenggu Musuh-musuh Iahiriah dan batiniah manusia.
Malaysia mencapai Kemerdekaan Bersama Ar-Rahman, 31 Ogos 1957 adalah Hadiah Allah kepada Tanah Melayu, Merdeka bersama Rahmat dan Berkat dari Allah s.w.t.
Malaysia adalah tapak daulah yang dijanjikan, Bumi yang disimpan bernama "Madinah Kedua", Kebangkitan Akhir Zaman bermula dari sebelah Timur Nusantara.
NASIB "SEJARAH" PERJUANGAN "BERHALUAN KIRI"
Di Tanah Melayu sebelum Merdeka, telah muncul banyak pertubuhan persatuan yang telah dicop Berhaluan Kiri dikenali sebagai penentang Negara, mereka sebenarnya berjuang memerdekakan Negara ini secara Islam, akan tetapi tidak mendapat "Perkenan British" lantas pertubuhan persatuan mereka semua diharamkan.
Masih ingatkah kita usaha "Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur" dengan penggabungan Tanah Melayu dan Tanah Jawa untuk Janji Allah ini? mereka sudah lama berusaha dan berjuang lebih dahulu daripada kita, dibelakang mereka adalah Ulama Muktabar dan Ulama Amalin yang berjihad siang malam untuk memerdekakan Tanah Melayu secara Islam.
Di dalam Sejarah Malaysia, UMNO diketengahkan untuk mengetuai deligasi kemerdekaan, tidak dinafikan jasa besar mereka, akan tetapi Jasa bakti orang-orang yang disebalik tabir itu lebih mahal kerana terpaksa menempuhnya dengan susah payah dan kekangan British.
British adalah manusia yang dikurniakan kecerdikan Istidraj yang banyak, mereka sangat faham apabila mereka menyerahkan Kemerdekaan diuruskan oleh orang-orang yang "Berhaluan Kiri", nescaya Demokrasi dan Undang-undang mereka bakal berkubur lebih awal lagi daripada hari ini (Sekarang).
British Bimbang jika tiada orang melayu yang sudi menerima Demokrasi mereka, nescaya sampai ke hari ini Tanah Melayu masih dijajah lagi, Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, dengan Kasih SayangNya, muncullah UMNO diketuai Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Kerabat Utama Sultan Kedah (Keturunan Raja-Raja Melayu) sanggup menerima demokrasi demi memerdekakan Tanah Melayu, bermakna kita Merdeka adalah dengan perjanjian bersyarat.
Sehingga ke hari ini, Orang melayu dapat menerima demokrasi adalah "hasil Mujahadah" Raja-Raja Melayu yang sanggup menerima demokrasi demi keharmonian perpaduan semua, boleh jadi pada masa akan datang, Raja-Raja Melayu yang Baharu nanti, Mereka sendiri yang akan memansuhkan demokrasi dan Raja-Raja Melayu akan kembali Berkuasa Penuh terhadap Urusan Negara dan Islam, Itulah antara jadual Allah "Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur".
Surah Ar-Rahman:
[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah
rahmatNya.
[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia
[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi
dan menerima kenyataan.
MADAH "MERDEKA BERSAMA RAHMAN"
Agung Pertama Kita Tuanku Abdul RAHMAN
Perdana Menteri pertama kita pula Tunku Abdul RAHMAN
Merdekanya Kita adalah Bersama AR-RAHMAN
RAHMAN adalah rahmat dari Allah Kepada Kita ORANG TIMUR
RAHMAN adalah satu Keramat kepada Kita
Kerana RAHMAN Berdirinya Beberapa Pemimpin kita
Merdekanya Kita Bersama RAHMAN suatu Petanda
Rahmat Allah Memenuhi Bumi merdeka bumi Malaysia
Apakah Maksud Tersirat dari perkataan RAHMAN?
Apakah R? A? H? M? A? Dan N??
Hasilnya Adalah nama Pemimpin bumi Merdeka kita
Nama Enam Pemimpin melalui RAHMAN
R: RAHMAN, Tunku Abdul Rahman,
A: ialah Tun Abdul Razak
H: pula Tun Husein Onn'
M: iaitu Tun Mahathir
A: itu Tun Abdullah
N: Najib Tun Abdul Razak
Ini bukanlah satu kebetulan, tetapi suratan Takdir Ilahi
Semoga Allah Memberkati Merahmati pemimpin kita
Semoga Mendapat Pimpinan dari Allah,
Merdeka Kita Bersama Rahman
Rahmat Allah Memayungi Bumi Malaysia
Bumi Simpanan Allah
Janji Allah Pasti Berlaku
Pemimpin ke Tujuh adalah RAHMAN LIL ALAMIN
“Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur”
MERDEKA 31.08.1957
"Tanah Melayu Bekas Tanah Naungan Ratu Inggeris"
Kena tipu dengan dajjal orang tanah melayu...
ReplyDeletekitab tua.
Merdeka yang dirancang...nama malaysia ujud sejak 1889.
ReplyDeletepandai tungku abd rahman putar belit,ajen dajjal dpat dikesa oleh dato onn tapi mulut terkunci.