Saturday, 14 September 2013

TURKI KECIL MEMBANTU TURKI BESAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MUKADIMAH
"Daulah Turki Uthmaniyah / Turki Besar"
Hubungan Nusantara dengan Islam di Timur Tengah sudah lama berlangsung semenjak daripada Zaman Rasulullah s.a.w Sehingga Empayar Daulah Turki Uthmaniyah.

Turki Uthmaniyah pernah menaungi Umat Islam dari tahun 1288 - 1923 Masehi selama 635 Tahun. Hubungan ini tidak dapat dipisahkan dan terjalin sebuah ikatan yang kukuh sebagai saudara Seislam di Dunia Islam.

Bumi Nusantara Digelar "Turki Kecil" oleh Turki Uthmaniyah yang merupakan "Turki Besar" yang memimpin Umat Islam di seluruh Dunia Islam.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB TURKI KECIL

"Panji Rasmi Raja-Raja Melayu / Turki Kecil"

Turki Kecil adalah "Tanah Naungan Turki Uthmaniyah" di Timur jauh yang dikenali sebagai "Nusantara". oleh yang demikian Penjajah British juga turut menggelarkan Tanah Melayu semasa penjajahan mereka sebagai "Tanah Naungan Ratu Inggeris".

Segala Urusan Turki Uthmaniyah di Nusantara diurus tadbir oleh Turki Kecil iaitu Raja-Raja Melayu yang memakai gelaran "Sultan" di wilayah naungan mereka masing-masing di Nusantara, Raja-Raja Melayu diangkat sebagai Duta Turki Uthmaniyah.

Sehingga ke hari ini di Nusantara, Bekas Penjajah terpaksa Mengiktiraf kewujudan "Turki Kecil" iaitu Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Brunei. Kesultanan ini masih berjalan dan berkuasa, akan tetapi Kuasa "Turki Kecil" dikurangkan sekadar lingkungan Adat Istiadat Melayu dan Islam oleh Penjajah.

Sekiranya "Turki Kecil" tidak menerima Pra sayarat tersebut, kemungkinan besar Raja-Raja Melayu dihapuskan dan hilang di Bumi Sendiri, Itulah Hasil mujahadah perjuangan "Turki Kecil" yang terpaksa menerima Pra Syarat demikian demi mengekalkan "Turki Kecil" agar terus Berkuasa juga demi Perpaduan keharmonian Umat Islam di Nusantara.

Sehingga ke hari ini, Selepas "Turki Besar" Jatuh pada Tahun 1923, "Turki Kecil" menggalas peranan penyambung kerja-kerja Islam "Turki Besar" secara bersendirian kerana seluruh Dunia Islam telah mula dijajah satu persatu.

KESIMPULAN



Turki Kecil Membantu Turki Besar telah disebut-sebut oleh seorang Ulama Nusantara Terkenal iaitu Sayidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhami Beliau Berkata:

"Akan Sampai Masanya, Turki Kecil akan Membantu Turki Besar"

Kelak Akan sampai masanya Turki Kecil membantu Turki Besar dengan membawa balik Roh dan Tahkta Kekhalifahan Islam ke Nusantara, kerana Nusantara bakal menjadi Tapak Daulah dan Empayar Islam akhir zaman.

Turki Kecil adalah Warisan Turki Besar yang turut sama menggunakan gelaran "Al-Sultan". ini melambangkan Kekhalifahan Islam tetap wujud dan tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam walaupun mereka telah berjaya meruntuhkan Empayar Turki Uthmaniyah, tetapi Turki Kecil tetap bertahan dan bakal menjadi Turki Besar suatu masa nanti, InsyaAllah, Janji Allah Pasti Berlaku, Daulat Tuanku, AllahuAkhbar!

"Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur"


"Turki Kecil di Tanah Melayu"


BERITA BERNAMA

RAJA-RAJA SEPAKAT FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA 

Sabtu - 14 September 2013


KUALA LUMPUR - Jika tidak dengan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu sejak abad ke-19, nikmat kemerdekaan dan pembentukan sebuah negara Malaysia tidak mungkin wujud sekarang ini.     

Mungkin yang ada sekarang ini hanyalah beberapa buah negara kecil dengan raja masing-masing.

Tetapi dengan berpaksikan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu telah dapat memperkukuhkan kedaulatan institusi raja dan seterusnya kedaulatan negara pada mata dunia.

Ini dapat dilihat sejak akhir abad ke-19 lagi apabila raja-raja Melayu bermula dengan empat negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, telah mula  bermuafakat ke arah penyatuan melalui antaranya mesyuarat raja-raja Melayu dan perjanjian Bangkok (1909).

Semangat ini disokong dan diteruskan pula oleh para pemimpin negara berketurunan warisan diraja seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang berusaha mendapatkan pengistyiharan kemerdekaan daripada British dan penubuhan Malaysia dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept, 1963.

Rentetan peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa institusi raja memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha penubuhan negara Malaysia.

Bagaimanapun, di sebalik jalan cerita utama ini, banyak lagi kisah yang jarang didengar rakyat Malaysia tentang jasa dan pengorbanan raja dan sultan untuk membangunkan negara.

BERPANDANGAN JAUH

"Raja-raja Melayu sejak waktu itu sudah nampak hala tuju yang jelas, mereka sedar bahawa hanya dengan bekerjasama, tanah air dan rakyat akan terbela.

Mulalah mereka berbincang, memikirkan tindakan selanjutnya," jelas pengamat sejarah kesultanan Melayu, Muhamad Adha Abdul Jalil kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau, yang turut dikenali dengan nama ‘Ku Alam’ dalam kalangan pemerhati sejarah, menambah bahawa atas keperihatinan inilah raja-raja Melayu dari empat negeri itu sanggup mengenepikan kepentingan diri dan darjat untuk bekerjasama sebagai satu gagasan.

Hasilnya pada 1 Julai 1896, tertubuhlah Majlis Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) yang bertindak sebagai landasan buat raja-raja Melayu bersatu suara mewakili seluruh rakyat jelata untuk berunding termasuk dengan pihak British.

Penubuhan majlis ini adalah satu titik penting merintis ke arah kemerdekaan negara dan berlangsungnya mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang pertama ini juga membuka lembaran baru kepada sejarah negara.

DURBAR  

Mesyuarat ini, yang lebih dikenali sebagai ‘Durbar’ adalah perbincangan khusus antara raja-raja Melayu dengan wakil-wakil British. Di sinilah bermulanya permuafakatan antara semua raja-raja Melayu dalam mempertahankan hak rakyat dan kedaulatan tanah air.

Durbar, yang pertama berlangsung selama empat hari dari 13-17 Julai, 1897, di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, dihadiri oleh Paduka Sri Sultan Abdul Samad dari Selangor, Yam Tuan Muhammad dari Negeri Sembilan, Kebawah Duli Sultan Ahmad dari Pahang dan Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'adzam Shah dari Perak.

Wakil pihak Inggeris yang hadir ialah Frank Swettenham (Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak).

"Waktu itu perjalanan jauh dan sukar. Tiada jalan raya seperti sekarang tetapi mereka (raja-raja) gagahkan diri, naik kenderaan seperti gajah mengharungi sungai, hutan dan  sebagainya semata-mata untuk bersidang.

"Sultan Abdul Samad waktu itu sudah terlalu uzur, usia baginda sekitar 90 tahun, namun tetap gagahkan diri untuk hadir. Kenapa? Sebab baginda mahu lihat kemajuan dan  kemakmuran negeri dan rakyat direalisasikan melalui persidangan raja-raja Melayu," jelas Adha dengan penuh semangat.

MEMPERTAHAN AGAMA DAN BANGSA   

Peluang digunakan sepenuhnya untuk bersemuka dan berbincang secara terbuka dengan para pegawai Inggeris berkenaan isu-isu berkaitan agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Contohnya, sewaktu durbar yang diadakan di Klang pada 1937, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang telah membawa usul tentang tatacara menjalankan hukum syarak yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Kadi mengatasi mahkamah kerajaan menjatuhkan hukum.

Manakala semasa durbar di Pekan, Pahang pada April 1932, Sultan Iskandar Shah dari Perak dilaporkan bertitah dengan tegas mendesak supaya keempat-empat negeri ahli NMB diperakui sebagai gagasan yang sah.

Baginda turut mendesak agar kuasa pemerintahan dikembalikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek pemerintahan negeri.

Tersentak dengan desakan ini, pihak Inggeris akhirnya akur dengan kepentingan memastikan kedudukan, kuasa dan martabat raja-raja Melayu sentiasa dijadikan asas dalam penstrukturan pemerintahan di Tanah Melayu.

IMPAK POSITIF  

Hasil daripada beberapa siri durbar yang diadakan sejak itu, NMB mendapat pelbagai manfaat berikutan pelbagai keputusan strategik yang dicapai seperti penterjemahan  ‘Warta Melayu’ kepada tulisan Jawi agar mudah difahami pegawai-pegawai pemerintah tempatan yang rata-ratanya berbangsa Melayu.

Turut diketengahkan, pengagihan geran kewangan kepada para pegawai daerah untuk kegunaan pembangunan infrastuktur daerah, terutama membantu pekebun kecil berbangsa Melayu, serta peraturan menghalang penjualan tanah milik orang Melayu tanpa kebenaran Majlis Negeri.

Antara keputusan penting yang turut dicapai ialah penubuhan Rejimen Askar Melayu pada 1933 dan pembelian tanah estet di Port Dickson untuk dijadikan Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.

Di bidang pendidikan, raja-raja Melayu berjaya mencapai keputusan bersama pihak Inggeris untuk mengkhususkan Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk anak-anak raja dan menghantar lebih ramai anak Melayu untuk mendapat pendidikan di luar negara kerana merekalah yang diharapkan untuk memimpin negara pada masa hadapan.

Melalui durbar jugalah raja-raja Melayu berjaya mendesak wakil Inggeris untuk melantik lebih banyak pegawai kerajaan berbangsa Melayu dan membina lebih banyak prasarana jalan raya untuk kegunaan rakyat.

PENYERTAAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU  

Perjanjian Inggeris-Siam yang ditandatangani di Bangkok pada 1909 telah membuka lembaran sejarah Tanah Melayu.

"Pengambil alihan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis oleh Inggeris meluaskan pengaruh Inggeris di semua negeri di Tanah Melayu, selepas mengambil kira peranannya di Johor dan Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura," jelas Adha yang mempamerkan hasil pemerhatiannya di blog beliau, http://wangsamahkota.wordpress.com.

Walaupun perjanjian ini dibantah oleh sultan-sultan dari negeri terlibat atas pelbagai sebab, cengkaman Inggeris akhirnya dapat diluaskan dan bermulalah fasa baru pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu.

Gelaran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) digunakan untuk merujuk kepada keempat-empat negeri ini dan bukannya bermaksud bahawa mereka bergerak sebagai sebuah organisasi.

Penglibatan NMTB berganding bahu secara aktif dengan NMB bermula selepas perang dunia kedua, bila kesemua negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu pemerintahan melalui Malayan Union.

Selepas agenda Malayan Union ditolak dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, NMTB telah menyertai Majlis Raja-raja Melayu dan nama pertubuhan ini telah dipendekkan menjadi Majlis Raja-raja.

Hasil daripada usaha ini, semua negeri yang menggunakan sistem raja di Tanah Melayu dapat disatukan.

Selepas kemerdekaan dicapai pada 1957, negeri-negeri yang asalnya diperintah Inggeris melalui gabungan Negeri-negeri Selat telah menyertai Majlis Raja-raja. 

USAHA DITERUSKAN  

"Daripada pandangan mata kasar, penglibatan institusi raja dalam mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia seolah-olah tidak nampak, tapi jangan lupa bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah berketurunan warisan bangsa DiRaja," jelas Adha.

Datuk Onn Jaafar yang mempunyai pertalian dengan kesultanan Johor adalah pengasas parti Umno yang memainkan peranan penting mendapatkan kemerdekaan negara sewaktu dipimpin Tunku Abdul Rahman yang merupakan putra ketujuh Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Kedah.

Tunku Abdul Rahman juga berjaya membawa masuk Sabah, Sarawak dan Singapura dan menubuhkan Malaysia pada 1963.

"Kesimpulannya, janganlah kita lupa bahawa kemerdekaan yang kita kecapi hari ini asalnya bermula daripada kebijaksanaan raja-raja Melayu yang cintakan rakyatnya selari dengan falsafah 'negeri sentosa rakyat sejahtera, negeri bersultan rakyat beraja, merentas waktu peralihan masa, kekal sentiasa terpisah tiada'," tegas Adha.

Jelas beliau lagi, masih banyak lagi kisah positif tentang keturunan warisaniRaja seperti Paduka Seri Sultan Alang Iskandar, Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah, Raja Sir Chulan dan Raja Aman Shah yang jarang diketengahkan, tetapi mereka sebenarnya telah banyak berjasa, sehingga ada yang sanggup berkorban nyawa demi rakyat dan tanah air.  - Bernama

No comments:

Post a Comment